Selain dapat memakai pakaian baru, berjumpa dengan saudara mara, mengutip duit raya antara aktiviti yang paling seronok dilakukan oleh kanak-kanak ketika beraya. Sebagai ibu bapa, pastinya duit anak-anak akan disimpan di dalam tabung mahupun bank.
Namun, keterbatasan masa dek kerana sibuk dengan kerja pasti membuatkan tiada kesempatan berbuat demikian.
Jangan risau, dengan kecanggihan teknologi sekarang, ibu bapa boleh berbuat demikian melalui online, tapi macam mana nak buat ya?”
Sekarang ni dah senang, semuanya di hujung jari, kan? Kebanyakan hal berkaitan perbankan dah boleh dilakukan secara online, termasuklah menyimpan di Tabung Haji.
Membuat simpanan di Tabung Haji sebenarnya satu langkah bijak terutama untuk anak-anak yang masih kecil. Tapi, mungkin ada yang terlepas pandang atau tak jumpa-jumpa mana butang yang nak klik untuk transfer duit dari Cimb Clicks terus ke akaun Tabung Haji. Tak kisahlah akaun Tabung Haji anak atau Tabung Haji diri sendiri, dua-dua pun boleh!
Ikut saja langkah yang ditunjukkan di bawah. Yang penting, sediakan buku akaun Tabung Haji siap-siap dekat sebelah supaya mudah nak rujuk nanti.
Ikut saja langkah yang ditunjukkan di bawah. Yang penting, sediakan buku akaun Tabung Haji siap-siap dekat sebelah supaya mudah nak rujuk nanti.
CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI MELALUI CIMB CLICKS
Sebenarnya senang je nak simpan atau transfer duit secara online dari akaun CIMB ke Tabung Haji.
Bagi yang belum pernah cuba atau tak tahu, jom kita tengok caranya langkah demi langkah.
1. LOGIN CIMB CLICKS
Mula-mula, macam biasalah kita login dulu CIMB Clicks.
2. KLIK ‘PAY BILLS’
Pilih menu ‘Pay & Transfer’ dan klik pada butang ‘Pay Bills’.
Dekat bahagian Biller nanti boleh taip ‘Lembaga Tabung Haji’, nanti akan keluar pilihannya.
3. MASUKKAN MAKLUMAT AKAUN TABUNG HAJI
Semak buku Tabung Haji dan masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor IC anak.
Kalau akaun Tabung Haji sendiri gunalah nombor IC sendiri ya.
Ads
4. ISIKAN AMAUN DAN SEMAK
Kemudian isikanlah berapa jumlah duit yang nak ditransfer ke akaun Tabung Haji tadi.
Lepas dah check elok-elok nombor akaun Tabung Haji 15 digit tu, bolehlah submit.
5. REQUEST TAC
Akhir sekali, request TAC macam masa kita buat belian online tu.
Nanti nombor TAC akan dihantar melalui SMS. Masukkan 6 digit TAC dan selesaikan urusniaga.
Siap!
Anda akan dicaj RM0.50 untuk urusniaga ini. Kira ok lah kan, kalau nak bandingkan dengan kepayahan kita untuk ke pejabat Tabung Haji, cari parking dan sebagainya. Lagi-lagi kalau bawa anak kecil.
BOLEH TERUS SET FAVOURITE
Nak mudah, nanti boleh terus set favourite supaya lain kali kita dah tak perlu nak tekan nombor akaun sebiji-sebiji. Untuk setting favourite ni, boleh pergi bahagian ‘My Accounts’ > ‘My Favourite’ > ‘Biller’. Pilih akaun Tabung Haji tadi dan isikan maklumat yang diminta. Mudah kan?
Foto Kredit: cimbbank.com.my
Lega rasa bila dah dapat transfer duit anak-anak ni ke akaun masing-masing. Tak payah susah-susah nak ke pejabat Tabung Haji lagi. Kalau tak, kita yang kena pegang duit sampai ada yang lupa sorok dekat mana kan?
OK, lepas dah transfer tu jangan lupa log out macam biasa. Biasanya akaun Tabung Haji ni akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja. Jadi, jangan panik pula kalau pergi check duit tak masuk-masuk lagi.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya, ada tak cara yang lebih mudah untuk semak baki akaun TH ni selain ke Tabung Haji kan? Jawapannya ada, iaitu melalui kad ATM CIMB.
