“Nak Jadi Isteri Baik Kena Jaga Makan Pakai Suami, Jangan Bagi Orang Gaji Buat & Jangan Terlalu Control.” Kongsi Tip Rumah Tangga, Nora Ariffin Pegang Pesanan Ibu
Rumah tangga yang bahagia terletak pada kepercayaan pasangan. Dalam masa yang sama, komunikasi dua hala antara suami isteri juga penting selain saling bertolak ansur.
Menurut penyanyi, Nora Ariffin, sejak dahulu lagi dia berpegang pada nasihat ibunya. jelasnya demi memastikan rumah tangga harmoni dan bahagia, seseorang isteri itu perlu taat pada suami dan tidak terlalu mengongkong.
Ads
Bersama satu-satunya ibu tercinta.❤️ Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik. Ma selalu pesan….nak jadi isteri yg baik….
Ads
Kena…. Jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami.In Shaa Allah suami tak akan cari lain.❤️
Perkahwinan yang bahagia bukan bersandarkan pada wang ringgit semata, tapi sikap saling melengkapi antara satu sama lain serta saling menghargai.
Bagi isteri, apabila suami membantu menguruskan rumahtangga ia adalah suatu nikmat bahagia yang amat dihargainya.
Malah, sikap suami itu membuatkan isteri lebih menyayanginya hingga layanan di rumah bagaikan hotel lima bintang!
Ada benarnya sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif yang mencoretkan bagaimana untuk kekalkan hubungan suami isteri lebih harmoni.
Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.
Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.
Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.
Kalah layanan hotel 5 bintang!
Bahagia bukan wang ringgit
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!
Masih belajar untuk mencinta
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah menjadi kebiasaan orang kita, kalau bercakap suka berkias. Begitu juga komunikasi antara suami isteri.
Biasanya isteri jarang sekali untuk berterus terang, lebih selesa cakap berlapik atau berkias yang dianggap cara ini sebagai satu kaedah berkomunikasi paling lembut dan selamat dengan harapan suami dapat faham isi hati mereka.
Di sini ada disenaraikan antara cakap-cakap isteri yang membawa maksud sebaliknya dan diharapkan dengan perkongsian ini, bolehlah si suami lebih jelas makna tersirap yang Cuba disampaikan oleh isteri.
Nak tahu apakah itu, jom semak perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad ini.
Ayat isteri yang suami kena faham, harus faham, wajib faham, ya suami tiada pilihan lain kecuali faham.
1. Apabila beliau kata beg tangannya kecil, maka kita kena carikan yang besar.
2. Apabila beliau kata kereta tak ada minyak, tandanya nak kita bantu isikan minyak.
3. Apabila beliau kata lamanya tak pergi Sogo, Evo, IOI atau apa sahaja, tanda dia nak kita bawa dia pergi sana.
4. Apabila beliau kata dah lama tak dapat tengok drama, makanya eloklah kita bawa anak keluar jalan-jalan biarkan dia duk rumah sendirian menonton sekejap.
5. Apabila beliau kata dah lama tak keluar rumah walau hari-hari pergi kerja, itu tandanya nak bercuti.
6. Apabila beliau kata tangannya kosong ja, tak berseri, tandanya nak kena bawa ke kedai emas.
7. Apabila beliau suruh baca katalog Tupperware, tandanya kita kena tanya yang mana dia nak.
8. Apabila beliau ajak makan dekat luar, tandanya boleh jadi dia sendiri dah tak larat makan apa yang dia masak.
9. Apabila beliau marah-marah seharian tanpa ada sebab, tandanya mood tak baik, jadi kena ajak shopping.
10. Apabila beliau cakap “abang, esok saya gaji.” Tandanya esok dia malas masak. Dia akan beli FoodPanda ke apa ke asal tak masak. (beza ya dengan nombor 8.)
*****
10 perkara ini tak ada alasan ya. Kena faham wahai suami sekalian. Kita semua sekadar boleh buat-buat tak faham, demam atau cirit birit sahaja. Alasan lain tak diterima.
Harap semua isteri tag suami masing-masing supaya dia juga sentiasa alert.
Bukan calang-calang ibu bapa terpilih untuk menguruskan anak autisme. Pastinya ada cabaran kala menguruskan anak autisme. Bagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh ibu ini, Puan Ummi Aisyah melalui disebuah grup sosial.
*Awal tahun persekolahan* byk parents berhujah share pengalaman tak kurang juga yg minta pandangan dlm group berkenaan Anak yg tidak dpt mengikuti alam persekolahan di aliran perdana..
*Wahai ayah&ibu jgnlah bersedih* atas kelebihan/kelainan anak yg dianugerahkan Allah..untuk pengetahuan semua..
Sy guru kpd murid aliran perdana & sy ibu kpd anak oku(pembelajaran)..
*Anak sy dilahirkan pramatang* 27wks4dys with 950g.. 60hari di NICU 52 hari dgn bantuan pernafasan.. berjalan tatkala umur 18 bulan.. sehingga kini belum boleh bercakap.
*Follow up pakar Pediatric HRPB* Ape yg berlaku..setiap ujian yg dilakukan oleh doc menunjukkan Anak ada ciri² autism sejak berumur 2 tahun.. sy hanya ambil masa setahun Sahaja utk melihat perkembangan Anak..masuk tahun ke 3 sy mohon pakar diagnosed Anak sy sedangkan doc masih memberi masa atas sebab prematured..Sy bertegas dgn keputusan utk doc terus diagnosed kan Anak sy… Sbb ape?? Sebab sy – xnak Anak sy rasa rendah diri ketika berada dikalangan anak² yg ternyata lebih baik drnya -sy x sanggup melihat Anak sy tepaksa bertarung dgn org yg tidak layak utknya -sy xnk menyusahkan guru yg akan stress utk melayan Anak sy – sy tau anak sy x mampu ikut Apa yg tersenarai dlm. Aliran perdana..
Setelah doc diagnosed sy terus ke JKM mohon kad oku seterusnya sy ke PPD jumpa Pegawai Unit pendidikan khas. Mohon pra sekolah pendidikan khas ketika umur nya 4 tahun.. Alhamdullilah.anak sy diterima ke pra ppki ketika umur 5 tahun..murid paling muda dlm kelas.
Apa yg sy ingin kongsikan ialah *Ibu lebih memahami kemampuan Anak jgn takbur dgn diri demi menutup kekurangan Anak pd pandangan org* *Sbg ibu tunjulkan kelemahan itu melalui kelebihan yg dia ada* *Jgn sesekali merendahkan kemampuan Anak Dan rasa down bila doc diagnosed ank..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...