Perkongsian daripada peguam berkenaan pilihan mana lebih baik ketika membeli hartanah sama ada atas nama sendiri atau nama bersama? Mungkin ramai lagi yang masih keliru dan inginkan kepastian. Untuk itu ayuh kita baca perkongsian penuh daripada peguam yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). Jom semak!
MANA LEBIH BAIK: BELI HARTANAH ATAS NAMA SENDIRI ATAU NAMA BERSAMA SUAMI ISTERI?
1. Ada yang bertanya kepada saya, mana lebih baik, sama ada beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama suami isteri.
2. Soalan ini ditimbulkan oleh kebanyakan daripada kaum wanita kerana mereka merasa bimbang sekiranya dalam geran hartanah tiada nama mereka, maka hak dan kepentingan mereka terhadap hartanah tersebut tidak dilindungi. Nanti kalau suami kahwin lain atau suami meninggal dunia, hak mereka terhadap hartanah tersebut akan dinafikan.
3. Saya nak nyatakan disini, sama ada anda beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama , itu tak jadi masalah. Kedua-duanya bagus.
Yang tak bagusnya adalah, kalau tak nak beli hartanah sebab fikir dan takut dengan macam-macam benda. Antaranya termasuklah contoh yang dinyatakan tadi. Ketakutan melampau itulah yang sebenarnya tidak bagus. Bukan soal letak nama sendiri atau nama bersama.
4. Kaum wanita sebenarnya tidak perlu takut seandainya dalam geran hartanah tidak ada nama mereka.
Ads
Ini kerana setiap hartanah yang dibeli oleh suami atau isteri dalam tempoh perkahwinan baik yang didaftarkan atas nama suami atau isteri atau yang didaftarkan atas nama bersama akan dianggap sebagai HARTA SEPENCARIAN.
5. Bila sebut sahaja harta sepencarian, secara otomatiknya suami dan isteri mempunyai hak dan kepentingan bersama terhadap harta tersebut.
Baik suami atau isteri, mereka tidak boleh mendakwa hartanah tersebut miliknya seorang semata-mata disebabkan dalam geran tidak ada nama pasangannya.
6. Suami atau isteri boleh menuntut hak masing-masing terhadap hartanah tersebut. Bukan isteri sahaja yang boleh menuntut harta spencarian terhadap hartanah yang dibeli atas nama suami. Suami juga sebenarnya berhak menuntut harta sepencarian yang dibeli atas nama isteri, selagi mana harta tersebut dibeli/ diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Kalau rasa tak mahu berkongsi hak terhadap hartanah yang dibeli, jangan kahwin. Duduk sorang-sorang.
7. Cuma yang menjadi persoalannya bukanlah dari segi hak terhadap harta sepencarian tersebut kerana masing-masing ada hak. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah dari segi pembahagian terhadap harta sepencarian tersebut. Berapa peratus kah bahagian masing-masing (suami isteri) terhadap harta sepencarian itu.
Ads
8. Persoalan tentang bahagian harta sepencarian ini perlulah dibawa ke mahkamah syariah untuk diputuskan. Hanya hakim sahaja yang akan putuskan bahagian masing-masing berdasarkan kepada peratusan sumbangan masing-masing terhadap harta sepencarian tersebut.
9. Walaupun mungkin dalam geran tidak ada nama suami, tetapi memandangkan segala urusan jual beli hartanah tersebut mulai daripada mencari hartanah sampaikan menguruskan hartanah tersebut dilakukan oleh suami, maka sudah pasti si suami juga mempunyai bahagian tertentu terhadap hartanah tersebut. Mungkin boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
10. Begitu juga kalaupun nama isteri tidak ada dalam geran hartanah kerana suami beli guna duitnya sendiri, tetapi disebabkan si isteri telah bekorban menjaga kebajikan suami dan keluarga sehingga membolehkan suami mampu bekerja dengan baik sampai mampu beli hartanah, sudah pasti mahkamah akan mengambil kira bahagian isteri terhadap hartanah tersebut. Boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
11. Kalaupun katakanlah suami secara zahirnya tidak menyumbang langsung terhadap pembelian hartanah tersebut kerana si isteri menggunakan wang beliau sepenuhnya dan suami tidak membantu menguruskan hartanah tersebut misalnya, fakta bahawa si suami perlu bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan si isteri dan keluarganya menjadikan beliau juga mempunyai hak dan menyumbang secara tidak langsung terhadap hartanah tersebut.
Ads
12. Jadi, semuanya bergantung kepada sejauh mana masing-masing dapat membuktikan sumbangan masing-masing (sama ada secara lansung atau tidak lansung) terhadap harta sepencarian tersebut. Walaubagiamanpun sekiranya masing-masing dapat bertolak ansur dan dapat membuat keputusan bersama secara baik disamping saling meredhoi satu sama lain tentang bahagian masing-masing, atau redho melepaskan hak dan bahagian masing masing secara sukarela, itu adalah lebih baik.
13. Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda ada mengeluarkan apa-apa sahaja perbelanjaan terhadap harta sepencarian tersebut, simpan lah bukti seperti resit bayaran dan sebagainya. Atau jika perlu direkodkan setiap sumbangan anda baik secara zahir atau sebaliknya, boleh sahaja ianya direkodkan. Tidak menjadi masalah.
Ini penting untuk membantu memudahkan anda menuntut bahagian masing-masing terhadap hartanah tersebut di kemudian hari sama ada disebabkan penceraian atau kematian.
Jadi selepas ini harap jangan ada lagi yang keliru, nak beli rumah letak nama sendiri atau nama bersama pasangan suami isteri.
Terima kasih,
Salkukhairi Abd Sukor
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Jangan buat main bila hilang tupperware. Boleh buat gaduh atau kena marah berhari-hari. Maklumlah jenama legend ni memang kegemaran mak-mak.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang Mahasiswa di negara jiran, Indonesia baru-baru ini. Beliau telah kehilangan botol ‘Tupperware’ milik ibunya didakwa ketika menyertai sebuah demonstrasi dinegaranya. Bimbang dimarahi ibu, tidak pulang ke rumah.
Situasi ini kelihatan lucu, tapi tidak bagi mahasiswa ini.
Menerusi ciapan di twitter @DraftAnakUnpad pada Jumaat lalu pada 9 oktober, situasi ini dikongsikan supaya netizen membantu mencari botol tupperware berwarna ungu.
– teman-teman yang kemarin aksi di bandung kalau nemu botol tupperware ungu di bagian bawahnya ada inisial RZ kapital tolong kasih tau. Kasian sepupu aku gaberani plg :(((( pic.twitter.com/qsP33yUMPd
Merujuk kepada ciapan itu, mahasiswa berkenaan memberitahu sepupunya berada di rumah kawannya namun bertanya jika mempunyai botol yang sama untuk dipinjam.
Katanya, nak balik rumah takut.
Tapi sepupunya menegurnya demostrasi dan virus tak takut, tapi hilang tupperware terus panik sampai tak balik rumah.
KOMEN NITIZEN
‘Tupperware hilang emak mesti mengamuk!’
Lucu dengan perkongsian ini tapi jangan buat main ye bila pinjam botol milik ibu anda terutama jenama ini. Legend ye!
Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dpisahkan dalam kehidupan. Biarpun telah berusia, penampilan diri harus dijaga.
Bagi yang mengenali pelakon popular bernama, Azah Aziz sudah tentu dapat membayangkan wajahnya yang awet muda meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun pada Ogos lalu.
Azah Aziz yang juga merupakan bekas model hidup bahagia bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah dan tiga anak lelaki di Montreal, Kanada.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
AWET MUDA DAN TIADA SUNTIKAN NAK CANTIK
Bersama rakan artis di Malaysia, Shiera Ijoy
Tentu ramai yang ingin tahu rahsia awet muda Azah Aziz memang dikenali ramai. Biarpun sudah separuh abad, dirinya dilihat masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.
Ramai yang ingin tahu mengenai rahsia dirinya ‘maintain’ awet muda. Malah kekal aktif pada usia sebegitu.
Apa yang menarik, Azah mengakui tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kekal muda.
“Tiada sebarang pembedahan, pengambilan suntikan botox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi.”
Kerap menggunakan krim seawal usia 20 tahun dan walaupun berada di rumah adalah antara rahsia kulit kekal cantik
“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.
“Setiap kali selepas memakai mekap, wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan.”
KEKAL CERGAS
Pada usia yang semakin meningkat, masalah berat badan selalunya menjadi masalah utama bagi wanita. Tambahan pula ketika ini metabolisme badan menjadi rendah. Ia mengakibatkan berat badan mudah meningkat.
Lantaran itu, Azah kerap melakukan senaman secara konsisten. Dia sering berkongsi aktiviti bersenamnya di Instagram miliknya.
“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Dek kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan.
“Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.
“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari.
“Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.”
DUA SUDU NASI JE
Dalam pada itu, Azah juga mengakui mengambil nasi dalam jumlah yang sedikit. Katanya walaupun bermastautin di luar negara, dia tidak lupa asal usulnya keturunan melayu yang sudah biasa menjamah nasi dalam setiap hidangan.
“Saya juga lebihkan pengambilan protein dan kurangkan karbohidrat. Nasi tetap saya ambil, tetapi hanya dua sudu. Orang Melayu mana boleh tinggal nasi kan.”
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Sumber : Harian Metro, foto malaygazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.