Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu… sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
Ads
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Ads
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
* Niat (Rujuk gambar)
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
Ads
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
* Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
SEMOGA BERMANFAAT
Sahabat Hijrah Anda
Sumber: Oh Sedap Ker
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu, sila praktis untuk anak di rumah ya.. Sesuai untuk semua subject.
Ibu, ayah guru terbaik untuk anak. Pelbagaikan teknik kaedah lebih baik dari paksa anak belajar melalui cara yang mereka tak suka.
Belajar tidak semestinya serious kerana yang seronok dan santai itu lebih sampai.
Selamat mencuba.
1. Anak Visual
Anak visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah.
Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ibu sediakan bahan bantu, boleh gunakan imej yang berada di sekitar anak-anak, kaitkan maklumat dengan anggota badan dan sebagainya. Lebih sempurna jika permainan anak-anak juga dijadikan sebagai bahan sokongan untuk pembelajaran. Main sambil belajar tak salahpun, yang salah bila main sampai tak nak belajar.
Belajar sikit tapi dapat, lebih baik dari belajar banyak tapi tak dapat-dapat.
Cuba tingkatkan daya focus anak-anak untuk melihat kerana mereka akan lebih banyak berfikir daripada sekadar mendengar, mengingat dan memahami.
2. Manfaatkan pendengaran anak-anak secara maksimum.
Anak auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam pembelajarannya
Ketika kita bercakap sendiri semasa belajar, beberapa kawasan penting pada otak akan menjadi sangat aktif. Biasanya anak yang banyak cakap lebih cepat bertindak dan cepat tangkap.
Jadi, dalam merancang pembelajaran auditor yang kuat dalam diri anak-anak, ibu, ayah perlu mencari idea untuk mengajak mereka meluahkan apa yang sedang dipelajari.
Dua aktiviti menarik untuk anak auditor ialah :
a) Memory Sport: Rutin menyebut berulang
Sebenarnya otak manusia itu seperti juga otot. Jadi, apabila kita rajin bersukan, tentu otot tersebut akan bertambah kuat.
Begitu juga dengan otak yang kita asah, apabila kita rajin mengolah dan mengasah maklumat pada otak kita, maka sudah pasti otak kita pun akan terbiasa.
Ingatlah prinsip berikut “Alah Bisa Tegal Biasa” Jika kita malas dan tidak pernah melatih otot atau otak kita, sudah tentu otot atau otak kita pun akan menjadi lemah.
Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk melatih otak kita adalah dengan cara memory sport itu sendiri. Teka silang kata merupakan salah satu bentuk latihan untuk otak yang digunakan untuk mengasah ketajaman akal dan mampu menguatkan ingatan.
b) Story Sistem : membina cerita
Story system adalah teknik mengingati maklumat dengan cara kaitkan antara satu maklumat dengan maklumat yang lain dalam bentuk cerita.
Contohnya: Untuk menarik minat dan memberi imbasan memori kepada murid tentang huruf L M N ’ guru menyusun satu cerita kepada murid untuk menghubungkan 3 huruf ini dalam satu masa.
Contoh : Lina Mimpikan Nani
3. Yang nie biasanya untuk anak lelaki
Anak kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan.
Mencungkil rahsia untuk seorang ayah menjadikan dirinya sebagai ‘cinta pertama’ buat anak perempuannya, pastinya ia cukup menarik untuk difahami.
Oleh itu, ikuti tip yang dikongsikan oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Macam mana ya untuk ayah menjadi ‘cinta pertama’ dalam hidup anak perempuan? Baik, mari saya kongsikan dalam posting ini.
1. Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
2. Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
3. Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu.
4. Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukurkan. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaik ya.
5. Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Tak tahu, belajar.
6. Tapi iyalah, bila anak dah mula minum susu botol, mulalah jam 2 3 pagi dok merengek suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, bancuh susu dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
7. Bila anak dah besar sikit, selalulah peluk mereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
8. Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
9. Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan depa. Kahkah
10. Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
11. Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, abi sayang Aya. Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama. Aya sayang abi! Oh ya, Aya tu anak saya, Aya Sophia. Hehe
12. Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya walau tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita. Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita. Jangan dok ralit main game je.
13. Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon, Omar Hana, Didi & Friends dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
14. Ayah dan anak perempuan kena ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke, macam Baymax dalam Big Hero 6, fist bumb Neuro Style dalam Ejen Ali ke, colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
15. Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, aduan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan mendengar apa yang mereka katakan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap. Anak perempuan ni paling banyak bertanya ketika usia mereka 4 dan 5 tahun.
16. Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan persoalan akidah pada anak, bercerita, kongsikan kisah-kisah Nabi, wanita-wanita hebat dalam Al-Quran, ajarkan doa dan baca Al-Quran.
17. Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif. Ia tanggungjawab bersama suami dan isteri.
18. Jangan lebih-lebihkan antara anak lelaki dan perempuan. Layan sama rata. Tolong sangat jangan banding-bandingkan sesama mereka. Kata-kata tengok abang kau tu rajin, kau bodoh. Tengok akak kau tu, belajar pandai, kau macam tu jelah result. Anak amat benci kata-kata ini. Tukar kepada perkataan yang lebih baik, “anak ayah semua pandai. Yang membuat kalian berbeza adalah usaha serta sikap tidak berputus asa. Keep it up! Jom sama-sama berjaya. Kita bantu membantu satu sama lain.” Kerja rumah bagi sama adil. Jangan lagi berpegang kerja dapur tu kerja orang perempuan. Kerja lelaki dan perempuan sebenarnya. Didik dari awal.
19. Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Saya rasa cukup 19 point ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Moga kita menjadi bapa-bapa yang disayangi anak perempuan dan lelaki. Amin.
Kau tahu kawan, salah satu punca berlakunya kes cabul seorang bapa kepada anak perempuanya adalah disebabkan si ayah tidak berperanan sebagai seorang bapa. Beliau bertindak sebagai diktator di rumah dan mahu anak takut padanya.
Sejak anak perempuan ini kecil, langsung tak disentuh, dipuji, dimandi, disuap makan dan dibelai. Bila anak ini dah akil baligh, dah besar, tumbuh payu dara dan sebagainya, si jantan ini akan melihat anak dengan ‘pandangan’ yang lain. Tak rasa itu adalah anaknya.
‘Orang Tengok Kejam, Hanya Ada Aje Faham.’ Momen ‘Mak-Mak’ Emma Maembong Raih Perhatian
Bila ada anak tentu pelbagai ragam yang bakal ibu ayah akan hadapi. Boleh pening kepala dibuatnya. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa pastiknya terkejut dan teruja dengan peel anak.
Begitulah yang dilalui oleh pelakon cantik, Emma Maembong yang berkongsi momen ‘mak-mak’ yang dilalui setelah bergelar ibu.
Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Instagram miliknya, telah meraih perhatian ramai apabila anaknya tidak mahu berjalan di pasaraya.
Ekoran tidak mahu berjalan, emma dan suami dengan bersahaja mengheret anaknya Shariq Gabriel.
Begitulah anak-anak ketika sedanga membesar. Pelbagai peel yang harus ibu bapa hadapi dalam tempoh pertumbesaran mereka.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Mengakui caranya boleh mengundang kecederaan kepada anaknya, lantaran itu tidak mengambil masa yang lama, dia dan suaminya akhirnya mengalah dengan mendukung anak kesayangannya. Memberi respon kepada persoalan daripada netizen mengenai tindakan kepada cahayamatanya itu.
HANYA MAK-MAK FAHAM
Sementelaah itu, netizen juga mengakui momen itu turut melalui situasi yang sama. Kata mereka walaupun ia kelihatan kejam, namun hanya mak-mak sahaja yang memahami situasi yang dialami oleh emma dan suami.