Pernah tak ibu-ibu rasa teringin nak makan mi goreng basah, tapi bila buat dan cuba di rumah, hasilnya tidak seperti yang diinginkan? Sebenarnya tak susah pun. Sangat mudah dan ringkas je cara nak buatnya tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap.
Nah admin kongsikan resipi untuk ibu-ibu cuba masak untuk suami dan anak-anak.
Bahan👇
1 bungkus Mee kuning dibilas dan tos…
10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos..
1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos..
1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6 ..
Ads
4 sudu besar Cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1sudu besar kicap pekat
Ads
5 sudu kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan kecil air putih
2 sudu besar minyak masak
Ads
Bahan-bahan tumbuk
110 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara membuat:
Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar.
Tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.
Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee.
Masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil..
Masak dan kacau2 bagi sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap.
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap2 tu semua dah cukup.
Kredit : Resepi Kak Long
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan hand sanitizer atau disinfectant ketika ini adalah sebagai alternatif yang sering kali digunakan untuk membersihkan tangan saat kita keluar rumah sebagai satu usaha menjaga kebersihan secara lebih kerap.
Akan tetapi meskipun hand sanitizer ini dapat mengurangi jumlah kuman bagi membantu mencegah penyebaran virus Covid-19, namun sebagai pengguna kita perlu sedar terdapat produk-produk tiruan yang ada dijual dipasaran dan nyata jika produk tersebut yang kita gunakan, akan mengundang bahaya.
Memahami tentang ciri atau info berkaitan produk, ini dijelaskan oleh Dr Izzar Anwari Abdul Khani yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, berkongsi cara untuk elak tertipu dengan produk tiruan.
Sebelum Beli Semak Dulu
Saya pernah share mengenai perkara ni, tapi saya share lagila. Mesti ramai yang dah membeli sanitizer / disinfectant kan sekarang.
Untuk pengetahuan, sebelum membeli sanitizer / disinfectant di online, korang patut semak dahulu:
✅ Nombor notifikasi kosmetik (NOT) bagi hand sanitizer atau
✅ No. pendaftaran (MAL) ubat dan pelekat keselamatan hologram bagi disinfectant
Tanya kepada seller. Kalau dia claim kata ada kelulusan KKM, minta nombor NOT (bagi sanitizer) atau no MAL (bagi disinfectant). Ini untuk mengelakkan anda dari mendapat produk tiruan yang tak berkesan untuk tujuan sanitasi atau disinfeksi. Tapi kalau dia takde no NOT atau MAL, apa korang rasa? Nak senang beli kat farmasi je.
Nak semak kesahihan nombor NOT / MAL tu korang muat turun app ‘NPRA Product Status’ atau semak di laman web npra.gov.my
Ingin saya ingatkan juga bahawa hand sanitizer ni digunakan hanya bila tiada air dan sabun je.
Pembersihan tangan menggunakan sabun dan air untuk selama sekurang-kurangnya 20saat adalah lebih efektif. #drizzarshares
Peniaga pula dinasihatkan agar jangan ambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar atau tidak bernotifikasi dan membuat pelbagai tuntutan pencegahan terhadap penyakit-penyakit termasuklah Covid-19.
Penjualan ubat tidak berdaftar atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah satu kesalahan dan jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM 25,000 dan/atau penjara tidak melebihi 3 tahun.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ramai ibu bapa yang cuba ‘berusaha’ menjadi yang terbaik agar dilihat ‘sempurna’ di hadapan anak-anak untuk dijadikan contoh buat mereka. Tetapi,bagi ibu bapa bijak, tidak perlu ‘berlakon’ dan menjadi sempurna, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.
Sementelah,membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini penuh dengan 1001 cabaran yang tersendiri. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha menjadi ibu bapa yang lebih bijak sebagai persediaan bagi menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak.
Berikut merupakan 8 ciri perbezaan antara menjadi ibu biasa atau ibu bapa yang bijak.
1.Bagi kebanyakan ibu bapa anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak dididik dan diberi galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.
2.Ramai ibu bapa yang sering meluangkan waktu mereka bersama anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, bagi ibu bapa yang bijak, ianya haruslah seimbang. Selain waktu bersama anak, perlu mengambil berat dan memperuntukan waktu juga untuk diri sendiri.
3.Setiap pertanyaan anak-anak akan terus diberikan dan disediakan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Sebaliknya bagi ibu bapa yang bijak, anak-anak akan diajar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan.
4.Ibu bapa biasa sering melihat kesan akibat daripada sesuatu masalah yang berlaku, manakala ibu bapa yang bijak akan mengenalpasti punca sesuatu masalah itu berlaku.
