Apabila hendak melancong dengan keluarga tentu kena ada perancangan terutama bila ada anak kecil. Maklumlah, anak-anak kecil ini, bila buat hal/ tantrum pening kepala dibuatnya.

Namun, jika nak melancong dengan anak kecil ini ada caranya. Pemilihan masa waktu flight dan kelengkapan barang pun kena tahu supaya penerbangan akan menjadi lebih lancar. Bila anak meragam, dapat atasi dengan mudah.

Begitu juga yang dilakukan oleh puan Nursha Salleh yang berkongsi checklist persediaan menaiki kapal terbang bersama anak.

Begini Cara Kali Pertama Naik Flight Dengan Anak Kecil. Boleh Ikut Checklist Ibu Ini.

TIPS SENANG TRAVEL DENGAN ANAK KECIL MENAIKI KAPAL TERBANG

Kalau cakap bab nak travel dengan anak-anak kecil mesti orang macam anggap itu salah satu pengalaman ngeri kan? Mana tak nya. Nak layan keranah anak kecil kita. Fuh pening!! Dengan nak kena check in lagi, nak kena tunggu lama lagi dalam flight. Lepas tu nak kena tunggu lagi kalau flight delay. Pening!

Sebenarnya, nak melancong dengan anak-anak kecil ni mudah je kalau perancangan awal dibuat. Kita hanya kena pastikan anak-anak berada dalam keadaan anak kita yang bagus sahaja untuk mendapatkan perjalanan yang selesa tambahan pula bila menaiki kapal terbang.

And ni pestime tau saya bawak anak travel naik flight ni. Agak mencabar jugak tapi kalau dah planning semua insya allah senang sangat. Sebenarnya senang je travel ngn baby umor bawah 2 tahun ni dan tak banyak songeh. Ni saya ada kongsikan serba sedikit untuk travel dengan anak kecil.

Begini Cara Kali Pertama Naik Flight Dengan Anak Kecil. Boleh Ikut Checklist Ibu Ini.

 

Dan saya amik flight malam time tu kena dengan time tido anak. Dan senang nak handle tapi sblom tu memang saya akan bagi baby tu makan dulu smua.

IKLAN

Macam saya, saya bawak satu luggage memang ready untuk check in lpas tu satu beg galas untuk letak makan and susu anak. Yang ni saya letak baju extra, kain lampin tebal, lepas tu pampers dan juga stokin.

Lampin memang saya bawak extra incase untuk emergency ke apa kan. Tak payah nak kelam kabut nanti.

– SEBELUM BERLEPAS

Begini Cara Kali Pertama Naik Flight Dengan Anak Kecil. Boleh Ikut Checklist Ibu Ini.

Sementara menunggu untuk ‘boarding’, saya biarkan anak-anak berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitar.

Kalau boleh, sebelum beli tiket penerbangan, pilihlah tempat duduk yang selesa dan sesuai untuk anda membawa anak kecil. Dan memang hari tu saya amik yang paling depan sebab luas kan.

IKLAN

Sewaktu menunggu untuk berlepas juga penghawa dingin di dalam kapal terbang kurang sejuk maka bayi boleh juga merasa kepanasan, tidak selesa dan meragam.

– SEMASA BERLEPAS DAN SEMASA MENDARAT

Yang ni kena titik beratkan sebab waktu ini, kadang-kadang anak akan menangis sebab terkejut dan merasa tekanan yang kuat. Untuk mengelakkan hal tersebut terjadi, apa kata bagi anak minum susu atau breastfeeding. Macam saya, saya akan bagi baby menyusu sebab tak nak bagi tekanan yang terlalu kuat sangat. Apabila dah duduk, pakaikan seatbelt dan berikan susu kat baby korang tu tau.

Selepas mendarat, pastikan korang biarkan yang lain turun dulu. Kang jap lagi sesak berebut susah plak kan. Korang kena bersama bayi tunggu hingga menjadi orang yang terakhir menaiki pesawat. Oleh yang demikian, bayi anda tidak akan merasa kurang selesa dan “overwhelmed”.

Jika anda yang terakhir memasuki pesawat, maka bayi tidak lagi perlu menunggu lama untuk berlepas.

– Susu Anak Dan Air Panas

IKLAN

Begini Cara Kali Pertama Naik Flight Dengan Anak Kecil. Boleh Ikut Checklist Ibu Ini.

Kalau ikutkan time security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk. Tapi kadang-kadang security lepaskan sebab untuk baby.

Namun di overseas, security sangat strict. Air suam/panas boleh diminta dengan pramugari. Dorang tahu nak buat air suam untuk baby. Korang cuma perlu minta saja.

– Changing Table Dalam Tandas

Begini Cara Kali Pertama Naik Flight Dengan Anak Kecil. Boleh Ikut Checklist Ibu Ini.

Begini rupanya changing table dalam toilet. Buka dan lipat turun ke bawah. Dah selesai lipat balik ke atas.

Nasib raisha awal awal dan melepas kat airport kb tau. Jadi kita bawa masuk toilet, buka meja (changing table) yang dilipat di bahagian atas toilet dan letaklah baby atas tu.

Itu sahaja tips travel saya untuk korang tau. Semoga bermanfaat.

Banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Happy travel guys 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI