Jika rasa hidup ini tidak tenang, segala perkerjaan jadi sukar dan keluarga berpecah belah tiada bahagia. Jadi inilah masanya untuk kita cara mohon keampunan kepada Nya. Mungkin di situ ada kesilapan yang tidak kita sedari.
Salah satu amalan ketenangan hati dan ketenangan hidup adalah melakukan ibadah taubat.
Ikuti perkongsian Nuremyliya Abdullah yang bermanfaat ini untuk renungan bersama.
SOLAT TAUBAT.
Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tanak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Ads
Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
ISTIGHFAR
Ads
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah…
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat
Selamat beramal. Moga perkongsian ini menjadikan kita seorang hamba Allah yang di ampunkan dosanya.
Anak-anak ni, bab panjang akal memang nombor satu! Ada sahaja yang mereka akan buat hingga bikin orang sekeliling mereka geleng kepala.
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi! Baru-baru ini, gelagat anak kepada pelawak, DJ radio dan usahawan Shuib, Uwais Al-Qarni meraih perhatian orang ramai apabila keletahnya dalam sebuah video itu mencuit hati pada yang melihat.
Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh neneknya, Siti Fatimah Suberi di laman Tiktok miliknya itu terpampang gelagat spontan Uwais ketika duduk di atas kerusi urut.
Yang menggelikan hati orang ramai dalam video tersebut adalah gelagat Uwais yang membuat bunyi kambing sememangnya sebiji seperti bunyi haiwan itu!
“Tau dah nak raya haji ni. Nanti jiran-jiran ingat odey bela kambing pula dalam rumah,” tulis neneknya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menyatakan Uwais turut mewarisi bakat lawak seperti bapanya, Shuib.
Ibu bawa anak ke balai Polis, biar jadi pengajaran sebab selalu ganggu rakan sekolah. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya.
Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.
Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
“Tetapi, hari itu sudah melampau kerana kawannya terjatuh dan dahi terkena bucu meja. Itulah sebabnya saya bawa dia ke balai polis untuk beri pengajaran,” ujarnya.
Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.
Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.
“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.
“Sampai saja di balai, saya terus beritahu pegawai itu untuk ‘tangkap’ Ziqri dan mereka pun sama-sama membantu bagi menjayakannya,” tambahnya.
Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.
“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.
Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.
“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sikap jujur dan amanah sangat penting dalam diri kita. Biarpun tidak kaya atau berharta sikap ini melambangkan sikap peribadi dan akhlak yang mulia.
Oleh itu, sikap ini telah dipupuk dan diamalkan semenjak dari kecil lagi. Begitu juga sikap yang ditunjukkan oleh lelaki ini memulangkan kembali sejumlah wang yang dijumpainya secara tidak sengaja di tepi jalan. Biarpun jumpa itu dianggarkan RM5 ribu, beliau bersikap positi dan jujur memulangkan kembali kepada pemiliknya.
Terbaik sikap lelaki ini. Ikuti kisahnya moga jadi teladan bersama.
