Bahang sambutan hari raya semakin hangat dirasai apabila ramai warga kota mula pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang.
Bila berkumpul ramai-ramai sudah tentu juadah hari raya menjadi tumpuan semua. Tak sabar rasanya nak menikmati hidangan raya yang dirindui seperti ketupat, lemang, rendang dan sambal kacang.
Hari ini berapa ramai di kalangan kita yang masih pandai menganyam ketupat? Walaupun dunia semakin maju dan produk makanan tradisi juga sudah semakin banyak dipermudahkan tetapi jangan sesekali lupakan tradisi budaya anyaman ketupat peninggalan nenek moyang.
Jom ajar anak-anak menganyam ketupat tradisi. Perkongsian langkah demi langkah anyaman ketupat oleh Tajul Ariffin Norsadan mungkin boleh membantu mereka yang nak cuba menganyam sendiri ketupat.
Ads
Langkah demi langkah anyaman ketupat
Anyaman ketupat ini semakin pudar dizaman moden ini. Orang ramai lebih memilih membeli ketupat yang sudah dianyam atau ketupat segera.
Tetapi bukan untuk anak-anak Ibu kami. Ibu menurunkan ilmu menganyam ketupat beberapa tahun lepas. Sejak dari itu, setiap tahun pasti kami akan menganyam ketupat. Kami menganyam ketupat lebih kepada tradisi dan meriahkan suasana. Jika tidak cukup baru akan ditambah dengan ketupat segera.
Ads
Menganyam ketupat bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil untuk dipelajari. Ketupat ada pelbagai jenis. Ada ketupat sate, ketupat bawang, ketupat pasar dan lain-lain lagi. Maka hari ini, aku akan tunjukkan langkah-langkah untuk menganyam ketupat yang paling mudah iaitu ketupat sate.
Ads
1. Gulungan pertama tangan kiri.2. Gulungan kedua tangan kiri.3. Gulungan ketiga tangan kiri.4. Gulungan pertama tangan kanan.5. Gulungan kedua tangan kanan.6. Gulungan ketiga tangan kanan.7. Cara memegang. Ada perbezaan gulungan tangan kanan dan tangan kiri. Perhatikan dengan teliti langkah-langkah di atas.8. Gulungan tangan kiri sebagai dasar. Masukkan gulungan ketiga tangan kanan ke gulungan ketiga tangan kiri.9. Anyam sampai ke hujung gulungan pertama tangan kiri.
10. Lanjutkan anyaman gulungan kedua tangan kanan secara bertentangan dengan gulungan ketiga.
11. Anyam gulungan pertama tangan kanan bertentangan gulungan kedua tangan kanan.12. Akan jadi seperti ini.13. Ambil hujung gulungan pertama tangan kanan.14. Anyam sehingga bertemu gulungan pertama tangan kiri.15. Seperti ini.16. Pegang keseluruh anyam dengan tangan kanan. Lepaskan pegangan tangan kiri. Berhati-hati semasa membuat gerakan ini keranan anyaman masih mudah terlepas.17. Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri.18. Anyam sampai bertemu hujung gulungan tangan kanan.19. Seperti ini.20. Temukan kedua-dua hujung gulungan pertama.21. Tarik sedikit kedua dua hujung anyaman seperti ini.22. Ketatkan anyaman tersebut. Siap!
Selamat mencuba! Pecinta budaya dan tradisi, Tajul Ariffin Norsadan
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita selalu juga mendengar orang kata untuk memulakan hari yang baik, sewajarnya ianya dimulakan dengan mengambil sarapan. Pun begitu, sebagai ibu kita sering juga berdepan dengan anak-anak yang ‘liat’ bersarapan. Ada sahaja alasannya, jadi apa kata dalam usaha kita memastikan anak-anak mengambil sarapan, kita pancing seleranya dengan menu yang ringkas ini, Roti Goreng Lemak Manis.
Ini sebagaimana menurut Puan Ratna, dengan menu roti goreng lemak manis belum ;pun sempat dihidang, sudah habis dimakan oleh anak-anaknya. Mungkin kerana rasanya yang lemak manis membuatkan mudah digemari oleh kanak-kanak.
Jadi, kali ini jom kita pula sediakan menu ini untuk anak-anak kita di rumah.
ROTI GORENG LEMAK MANIS
“Kak Rat buat ni untuk anak. Kak Rat tak tew ler apa yang sodapnyer roti ni. Rasanye lemak manis gitew. Belum habis goreng dah kena ngappp berketoi-ketoi.” Kak Rat
Bahan-bahan:
Telur gred A 3 biji
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
Musim rumah terbuka ni pasti aktiviti mengupas telur antara yang wajib dilakukan. Kalau bukan telur untuk menu laksa, antara menu lain yang turut menjadikan telur rebus sebagai makanan sampingan adalah mi kari dan sebagainya.
Mengupas telur rebus sememangnya mengambil masa yang agak lama. Ini kerana kita terpaksa mengupasnya satu persatu dengan tertib, bimbang ia mencacatkan telur.
Sebenarnya ada teknik mudah untuk memudahkan, cepat dan pantas untuk mengopek telur rebus ini. Malah cara ini juga membantu telur rebus lebih cantik kupasannya.
Musim rumah terbuka ni ada baiknya anda cuba teknik ni. Pantas dan jimatkan masa. Bagaimana?
Wow kalau dah magic secepat seminit saja takkanlah kita taknak cuba kan? Ajar anak-anak ikut cara ni dan minta mereka buatkan. Aktiviti paling mudah!
Langkah 1
Basuh telur terlebih dahulu sebelum di rebus. Masukkan ke dalam periuk dan letakkan air hingga paras telur sedikit tenggelam. Rebuslah telur seperti biasa hingga masak.
Langkah 2
Apabila telur mula timbul dipermukaan, itu menandakan telur telahpun masak. Angkat telur dan toskan airnya.
Langkah 3
Masukkan semula telur ke dalam bekas dan letakkan air paip ke dalamnya. Biarkan seketika hingga telur sejuk.
Langkah 4
Apabila hendak mengupas telur, masukkan telur ke dalam bekas berisi air. Bekas plastik antara yang disarankan dan pilihan terbaik untuk anda melakukan langkah ini. Goncang seketika dan kemudian kupaslah telur seperti biasa. Hasilnya telur akan terkopek dengan mudah hanya dengan sekali kupasan sahaja.
Boleh dikatakan ia ibarat kuasa magic. Jadi kena cuba. Langkah ini pasti buat anda puas hati!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan terubuk memang sedap dan enak dimakan panas-panas bersama nasi putih. Apa lagi jika dibuat ikan bakar yang dicicahkan bersama air asam, tentu makan nasi bertambah-tambah.
Namun yang menjadikan kita malas dan berfikir dua tiga kali untuk makan ikan terubuk adalah kerana tulangnya yang mengganggu kelancaran proses makan. Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.
Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.
Tarik Arah Bertentangan
Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak. Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.
Kelar Rapat
Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan terubuk dan kemudian kelar ikan rapat-rapat. Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di