Baru dikongsikan gelagatnya memakai kain pelikat, terbaru, pelakon Amar Baharin memaklumkan khabar duka apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.
Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini lagi, anaknya mengalami gejala muntah yang teruk menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Sambil melahirkan rasa bimbang, Amar berharap anak pertamanya itu diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
“Anak soleh hero daddy 3 kali muntah pagi ni… get well soon abang @aqeefanaqi insyallah. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi,” kongsinya.
Turut berkongsi situasi cemas itu adalah isterinya, Amyra Rosli menerusi laman Instagramnya. menurut Amyra dia tidak dapat berada di sisi Anaqi kerana sedang menjalani penggambaran.
Ads
Stay strong syg mommy..Doakan anaqi cepat sembuh ye 🤍
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan doa semoga Anaqi dipermudahkan segala urusan dan kemvali sembuh seperti sediakala.
obrozaileeAlamak kenapa hensem boi ni Amar? Speedy recovery Anaqi. ❤️
zfuzaAllahuakbar…Moga cepat sembuh boboy Anaqi….kata orang tua²….muntah tu elok…buang mana yg tak elok dr dlm badan…banyak kan mnm air masak…
fauzanaezanaSemoga cepat sembuh anaqi handsome 😍😍😍😍😍
Untuk makluman, pasangan pelakon ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,4 dan Ayra Arysaa, 2 tahun.
Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
STRESS ZAMAN DULU
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
STRESS ZAMAN SEKARANG
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
7 RUTIN HARIAN PENCETUS STRESS
1.Kerisuan pekerjaan dan anak
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
2. Kesesakan Jalan raya
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
3. Parking tak ada
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
4. Terkejar-terkejar ambil anak lepas waktu kerja
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
5. Pinggan mangkuk bertimbun
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
6. Hidang makan malam, anak-anak bergaduh
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
7. Baru teringat tinggal barang dalam kereta lewat malam
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
SETIAP HARI STRESS CETUS PENYAKIT
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
Ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, banyak perbelanjaan yang terpaksa dipotong. Hanya keperluan penting sahaja masuk dalam list. Bagi wanita yang sudah biasa membeli barangan penjagaan diri termasuklah alat mekap, pasti hal ini menjadi satu masalah. Bagaimana mahu berjimat cermat dalam penggunaan barangan mekap kan?
Usah bimbang, jom cuba tip mudah ini. Pasti berguna dan sesuai untuk anda praktikkan terutama ketika tengah ‘sesak’ tak dapat nak beli alat mekap baru
Tisu tandas lap minyak pada wajah
Tisu tandas biasanya lebih tebal berbanding dengan tisu kecantikan biasa. Letakkan pada bahagian yang berminyak dan gosok. Jangan gosok dengan kuat ye!
Tips ini sesuai untuk kulit yang berminyak. Patikan anda tidak menggosok dengan kuat kerana boleh merosakkan kulit
Bedak tabur untuk lipstik tahan lebih lama
Bagi memastikan lipstik anda lebih tahan lama, letakkan sedikit bedak tabur semasa menggunakan gincu.
Bekas lama jangan dibuang, anda boleh gunting dan lihat isi dalamnya
BB Cream, CC Cream atau Foundation anda sudah habis? Anda pasti? Cuba gunting dahulu dan lihat ke dalamnya. Walaupun mungkin tidak banyak, namun sekurang-kurangnya ia mampu menjimatkan anda.
Eyeliner putih sebagai eyeshadow base
Anda tak ada eyeshadow base? Kehabisan eyeshadow base? Guna sahaja eyeliner putih sebagai eyeshadow base. Cubalah dan tengok hasilnyanya nanti!
Maskara Kering? Guna air panas
Cuba letakan sedikit ubat titis mata ke dalam maskara anda. Sudah pasti anda boleh gunakan semula. Cara kedua adalah dengan menggunakan air panas. Namun jangan memasukkan air dalam bekas mascara. Rendam ia dalam bekas yang berisi air panas. Biarkan selama beberapa minit dan anda boleh gunakan kembali mascara tersebut. Panas akan mencairkan maskara yang kering
Ubah lipstik matte menjadi glosy
Anda perlukan lips gloss? Anda hanya miliki gincu matte? Letakkan sedikit baby oil selepas anda menggunakan gincu matte anda.
Selamat mencuba ya!
Sumber: Siakapkeli.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di