Dekorasi Bilik Anak Lelaki, Idea Ini Sesuai Untuk Guna Sampai Dewasa
Bagi ibu-ibu yang ingin memilih jenis dekorasi bilik anak lelaki, pilihlah dekorasi yang boleh ‘bertahan’ hingga mereka dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOT yang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTINGpastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Sering juga kita rasa pening kepala untuk mengurus barang-barang untuk disimpan di dalam stor agar tersusun kemas dan teratur. Pun begitu, tidak dinafikan dengan saiz stor yang sedia begitu terhad, keadaannya semakin padat dengan pelbagai jenis barangan.
Jadi buat anda yang ingin menyelesaikan hal penstoran, ada baiknya mengambil idea yang dikongsikan oleh seorang suami ini iaitu dengan lakukan DIY untuk hasilkan rak tinggi. Dengan cara ini walau ruang rumah anda terhad, masih boleh mengwujudkan ruang storan yang praktikal.
Difahamkan menurut perkongsian Hairul Nazmi, dia hasilkan rak tersebut kerana ianya jimat ruang. Ini memandangkan ruang bahagian bawah tidak terganggu dan paling sesuai untuk hasilkan rak tersebut pastikan ruang dinding mempunyai bentuk U.
Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan rak tinggi yang ringkas sepertinya ini adalah hanya menggunakan papan pine untuk lantainya dan kayu saiz 1 x 2 pula untuk membentuk tulang kerangka rak tersebut.
“Baru siap buat rak tinggi, sebab nak jimat ruang bawah konon nya. Kalau dalam rumah ada dinding bentuk ‘U’ macam ni, boleh cuba buat. Perlukan material kayu sikit je. Saya pakai kayu size 1×2 buat tulang, pastu papan pine untuk buat lantai nya. Lebar rak ni dalam sekaki je, panjang tu bergantung pada jarak dinding kiri kanan tu.”
Jadi buat anda yang ingin menghasilkan rak tinggi seperti ini, bolehlah sediakan kelengkapan dan bahan-bahan antaranya seperti ini:
Kayu pine
Kayu saiz 1 x 2
Circular saw
Orbital Sander
Apit G
Tukul besi
Langkah 1 : Pastikan rumah anda mempunyai ruang dinding berbentuk U seperti di dalam gambar. Kemudian lakukan pemasangan kayu dengan menggunakan skru biasa yang berukuran 2.5 inci dan wallplug plastik bersaiz 6mm.
Langkah 2 : Kemudian lubang skru ditebuk menggunakan pocket hole jig dan kemudian apitkan dengan menggunakan apit G.
Langkah 3 : Teruskan proses yang sama untuk tingkat seterusnya. Anda boleh buat berapa tingkat bersesuaian dengan ruang yang ada.
Langkah 4 : Kemudian potong kayu pine mengikut ukuran kerangka rak untuk dijadikan lantai rak.
Langkah 5 : Lakukan proses pemasangan kayu yang dipotong tadi untuk dijadikan lantai rak dan dipaku kemas.
Langkah 6 : Siap dan beginilah hasilnya. Bolehlah diletak barang-barang di atas rak tersebut.
Membesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui. Bohonglah andai dikatakan semua anak baik-baik belaka. Setiap seorang ada pelbagai karenah.
Nampak mungkin mudah, tetapi untuk melaksanakannya itu memerlukan komitmen yang tinggi.Justeru, tugas mendidik ini terletak di bahu si ayah. Dialah orang yang cukup penting yang bertanggung jawab mencorakkan masa depan anak-anak.
Andai si ayah mengabaikan tanggung jawabnya, maka itu memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak. Bayangkan jika dalam keluarga hanya ibu yang berfungsi untuk membesarkan anak-anak. Tidak dinafikan mungkin mereka mampu, namun tetap akan terkesan di dalam jiwa anak-anak dengan ketiadaan si ayah.
Saudara Mohd Fhais berkongsi sedikit panduan buat mereka yang bergelar ayah.
9 tanda awal kanak-kanak yang bermasalah.
1 – Mudah Menangis Atau Marah Sekiranya anak selalu menangis atau kerap kacau anda membuat kerja dengan sengaja itu tanda anak tadi kurang kasih sayang fizikal ( Physical Affection ).
