
Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.
Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya yang dikongsikan oleh AwisyAlif AlifAwisy dan Cahaya Ara Ixerora.
“Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.”

“Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu.
Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar,” kongsinya di media sosial.

Begitu juga cara yang sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy untuk pastikan taugeh kekal segar dan kembali putih warnanya dan taugeh tak cepat rosak.

“Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”
1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.
2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.
“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak Elak Bawang Putih Kisar Jadi Hijau, Guna Bahan Ni Tahan 3 Bulan

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum sering digunakan secara meluas sebagai bahan perasa di dalam masakan. Selain itu, terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang turut optimalkan sebagai ubat untuk mencegah penyakit.
Oleh itu, bawang putih sering digunakan dalam masakan. Bahkan bagi yang sibuk akan memastikan bawang putih dikisar untuk di buat stok.
Namun untuk menyimpan bawang putih supaya khasiatnya kekal, ada caranya. Sebagaimana petua yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin supaya tahan lama dan tidak berwarna hijau.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
PETUA BAWANG PUTIH KISAR TAHAN LAMA GUNA MINYAK
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.

1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza
**siapa ada cara lain yang lebih baik, cadangan penambah baikan sangat saya alu alukan

Terima kasih semua untuk yang bagi tambahan, alternatif atau penambahbaikan.
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.

2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni :
-IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah.
-SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila !
-BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Apa apa pun saya amat menghargai tambahan info, pembaca boleh baca diruang komen dan pilih kaedah mana yang berkenan dihati.
Sumber: Khabbab Jamalludin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begini Resepi Sup Telur Nak Buat Jadi Sedap. Menu Ringkas Tapi Superb!

Lauk berasaskan telur memang popular. Telur goreng mata dan telur dadar enak dimakan bersama nasi panas-panas. Menu ringkas yang sangat superb. Selain itu, menu sup telur adalah antara lauk legend yang kegemaran kita sejak kecil.
Nampak aje penyediaannya mudah. Tetapi jika tak ada skill, memang tak menjadi. Begitu dengan resipi yang disediakan ini, memang legend. Masa kita kecil-kecil memang mak sering masak. Bertambah selera makan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takkk? Ibu mane tak seronok kalau anak puji kann.
Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur

Bahan-bahan :
– 4 biji telur ayam
– 7 biji fishball (belah dua)
– Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
– 3 ulas bawang putih(dicincang)
– Kiub pati ayam(guna separuh je)
– lada sulah
– Garam
– 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
– Minyak masak
Cara masak :
– Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
– Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
– Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
– Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Selamat mencuba ye.
Sumber: Nora Azni
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Praktik 7 Langkah Ni. Boleh Tahan Sampai Esok!

Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.

1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

MUDAH BUKAN?
- Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
- Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
- Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

