Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
Ads
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Ads
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
Ads
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan biasa-biasa aje jika anak mengadu kawan minta belanja makanan atau minta duit sekolahnya. Biasanya situasi ini dialami oleh anak yang baru memasuki darjah satu. Kini walaupun sudah memasuki bukan kedua, tentunya ada anak yang mengadu sebegini.
Hari ini, perkongsian yang dipaparkan oleh guru ini Mohd Fadli Salleh ada benarnya. Ibu bapa jangan anggpa ia perkara biasa dengan mengatakan ia perkara biasa. Menurut guru sekolah rendah ini, situasi ini jika dibiarkan boleh menjadi pencetus kepada kes buli di sekolah.
Beliau turut berkongsi apa tindakan yang perlu dilakukan oleh anak kita apabila berlaku situasi sebegini.
Kes murid minta duit kawan, ambil makanan, minum air kawan, ambil pensel dan barang gini banyak berlaku terutamanya murid tahap 1.
Bagaimana nak atasi masalah seperti ini?
Wajib lapor pada guru Pertama sekali, mesti laporkan pada guru kelas. Wajib laporkan agar guru tahu. Kadangkala cikgu tak tahu hal ini berlaku.
Ibubapa pula tak nak report risau guru akan kata mereka ni terlampau manjakan anak atau segelintir ibubapa rasa benda ni biasa.
“Biasalah, budak-budak.”
Tak tuan-tuan, hal ini bukan biasa. Hal ini mesti dimaklumkan pada guru agar guru boleh ambil tindakan. Murid yang suka meminta itu perlu dinasihatkan. Malah mungkin akan ada amaran jika berterusan.
Guru pula perlu ambil perhatian tentang aduan sebegini. Sekali imbas nampak remeh, namun kesannya besar pada murid yang dibuli dan pembuli akan terus membuli.
Ya, hal seperti ini sebenarnya sejenis buli juga.
Pesan pada anak kena tegas
Langkah kedua, kena pesan pada anak-anak agar bertegas pada tempatnya.
“Tak boleh, ini duit saya!”
“Jangan ambil makanan saya lagi.”
“Jangan ambil pensel saya!”
Kata pada anak, biarlah hilang kawan yang suka ambil kesempatan. Carilah kawan lain yang lebih baik dari itu. Tidak rugi hilang kawan yang suka ambil kesempatan ini.
Kanak-kanak ni cukup kalah dengan ayat,
“Kau tak beri aku tak nak kawan.”
Mereka ini begitu takut kehilangan kawan. Ayat begitu sangat banyak dijadikan senjata oleh pembuli cilik. Sayangkan hubungan itu, maka anak kita terus diambil kesempatan.
Dah sampai masa kita didik anak memilih kawan yang betul. Dah sampai masa kita ajar anak menolak dan menjaga hak mereka. Dah sampai masa kita ajar anak kita tidak lagi boleh diperguna.
Bersedekah
Dan langkah terakhir adalah langkah paling murni dan terpuji.
Bersedekah.
Buat bekal makanan lebih, bagitahu anak,
“Nanti adik kongsi dengan kawan yang selalu ambil makanan adik tu ya. Mungkin keluarga dia miskin. Ni mama buatkan lebih dah. Bagi kat kawan satu, adik satu.”
Kalau rajin, cuba siasat kawan anak kita tu. Mungkin dia anak yatim. Mungkin keluarga dia miskin. Sesekali kirim duit lebih pada anak suruh belanja kawan itu jika mereka benar-benar tidak mampu.
Itulah yang paling terpuji dan murni.
Guru beri amaran sehingga lapor pada ibu bapa
Namun jika kawan anak itu memang anak orang berada, tapi memang sikap dia yang suka meminta-minta, laporkan pada cikgu.
Lapor sekali tak jalan, lapor dua kali. Dah lapor dua kali anak kita masih dibuli, masih diambil makanan dan duit, lapor pula tiga kali.
Lapor dan terus lapor sehingga tindakan yang sepatutnya diambil guru.
