Alangkah seronoknya bila kita memiliki rumah yang selesa untuk seisi keluarga, itu satu keperluan yang perlu kita titikberatkan. Semua orang pasti memasang impian untuk memiliki rumah sendiri, kecil atau besar bukan ukuran selagi ia selesa dan dapat dijadikan tempat berlindung. Rumah adalah satu keperluan dan carilah yang sesuai mengikut bajet yang kita ada. Rumah yang cantik dan selesa, pastinya dengan LBS Bina Group Berhad!
Di LBS Bina Group Berhad, terdapat pelbagai jenis hartanah yang bukan saja mempunyai rekaan dan binaan yang unik tetapi juga mampu milik kerana syarikat ini mensasarkan untuk semua rakyat Malaysia mempunyai rumah sendiri. Bukan itu saja, setiap hartanah yang dibangunkan di LBS mengambil kira keperluan setiap lapisan umur baik pembeli rumah kali pertama mahupun pesara yang ingin membuat pelaburan jangka panjang.
Miliki Rumah Pertama Anda Sekarang
Jangan tunggu lagi, sekiranya anda merancang untuk membeli rumah inilah masanya. Di LBS Bina Group, syarikat ini bukan sahaja mensasarkan rumah berkualiti tinggi tetapi juga mahu mencipta persekitaran di mana keluarga dapat menikmati gaya hidup yang selesa dan menenangkan dalam kawasan kejiranan mereka.
Selain itu juga, projek perumahan di bawah LBS Bina Group juga memenuhi keperluan komuniti dan dibina di lokasi yang strategik dengan akses mudah ke lebuh raya utama. Paling bagus, projek pembangunan rumah syarikat ini juga menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan dan perkhidmatan yang mudah didapati di kawasan sekitar perumahan.
Paling menarik, setiap kawasan perumahan direka dengan ciri-ciri yang menerapkan keselesaan dan dilengkapi dengan kemudahan yang dapat memperbaiki kualiti hidup penghuninya. Dengan segala kebaikan ini, LBS Bina Group menyedari bahawa kemampuan untuk memiliki rumah masih menjadi cabaran utama para pembeli rumah.
Jangan Tunggu Lagi, Ada Peluang Dapat Emas!
Wah, ni memang best! Kalau anda memang sedang mencari kediaman selesa untuk keluarga jangan tunggu lagi. Dapatkan rumah menarik dan berkualiti di kawasan strategik dari LBS Bina Group. Tahukah anda, kalau beli rumah dari syarikat ini sekarang anda berpeluang untuk bawa pulang emas. Untung kan?
Kempen ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ mensasarkan pemilikan rumah ketika musim Raya ini dengan memberi peluang kepada bakal pemilik rumah untuk menerima jongkong emas 999.9 di samping pelbagai insentif lain seperti pakej perabot, yuran guaman percuma dan pilihan pembayaran secara fleksibel.
Kempen ini bermula dari 1 April sehingga 31 Mei 2024 dengan jumlah keseluruhan RM600,000! Jadi, anda berpeluang untuk beraya di rumah baharu dan berpeluang mendapatkan jongkong emas. Fuyooo! Inilah masanya untuk anda dapatkan rumah idaman dengan pelbagai insentif menarik.
Nak tahu lebih lanjut tentang kempen ini, anda boleh imbas kod QR:
Banyak Manfaat Kalau Beli Sekarang
LBS Bina Group sememangnya pemaju perumahan terkemuka yang berorientasikan komuniti. Syarikat ini mahu setiap pemilik rumah merasa selamat dan ‘lengkap’ dengan kemudahan yang disediakan di dalam mahupun di sekitar kawasan perumahan.
Sekiranya anda memilih untuk membeli rumah di sepanjang kempen raya ini berlangsung, banyak manfaat lain yang akan diperolehi. Antaranya:
- Pakej kelengkapan perabot (untuk projek terpilih sahaja)
- Ganjaran kesetiaan
- Pengecualian yuran guaman
- Skim bayaran fleksibel
- Bayaran tempahan rendah
- Yuran keluar sifar
Jadi, jangan tunggu lagi. Jom, beli rumah baru dan raya bergaya dengan emas bernilai RM600,000!
Untuk maklumat lanjut tentang hartanah di LBS Bina Group, layari campaign.lbs.com.my
Tonton video raya LBS Bina Group di sini:
KUCING-TA ABU iklan raya LBS Bina Group Terapkan Elemen Persabahatan & Kasih Sayang
Meriahkan Syawal dengan video raya dari LBS Bina Group! Mengisahkan tentang Afif dan Suri yang bertemu di bazar Ramadan buat pertama kalinya kerana berebut makanan ringan terakhir yang dijual. Rupa-rupanya inilah detik awal bagaimana mereka berdua boleh berkawan baik.
Berlatar belakangkan persekitaran kawasan perumahan LBS Bina Group, plot kisah Suri semakin menarik apabila dia berjumpa dengan seekor kucing yang dinamakan sebagai Abu ketika berjoging sebelum berbuka puasa. Suri mengambil Keputusan untuk memberinya makan serta menjaga Abu. Suatu hari Suri menemui satu tempat perlindungan di taman yang membuatkan Abu rasa selamat dan dekat dengan komuniti di kawasan kejiranan itu.
Tiba-tiba Abu hilang dan Suri mengadu kepada Afif. Rupa-rupanya Afif dan ibunya sukakan kucing dan merekalah yang menjaga Abu kerana sakit. Ketika Afif membawa Suri pulang ke rumah, dia disambut baik oleh ibunya. Suri kemudiannya mengambil Abu semula selepas kucingnya itu pulih tetapi keadaan ini membuatkan ibu Afif merasa sedih.
Ketika hari raya, ibu Afif merasa gembira kerana Suri datang ke rumah mereka dan membawa Abu yang lengkap memakai baju Melayu bersama. Mereka menyambut Aidilfitri dengan meriah dan ternyata pertemuan di bazar Ramadan yang kemudiannya semakin rapat kerana seekor kucing berjaya disusun cantik dalam skrin layar di sekitar kawasan perumahan yang cantik dan menenangkan.