Ads
Nak tahu caranya, jom tengok langkah di bawah.
CARA SEMAK BAKI TABUNG HAJI MELALUI CIMB
Untuk makluman, Tabung Haji juga telah memperkenalkan Perkhidmatan TH melalui ATM dan CDM CIMB Islamic mulai 1 Oktober 2018. Proses pendaftaran (link) kad ATM ke akaun TH boleh dilakukan melalui mesin ATM CIMB dengan menggunakan kad ATM CIMB.
Maksudnya, kita boleh semak baki akaun Tabung Haji menggunakan kad ATM CIMB tanpa perlu pergi ke Tabung Haji. Tapi buat masa ini kita hanya boleh semak akaun Tabung Haji diri sendiri dan tak boleh check untuk anak-anak ya.
Ini langkahnya.
1. MASUKKAN KAD ATM CIMB SEPERTI BIASA
Pertama sekali, masukkan kad CIMB anda pada mesin ATM dan tekan nombor pin seperti biasa.
2. PILIH ‘LAIN-LAIN’
Seterusnya pilih butang menu ‘Lain-lain’ pada skrin.
3. PILIH MENU TABUNG HAJI
Kemudian, pilih urusniaga ‘Tabung Haji’ seperti yang tertera di bawah.
4. MASUKKAN MAKLUMAT AKAUN TABUNG HAJI
Sekarang, masukkan nombor akaun Tabung Haji seperti yang boleh dirujuk dalam buku akaun.
Ads
Selepas itu masukkan pula nombor siri yang terdapat pada buku akaun Tabung Haji anda.
BOLEH SEMAK BAKI, KELUARKAN & PINDAH WANG
OK, setelah kad ATM CIMB berjaya didaftarkan (link) kita dah boleh buat transaksi pengeluaran, pindahan dari akaun TH ke akaun bank sendiri atau pihak ke tiga dan juga boleh membuat semakan baki akaun TH.
Selain itu, simpanan tunai pula boleh dilakukan melalui cash deposit machine (CDM).
Tapi tak seperti Maybank2U, semakan baki akaun TH hanya boleh dilakukan melalui ATM sahaja. Tiada perkhidmatan semakan baki ditawarkan melalui CIMB Clicks ya.
Jadi bagi pemegang akaun CIMB, lain kali kalau nak semak baki di akaun Tabung Haji, bolehlah pergi ke ATM untuk link kan kad ATM dan daftarkan ikut cara ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya masalah pendengaran dikalangan warga emas adalah satu perkara biasa dan untuk mengatasi masalah tersebut lazimnya kita lihat seseorang itu akan menggunakan alat bantuan pendengaran yang dilekapkan pada bahagian telinga.
Namun lain pula yang digunakan oleh wargaemas ini yang juga merupakan pasangan adik beradik bagi memudahkan berbual antara satu sama lain di dalam majlis perkahwinan yang dihadiri mereka.
Perkongsian oleh @laysyah di aplikasi TikTok telah menarik perhatian umum setelah dia memuatnaik video berkenaan dua nenek ini sedang berbual di dalam majlis perkahwinan yang dihadiri dengan menggunakan Stethoscope.
Difahamkan kedua-dua pasangan adik beradik ini mempunyai masalah pendengaran dan sedikit pun tidak menghalang mereka untuk berbual mesra bertanya khabar di pertemuan tersebut dengan menggunakan stethoscope.
Video ini sekali gus telah tular sehingga meraih lebih 1 juta tontonan.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati dan tidak kurang juga terhibur melihat aksi kedua-dua nenek tersebut. Ramai menyifatkan idea menggunakan stethoscope ini sangat kreatif dan bolehlah digunakan bila mereka berada di situasi yang sama dengan pasangan adik beradik ini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, hakikatnya itu suatu dugaan yang cukup besar. Ketika itu semangat juang dan ketabahan diri amat-amat diperlukan dalam melawan penyakit merbahaya ini.
Selain sepanjang tempoh jalani rawatan untuk kembali sihat, bab pemakanan perlu juga diberi perhatian agar kanser tidak menjadi aktif.
Hal ini telah dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat untuk info bersama.