“Ya Allah.. Duit sapa yang jatuh ni,banyak ni,satu plastik penuh duit RM100 dengan RM50” Ucapan pertama kali pegang duit dalam plastik! Dalam HATI, dah mula bercampur baur..ini bukan kali pertama jumpa duit beribu..masa aku dalam tengah buat rumah sendiri dulu pun,pernah ujian macam ni aku dapat,jumpa depan bank.. ALHAMDULILLAH, dapat selesai, lepas jumpa tuannya.. Kali ni,aku jumpa tepi jalan,ngam pulak lepas org abis azan zohor.. aku pulak,baru lepas isi minyak motor,sebab nak masuk ladang belah petangnya.. Masa aku ambik,terus aku letak dalam raga motor,walaupun duit kertas,terasa beratnya..aku yakin,banyak ribu duit dalam plastik ni..bukan sedikit duitnya.. Ujan turun makin lebat,mau atau tak,aku tetap menunggu tepi jalan ni,menanti jika ada orang singgah bertanyakan hal kehilangan duit.. sudah setengah jam menanti,dan aku dah mula sejuk..basah..lagi pun..aku kena masuk jaga ladang dengan lembu petang ni.. apa pun.. aku tetap juga menunggu.. aku tahu,ini ujian Allah beri, ujian hati dan perasaan aku,adakah duit ini aku ambik atau tidak? sampailah aku lihat,sebuah kereta Avanza warna seakan merah hati, berhenti tak jauh dari tempat aku berhenti.. nampak ada dua org remaja keluar dari situ,dan terus menyusuri tepi jalan,sambil mencari sesuatu,kemudiannya,seorg wanita keluar,juga buat perkara yg sama..sampailah driver kenderaan keluar,dan dia juga mencari cari sesuatu di tepi jalan. aku hanya perhatikan,sampai dia sampai dekat aku..dia menegur aku dalamnhujannyg masih agak lebat.. “dik,motor rosak ke?tengah hujan duduk tepi jalan lagi, masuk la ke masjid atau shell tu” “tak,bukan motor rosak, tunggu org datang,,tapi tak tahulah datang atau tak,sebab tak kenal, pakcik cari apa? dari tadi duk cari cari benda je,ada barang hilang ke?” “haah,ada barang hilang,rasanya,kat sinilah jatuhnya,sebab masa berhenti betulkan viper kereta tadi,mmg dekat sini je,, lepas tu dah gerak pergi hala manjung tadi, dalam perjalanan,baru sedar ada barang hilang dari dalam jaket baju ni” “apa barang yg hilang tu?” “ada la,takpelah,sy nak cari dulu kat tepi jalan,kalau ada rezeki,adalah, kalau takde,apa nak kata lagi,bukan rezeki agaknya” nampak macam dia nak bergerak,aku sapa balik. “duit ke yg hilang tu?” dia berhenti dan melihat aku. “mana kamu tahu?” “saya agak je,bila dah semua satu family keluar kereta,mestilah benda berharga,duit ke,tipon ke,barang kemas yg hilang” “ya..duit hilang, dalam plastik,tak sempat masukkan dalam beg,sebab Ujan,masukkan je dalam plastik tu,tadi ada ke shell,isi minyak,beli makanan, semuanya dalam plastik tu duitnya,masa Ujan lebat, keluar dari kereta,sebab nak betulkan viper sangkut,yg ingat,kat sinilah berhenti tadi” “banyak ke duitnya pakcik?” “banyak la juga,sebab nak bayar duit repair kereta sebuah lagi kat bengkel, lepas tu,duit pakai belanja bulan ni lah” “oh..macam ni,kalau betul duit pakcik hilang,saya nak tahu,berapa jumlah duit paling kecik yg ada,jangan beritahu jumlah duit besar” masa ni,aku dah lihat duit rm1 dan rm10 ada.. dah tahu jumlahnya berapa,tapi,jumlah duit rm100 dgn rm50 . memang aku tak tahu berapa.. sebabnya,nampak tebal dan banyak.. “kalau seingat sy,lepas isi minyak rm50,beli barang makanan,air, to up tipon,yang saya ingat,sekeping je rm10,lepas tu,yang duit rm1 ada banyak juga,dalam 20keping atau lebih la,jumlah tak pastilah berapa keping rm1 tu,mungkin 25 atau 26 keping,semuanya sy masukkan dalam plastik,lepas tu masuk dalam jaket ni” “emm..maknanya, duit yg saya jumpa ni,mmg betul la duit pakcik,saya risau juga kalau org mengaku duit dia hilang,tadi,sy baru nak tanya dalam group kampung punya wassap,sebab nampak pakcik keluar dari kereta,sy tak jadi tanya dalam group wassap, betul duit ni pakcik punya,dalam raga kotor saya ni” dia datang ke arah aku,lihat dalam raga motor,secara mengejut dia peluk aku. “alhamdulillah,betul…ini duit pakcik,.masa hilang tadi,dalam hati dah dapat rasakan,mmg tak jumpa dah,sebab takde apa bukti nak kata duit tu pakcik punya” “takpe,sy faham..masa pakcik tak bagitau hal duit hilang, saya boleh faham apa pakcik fikir..kalau pakcik bagitau duit hilang,pakcik mesti risau juga, kalau sy pulak akan mencari duit area tepi jalan ni,sebab tu pakcik tak bagitau saya hal duit hilang kan” “ya..yaa..maafkan saya, hati risau, bila bgtau tempat hilang, takut orang lain cari lepas sy tak jumpa duit” “sy faham pakcik, .kalau sy pun,usahakan cari dulu duit tu, sebelum bagitau lokasi hilang,.. ambillah duit pakcik ni, rezeki pakcik lagi ni, boleh jumpa balik duit hilang,sy pun,tergerak hati nak lalu sini, biasanya,sy lalu jalan atas tu je,kalau nak isi minyak kat shell”