Aku pernah handle kes begini. Budak yang membuli itu tidak makan saman.
Aku bagi nasihat dengan lembut tak jalan. Aku bagi amaran pun tak jalan. Suruh ganti duit sampai ke sudah tak ganti walau pembuli tu bawa duit RM4 sehari. Sehingga lebih RM30 hutang tak berbayar.
Akhirnya aku hubungi ibubapa pembuli dan maklumkan sikap anak mereka. Ibubapa murid tersebut mengganti duit kawan anaknya dan meminta maaf.
Mereka didik pula anak mereka di rumah dan selepas itu kejadian ini tidak lagi berulang.
Sebab itu lapor pada guru penting. Jangan ambil tindakan terus hubungi mak ayah pembuli dan maklumkan sendiri.
Akan jadi pergaduhan antara ibubapa pula nanti. Akan jadi bermasam muka.
Jika guru yang laporkan, InsyaAllah ibubapa boleh terima.
Semoga sedikit perkongsian aku kali ini memberi manfaat kepada ibubapa yang sering dalam dilema bila kes ini berlaku pada anak-anak mereka.
Apa sebenarnya yang wanita atau lebih tepat lagi seorang isteri mahukan terhadap pasangannya.
Kadang-kadang sering terjadi juga sebagai suami tidak dapat memahami emosi dan sikap isteri hingga sering didengar suami mengeluh dan menganggap sebagai wanita ini hidupnya begitu complicated dan emotional.
Sebelum melebalkan begitu pada isteri sendiri, ada baiknya anda baca perkongsian daripada seorang suami ini. Moga bermanfaat.
Kalau kita tak nak faham isteri, siapa lagi yang nak faham dia…
Keluarganya? Kawannya? Atau anak-anak?
Dia hidup dengan kita, dia habiskan masa pun dengan kita…apa yang dia buat seharian tu untuk kita…apa yang dia uruskan dalam rumah tu jugak kerana kita…maka jika kita tak nak faham dia, siapa lagi yang boleh faham dia jika mereka tak tinggal sekali dengan dia, tak nampak apa yang dia buat dari pagi sampai ke petang, tak nampak apa yang dia lalui hari demi hari kalau bukan kita yang jadi suami dia, pasangan hidup dia…
Seharusnya kita lah yang lebih memahami isteri kita…sepatutnya kita lah yang kena ada rasa untuk nak faham isteri kita…
Ada suami dia fikir, susah nak faham isteri sebab perempuan tu complicated…ada juga yang beranggapan yang isteri ni terlalu mengikut perasaan…maka dia pilih untuk biarkan atas alasan demikian…
Complicated dan emotional…
Isteri kita tu perempuan…fitrah perempuan memang macam tu…perempuan dan emosi susah untuk dipisahkan sebab emosi itulah yang membuatkan dia survive hari demi hari…emosi tu yang membuatkan dia down, emosi itulah yang membuatkan dia bangkit…
Maka nak faham perempuan kena faham emosi dia, perasaan dia…
Kalau kita faham bahagian ni, maka kita akan tahu yang perempuan tak complicated…perempuan hanya ingin difahami oleh mereka yang dia sayangi…itu sahaja…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian video anak kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dimuat bapanya mendapat pujian ramai.
Jika sebelum ini Rina tampil dengan video mukbang ketika makan namun video Rina yang menguruskan dirinya sendiri kita sedang makan dipuji wargamaya.
Aksi dan gelagat Rina yang mengemas ketika baru selesai makan itu dikongsikan oleh bapanya melalui kamera CCTV rumah mereka.
Apa yang menariknya pastinya sifat berdikari Rina yang bukan hanya membersihkan makanannya bahkan mengelap meja malah turut membawa pinggan makanannya ke dapur.
“Dah boleh cari rumah sendiri,” tulis Ryzal menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun baru berusia tiga tahun.
Warganet turut memuji cara didikan Ryzal dan Maryam sehingga menjadikan Rina menjadi anak yang disiplin dan pandai berdikari.
Sumber: TikTok @RyzalIbrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...