Kalau begini, jangan tunggu lagi terus ambil anak tu peluk erat-erat dan cium dahi dia. Dia sangat perlukannya.
2 – Selalu Cakap Bohong Jika anak selalu cakap bohong walaupun untuk perkara kecil seperti cakap dah solat tapi sebenarnya belum. Besar kemungkinan anda pernah menegur berlebihan ( overreact ) tentang solat sebelum ni.
Akibatnya anak akan terus berbohong untuk mengelakkan teguran dari anda. Jiwa anak ni sensetif, mereka tak suka di tengking dan di marah. Jadi tegurlah dengan adab ya.
3 – Harga diri yang rendah ( Low Self-Esteem ) Sekiranya anak anda pemalu atau susah nak bergaul dengan rakan sebaya itu tanda dia lemah keyakinan diri dan lemah harga diri. Ini mungkin di sebabkan oleh mak ayah yang suka tolong berlebihan sejak dia kecil. Anak baru nak panjat kerusi, ayah dah angkat naikkan atas kerusi. Macam mana anak nak pandai naik kerusi sendiri?
4 – Tak Boleh Bela Diri Sendiri Jika anda rasa anak anda tak mampu untuk bela diri sendiri di depan adik beradik atau kawan-kawan, besar kemungkinan kerana anda tak pernah beri peluang pada dia untuk buat keputusan sendiri.
Akhirnya dia hanya ikut sahaja apa yang orang lain putuskan. Hilang ciri-ciri seorang leader kt sini.
5 – Suka Mengambil Barang Orang Lain Pergi rumah kawan dia ambil mainan kawan dia. Padahal banyak dah mainan anda belikan untuk dia kat rumah. Ini tanda anak anda tidak puas atau suka dengan pemberian anda. Dia mahu buat pilihan sendiri.
Bawa anak sekali membeli belah dan benarkan dia memilih adalah satu aktiviti ikatan ( bonding ) dengan anak.
6 – Anak Terlalu Penakut Adakah anda rasa anak anda mudah rasa takut? Bunyi guruh dia takut, bila gelap dia takut. Itu tanda anak anda kurang di beri pendedahan. Mungkin dia sudah terbiasa anda melindungi diri dia setiap masa.
Sekali sekala beri anak tengok guruh, duduk dalam gelap supaya mereka tahu bahawa tiada apa yang nak di takutkan.
7 – Kuat Cemburu Pernah tak terjadi bila anak nampak kawan dia ada bag baru dia minta nak bag, atau nampak anak jiran ada basikal baru dia pun nak basikal baru? Itu tanda sifat cemburu mula terjadi.
Ada kemungkinan besar dulunya mak ayah suka membanding-banding anak dengan kanak-kanak lain. Bila mak ayah suruh anak jadi seperti kanak-kanak itu maka itu la yang dia buat.
8 – Kerap Tantrum Sekiranya anak anda sentiasa melontarkan tantrum dan marah, ini mungkin kerana mereka tidak merasa cukup di hargai. Mereka jadi pencari perhatian ( Attention Seeking ) yang amat serius.
Mereka tahu bila buat baik mak ayah tak bagi perhatian, tapi bila buat tantrum mesti mak ayah pandang. Mak ayah sekalian, jangan la tunggu anak tantrum baru nak pandang ya.
9 – Tidak Ada Perasaan Jika anda perasan bahawa anak anda tak peduli bila anda cakap anda sakit atau penat dia masih lagi meminta-minta itu tanda kurangnya empati dalam diri dia.
Boleh nampak kelemahan anak tadi bila dia nak bercakap dengan kawannya. Asyik dia sahaja nak bercakap, tak mahu dengar langsung apa kawan dia cakap. Kemahiran sosial pun secara tak langsung akan jadi lemah. Susah nak dapat kawan yang berkualiti nanti.
9 tanda awal ni boleh diperbaiki lagi, belum terlambat untuk selamatkan anak yang bermasalah. Ubat segala masalah ni ada pada mak ayah iaitu kasih sayang, belas kasihan, displin, ilmu, pelukan dan ciuman.
Selamatkan anak kita!
Mohd Fhais Anak tak lahir hebat tapi di bentuk jadi hebat oleh mak ayah yang hebat!
Silakan share pada orang lain juga ya supaya mereka pun boleh jadi mak ayah yang hebat.
#notakekeluargaanfhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.