Bagi mereka yang telah dilanda penyakit kanser payudara atau pun lain2 jenis kanser dan telah menjalani rawatan, ada beberapa jenis makanan yang dikatakan bolih mengawal pertumbuhan semula dan cegah dari merebak.
1.Marshroom/jamur/cendawan, ia mengandungi sesuatu yg blok enjim aromatase yg diperlukan untuk membentuk hormon estrogen, cendawan jenis shitake.
2. Delima, sekarang ini banyak produk juice delima dipasaran.
3 Blueberries, sukar didapati kerana bukan buah tempatan, lain2 jenis berry pun berkhasiat.
4.Cinnamon/kayu manis, mudah didapati dan memang sering digunakan dalam masakan dan kueh2.
5. Biji anggur extract yg mengandungi resveraterol yg memang banyak khasiat kesihatan. Klinik kita ada NuRev yg bahan utamanya ialah resveraterol. Disamping makanan2 tersebut penting juga amalkan caragaya hidup sihat saperti exercise, relaks, banyakkan baca quran dan zikir
Pernah tak, waktu tengah solat orang ketuk pintu panggil kita tiba-tiba? Kalau sekali dua tak apa, ni banyak kali! Terus jadi was-was nak sahut panggilan mereka ke atau nak teruskan solat. Betul tak?
Yang mana ragu-ragu tu, jom baca jawapan ringkas lagi padat dari Ustaz Azhar Idrus ni. Semoga beri manfaat pada semua. InsyaAllah.
JAWAB PANGGILAN IBU BAPA DALAM SOLAT
SOALAN :
Dulu saya ada dengar jika kita sedang solat dan orang tua kita panggil kita boleh berhenti solat tapi ada pula saya dengar orang lain kata tidak boleh berhenti dari solat walau pun orang tua yang panggil.
Mohon penjelasan ustaz.
JAWAPAN :
Apabila seorang itu telah masuk dalam sembahyang yang wajib maka haram dia berhenti melainkan kerana darurah dari kerana tiap-tiap amalan yang wajib tidak harus memutuskannya melainkan kerana darurah sahaja..
Ada pun pada sembahyang sunat maka tidak haram berhenti tetapi makruh hukumya berhenti jika tiada darurah dan harus berhenti jika dipanggil oleh ibu bapa.
Oleh itu siapa yang sedang menunaikan sembahyang yang fardu dan ibu bapanya memanggilnya maka tidak wajib dia menjawabnya atau berhenti dari sembahyangnya itu.
Artinya : “Dan menjawab pangilan dua ibu bapa itu haram pada sembahyang fardu kerana sengaja memutuskan sembahyang fardu itu haram dan harus memutuskan sembahyang yang sunat.” (Hasyiah Al-Bajuri)
Tersebut pada Kitab Fiqhul Ibadah As-Syafie :
ويحرم على المصلي إذا دخل في الصلاة المكتوبة قطعها إلا لضرورة كإنقاذ حياة طفل أو تجنب حصول ضرر شديد كنشوب حريق . ويجوز قطع النافلة إجابة لأحد الوالدين إن لم يعلم أنه في صلاة وكان يشق عليه عدم الإجابة.
Artinya : “Dan haram atas seorang yang telah masuk ke dalam sembahyang yang fardu memutuskannya kecuali kerana darurah seperti menyelamatkan nyawa kanak-kanak atau mencegah dari berlakunya kemudaratan yang sangat seperti kebakaran. Dan harus memutuskan sembahyang yang sunat kerana menjawab panggilan dua ibu bapa jika mereka tidak tahu dia sedang sembahyang dan kesukaran atasnya kalau tidak dijawab.”
Artinya : “Dan tidak wajib jawab panggilan ibu bapa di dalam sembahyang bahkan haram pada sembahyang fardu dan harus pada sembahyang sunat.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
KESIMPULAN
Jika seorang sedang sembahyang fardu dan ibu bapanya memanggil maka haram dia jawab dan batalkan sembahyanggnya itu melainkan jika darurah seperti ibu bapa yang memanggil itu sedang kesakitan atau rebah atau seumpamanya.
Tidak wajib orang yang sembahyang sunat menjawab panggilan ibu bapanya di dalam sembahyang tetapi jika dijawabnya maka hukumnya adalah harus dan solatnya itu batal.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.