aku pun serahkan beg plastik yg ada duit kepada dia,ntah berapa jumlah yg ada dalam tu, aku pun tak tahu,sebab tak semasa nak kira,cuma duit rm10 dgn rm1 tu yg aku agak,baki dari dia pecahkan duit rm100 dia. “pakcik,sy nak balik dulu ye,nak siap siap masuk ke kebun sawit,sy kerja jaga ladang dgn lembu org peserta, nanti lambat masuk, bising pulak ada kawan yg tunggu kat dalam tu” “nanti kejap,kamu ambillah duit ni,buat belanja, kamu dah jumpa duit pakcik” “takpelah,sy ada duit pakcik,upah kerja saya,bos dah masukkan dalam bank,cukup je makan pakai saya,sy gerak dulu ya” dalam masa aku nak gerak tu,isteri pakcik ni tahan motor aku, lepas tu,dia suruh juga suami dia bagi duit.. masa ni,banyak sangat dah ayat memujuk suruh ambik..aku mmg takde hati nak ambik..sebabnya,aku takut,bila aku ambik..saham akhirat aku berkurangan akan datang..rasa,macam pertolongan berbayar pulak… dah didesak banyak kali,aku pun ambik juga,tapi,tak ambik semuanya yg dia bagi,aku ambik beberapa keping je.. sebagai tanda tak menolak pemberian org.. lepas aku ambik, aku terus balik, lepas tu, aku singgah kedai kawan aku,,aku beli ayam golek sekor,bagi makan anak bini aku,balik rumah,aku bagi baki duit org bagi,ada dalam rm130.. pada aku..inilah rezeki aku yg sebenarnya..walaupun aku dah jumpa duit hampir 5k….dan rm150 yg aku ambik..itulah rezeki aturan dari Allah yg sebenarnya..bukan duit satu beg plastik yg aku jumpa.. dalam masa aku pegang duit tu tadi,mainan hati dengan hasutan syaitan mmg kuat.. dalam kepala aku, duk mikir,duit ni,kalau aku ambik..selesai masalah aku nak pasang siling rumah dgn mozek lantai rumah aku.. kalau tak buat rumah..mau aku beli frogman atau rangeman ogapi..atau planning beli motor baru..atau pun,beli barang barang yg aku nak kumpulkan..salah satunya..rc 4×4 yg pernah aku tgok..harga mmg 2,3k juga.. macam2 hasutan fikirannya aku dapat dalam kepala aku.. mujurlah..hati ni,aku dah ajar..jangan ambik hak bukan milik kita..biar miskin macam mana pun,jangan sesekali ambik hak bukan kita punya.. syukur pada Allah.. ujian-ujian yg selama ni hadir..satu persatu aku dapat hadapi dengan tabah..walaupun bukan yg terbaik..tp..aku tetap usaha.. jadi yg sebaik mungkin..sebagai seorgnhamba Allah,yang tak mahu melanggar hukum-hukum yang tak boleh aku buat. aku up dalam FB..bukan nak bagitau org aku baik..sebab aku tahu, aib aku yg lain, kejahatan yg lain…masih Allah rahsiakan..aku bukan dari golongan baik juga.. cuma..dalam fikiran aku..bila aku buat kat wall FB aku, andai kata aku mati cepat,,tak panjang umur..dan bila sampai satu ketika..tarbiah anak aku, boleh bini aku lakukan melihat status wall FB aku .. dengan apa yg aku buat ni.. boleh jadi..aku jadi seorg bapa yg akan anak kenali aku,sebagai seorang bapa yg baik… bagaimana sikap dan apa perlu buat.. bila jumpa hak orang .. salah satu sebab..cara begini..mungkin mengajar anak aku memahami erti hidup cari harta yg berkat.. walaupun kita tahu hidup kita miskin tak berharta..apa yg aku harap..buat satu contoh kebaikan..supaya anak dapat ikut mencontohi…harta aku sebenarnya..anak bini ,keluarga,sedara mara, dan kenalan aku.. tentang lainnya..bukanlah harta yg boleh aku buatkan kenangan hidup..
Nukilan: Karya Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.