5.Ibu bapa biasa akan sentiasa berhati-hati dan melarang anak-anak daripada melakukan kesilapan, kerana menganggap kesilapan adalah suatu kesalahan dan kegagalan. Tetapi bagi ibu bapa yang bijak, sesekali akan membiarkan anak melakukan kesilapan dan positif menerima kegagalan supaya anak-anak boleh belajar daripada kesilapan tersebut.
6.Ramai ibu bapa yang hanya tahu melarang dan memarahi anak-anak tanpa menjelaskan penerangan kesan dan akibatnya.Sebaliknya, bagi ibu bapa yang bijak, cara melarang sesuatu perkara adalah dengan menggalakkan anak-anak berfikir dan menerangkan akibatnya jika mereka melakukan perkara tersebut.
Sebagai contoh:
Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi,larang anak anda dengan baik, kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?
“Jangan melompat-lompat. Bagaimana agaknya jika jatuh dari atas sofa? kepala adik boleh terhantuk pada meja dan luka berdarah.”
7. Kebiasaannya, anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa tanpa diberikan pilihan, kerana hanya ibu bapa sahaja yang tahu, apa keperluan yang terbaik buat anak-anak. Ianya tepat. Namun sebaiknya, bagi ibu bapa bijak anak-anak dididik dengan diberikan pilihan dan menunjukkan sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Namun tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak.
Sumber: Brightside
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, begitulah ujian yang menimpa pasangan suami isteri ini bermula sejak 2004 hingga kini. Tiada apa yang diharapkan bagi Rosli Itam selain menanti keajaiban untuk isterinya kembali sembuh.
Seakan sekelip mata semuanya berubah, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka isteri yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. 18 tahun koma bukan tempuh masa yang singkat, namun suami ini terus setia dan berkorban menjaga isteri tersayang.
Kisah seperti ini harus dijadikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain. Membina rumahtangga , sentiasa ada di sini ketika waktu senang dan susah.
Rindu Dipanggil ‘Abang’
Tiada apa diharapkan Rosli Itam, 53, selain keajaiban untuk melihat isterinya, Rusmahwati Wazir Mohamed, 50, yang 18 tahun koma dan terlantar sejak 2004 kembali sedar.
Bagi bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, seribu rahmat buatnya jika Rusmahwati dapat kembali bercakap dan memanggilnya ‘abang’ kerana detik itu sangat dirinduinya.
Meracau Tidak Sedarkan Diri
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rosli berkata, kehidupan Rusmahwati yang sebelum itu sihat dan tiada penyakit berubah apabila dia meracau serta tidak sedarkan diri pada Mei 2004.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika isterinya baru lebih tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.
“Sewaktu kejadian, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang dan pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan jiran bahawa isteri meracau dan selepas itu tidak sedarkan diri.
“Isteri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan apabila saya tiba di hospital, doktor memaklumkan dia dalam keadaan kritikal dan koma.
“Menurut doktor, isteri saya menghidap penyakit hypoxic encephalopathy atau hipoksia otak dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih di samping rawatan fisioterapi setiap hari,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini semalam.
Terdahulu, Rosli menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir melawat dan menyampaikan sumbangan.
Hipoksia otak agak asing dalam kalangan masyarakat dan ia membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.
Palbagai Ikhtiar Dilakukan
Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun darah masih mengalir, apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar hipoksia otak.
Gejala itu menjadi lebih berbahaya apabila aliran oksigen ke otak terputus dan kesan buruknya boleh mengakibatkan koma, sawan dan kematian otak.
Rosli berkata, selain HTAA, isterinya turut menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Angkatan Tentera Lumut di Perak namun keadaannya tetap sama.
“Selain rawatan moden di hospital, lebih 50 kali saya cuba menerusi cara tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung namun belum berhasil,” katanya.
Menurutnya, Rusmahwati hanya minum susu khas, Ensure Gold melalui tiub di hidungnya yang mana bekalannya setiap bulan diperoleh menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Perkeso juga bantu membekalkan lampin pakai buang setiap bulan. Selain itu, isteri saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM300 sebulan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu isteri saya termasuk TUDM sejak 2004 sehinggalah saya berpencen pada 2013,” katanya.
Cinta Sampai Syurga
Rosli berkata, biarpun apa pun keadaan isterinya, perasaan cinta dan sayang terhadapnya tidak pernah berkurangan.
Dia juga tidak pernah putus harapan agar Rusmahwati pulih suatu hari nanti dan berharap jika ada pakar dan pengamal perubatan Islam yang boleh merawat penyakit isterinya tampil membantu.
“Saya tidak menagih bantuan kewangan, apa saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai, biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya sebak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.