Semenjak dua menjak ini boleh dikatakan ramai pula dalam ahli keluarga kita yang terbatuk-batuk akibat tidak sihat. Bila sudah terkena penyakit nan satu ini, umum rasakan bukan mudah untuk sembuh dalam masa sehari dua. Memang makan masa berminggu-minggu malah ada yang hingga berbulan-bulan tidak sembuh sepenuhnya.

 

 

Pastinya telah berbotol-botol juga ubat telah dimakan bagi meredakan kegatalan tekak, namun belum jumpa yang serasi. Jadi tidak hairanlah usaha makan ubat seakan tidak berhasil bagi sesetengah orang.

Namun begitu, makan ubat perlu diteruskan dan tidak salah kiranya selain kita makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, kita tambah dengan ikhtiar menggunakan teknik urutan yang mudah untuk melegakan rasa batuk yang dialami.

Mungkin ada yang belum mengetahui kaedah ini, namun itulah yang dikongsikan oleh Asyraf Bakar di aplikasi TikTok. Berkongsi ilmu dan teknik untuk hilangkan batuk dengan memberi fokus teknik uratan pada tiga titik penting di bahagian tangan.

Hilanglan Batuk Dengan Urutan 3 Titik

 

Titik 1 : Antara jari telunjuk dan jari tengah

Legakan Batuk, Iktiarkan Cara Urutan 3 Titik Di Tangan Macam Lelaki Ni Buat!

IKLAN

Titik 2 : Hujung jari manis

Legakan Batuk, Iktiarkan Cara Urutan 3 Titik Di Tangan Macam Lelaki Ni Buat!

Titik 3 : Berdekatan dengan pelipat lengan

Legakan Batuk, Iktiarkan Cara Urutan 3 Titik Di Tangan Macam Lelaki Ni Buat!

Teknik urutan yang mudah ini memerlukan ketiga-tiga titik penting tersebut ditekan selama 2 hingga 3 minit. Lakukan kaedah yang sama di kedua-dua belah tangan anda.

IKLAN

Semoga dengan cara ini menjadi ikhtiar kita untuk melegakan batuk. Apa-apa pun tidak salah mencuba bukan?

@asyraf_bakar Ikhtiar sembuh batuk tanpa ubat…Hanyalah sekadar ikhtiar shja, selamat beramal ☺️ #fyp #fypシ #ikhtiar ♬ A B C D E F G H I Love You – Hari Haran & Udit Narayan & Shankar Mahadeven & Hema Sardesai & Saif Ali Khan

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen teruja untuk mencuba tip dan teknik yang dikongsikan olehnya.

Legakan Batuk, Iktiarkan Cara Urutan 3 Titik Di Tangan Macam Lelaki Ni Buat!

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI