Siapa yang tidak kenal dengan personaliti yang cukup sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini. Sebut sahaja nama Fedtri Yahya, pasti ramai akan terbayang cara penyampaiannya yang cukup sopan namun berbunga-bunga.
Lantunan suara yang cukup lembut membuatkan anak kelahiran Perak ini cukup dinantikan kehadirannya terutama dalam rancangan jejak Rasul.
Merupakan seorang ayah kepada empat orang anak, Fedtri juga tidak kisah untuk berkongsi kisah kerjaya ketika bertugas dan juga bersama keluarga. Sering kali dia memuat naik gambar bersama dengan ahli keluarga.
Terbaru, Fedtri memuat naik sekeping kertas yang bertulis tangan anak perempuan sulungnya. Dalam surat tersebut, anaknya yang bernama Indah Sutera Jannah memberitahu yang dia bermain bersama adik-adiknya berkenaan kerja.
Ads
Kakak main dengan adik-adik pasal kerja. Hari ni dia jadi cleaner. Itu servis yang dia tawarkan. Tapi daddy ‘sebak’ baca
Apa yang membuatkan Fedtri sebak adalah, anak sulungnya itu menjadi cleaner dan antara tugas yang perlu dilakukan adalah sapu sampah, lipat kain, cuci pinggan, lap meja.
Ads
Perkongsian Fedtri tersebut mendapat respond dari pengikutnya.Rata-rata menzahirkan rasa kagum dengan caranya mendidik anak-anak.
Malah ramai mengakui itulah pengorbanan dan juga tanggung jawab anak sulung.
Kartina Azhan Alhamdulillah…dah boleh displinkan diri dr kecik…semoga menjadi anak kebanggaan ayah & ibu d Masa hadapan. Wahida Hakimi Kecik2 dah pandai buat kerja2 rumah.. Alhamdulillah… Semoga membesar menjadi anak yang solehah & bertanggungjawab… Siti Nazirah Binti Shasuddin Begitulah kehidupan anak sulung. Anak sulung saya lelaki, saya memang paksa buat kerja rumah dan jaga adik-adik. Kadang sedih jugak kalau dia luahkan asyik dia je yang kena buat kerjaZainab Husin Bagus nye cucu opah..kecik lgi tpi pemikiran matang..boleh tolong mama kt dapur..
Indahnya budi pekerti seindah nama Nora Zura Indahnya budi pekerti seindah namamu.Kak long yg bijak ,rajin dan bertanggung jawab. Sya Echa Alhamdulillah.. Dia ad sikap tanggungjwb kt adik2 dia… Smg indah jdi kakak yg
terbaik untuk mak ayh dan adik2 ya.. Aminnm
Penyejuk hati ibu ayah Sharifah Yusof Alhamdulillah…kecil lg da tahu erti tanggungjawab sebagai seorang anak dn juga kakak…..moga jadi anak yg soleha penyejuk hati ibuayah. Nick Ukhty Fillah Daddy sebak sebak tgk byk nya keja seorang cleaner… Apatah lg seorang ibu yg bekerja…..
Baru-baru ini tular berkenaan kenyataan seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi.
Bukan hanya mengkritik, Siti Afifah turut mencadangkan para suami untuk mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan menelan kos sebanyak RM4,000.
Hal ini telah mengundang pelbagai reaksi dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pendakwah bebas tersebut.
Susulan itu, memetik kenyataan seorang individu yang dikenali sebagai Dr Wan, tampil memberi pendapat beliau dari segi perubatan sepertimana yang dikongsikan media Kosmo.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan Dr. Wan turut mempersoal data yang diperoleh penceramah bebas itu berhubung doktor wanita lebih ramai berbanding lelaki untuk menyambut kelahiran bayi.
“Kalau ustazah ada data yang lengkap, ustazah boleh ‘tag’ saya dan buat video pencerahan tentang itu, saya nak tengok.
“Setahu saya, dalam kepakaran ‘Obstetrics & Gynaecology ‘ (O&G), kebanyakan pakar terdiri daripada doktor lelaki,” jelasnya.
Dr. Wan seterusnya menyatakan, menurut hukum Islam dan penerangan daripada Ustaz Azhar Idrus, perkara ini dibolehkan jika keadaan ketika itu adalah darurat.
“Kita fikir secara logik, saya sebagai suami pastinya tidak mahu doktor lelaki melihat aurat isteri saya tetapi dalam keadaan darurat dan doktor perempuan tiada, macam mana? Maka logiklah kalau doktor lelaki yang sambut,” ujarnya.
Manakala hantaran info di facebook Public Health pula, ada berkongsi infographic menunjukkan bukan mudah untuk seseorang itu menjadi doktor pakar sakit puan. Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet dalam memahami perjalanan seseorang untuk sampai ke tahap doktor pakar.
Bidang kepakaran sakit puan (obstetric & gynecology) merupakan salah satu bidang kepakaran yang sangat mencabar dan menuntut kecemerlangan dalam akademik, kekuatan dari segi fizikal dan mental.
Bukan mudah ya, ia menuntut kerja keras dan tugas yang kritikal sepanjang masa.
Bermula dengan latihan ijazah perubatan selama 5 tahun di peringkat universiti. Kemudian perlu pula melalui housemanship selama 2 tahun.
Setelah itu barulah menjadi Medical Officer 2 hingga 3 tahun. Tidak terhenti di situ sahaja, perlu pula menyambung pembelajaran di peringkat Pasca ijazah selama 4 tahun.
Jika dicampur tolak jumlah tahun yang dikorbankan oleh seseorang wanita itu untuk capai ke tahap menjadi seorang doktor pakar sakit puan adalah sehingga 15 tahun kerja keras. Bukan tempoh yang singkat dan hanya yang berjiwa kental mampu sampai ke tahap pencapaian tersebut.
Hal ini kerana tidak dinafikan, dianggarkan 40% hingga 75% alami burn out. Malah setiap hari perlu tabah kerana sentiasa berhadapan dengan 2 nyawa untuk diselamatkan, ibu dan anak yang dikandung. Itu belum lagi berdepan dengan risiko tinggi tuntutan Medicolegal.
Lantaran itu, seorang wanita amat-amat memerlukan sokongan keluarga dan apabila telah berkahwin pastinya sokongan daripada pihak suami sangat-sangat diharapkan. Tidak sahaja hanya faham tugas isteri di hospital, malah perlu ringan tangan dalam membantu mengurus anak-anak, hal-hal rumah tangga dan sebagainya.
KELUARGA : Oleh yang demikian jika anda mahukan lebih ramai wanita dalam kerjaya mencabar ini, didiklah anak anak supaya mereka menjadi generasi cemerlang yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai pakar sakit puan. Manakala di pihak suami, jadi lah insan yang sentiasa memberi galakan dan motivasi untuk isteri terus maju di dalam kerjayanya.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh wargamaya. Apa yang dilontarkan ada betulnya juga.
“Ye bab bersalin keluar lah bab aurat, haram. Tapi bila mak ayah sakit, ramai je yang lepas tanggungjawab kat misi perempuan untuk cuci berak, pakaikan pampers,” tulis salah seorang warganet.
“Ramai doktor perempuan Malaysia boleh jadi pakar kalau dapat suami dan keluarga yang sangat supportive. Ini kat klinik/hospital dia jadi doktor, balik rumah kena jadi typical surirumah. Jadi doktor perempuan terpaksa pilih nak keluarga ke nak karier. If your man clip your wings, you cannot fly high”, komen yang lainnya pula.
Kongsi yang lain pula, “Ada kawan suami isteri doktor, now suami ia yang dah jadi pakar, isteri masih doktor biasa. Bukan si isteri tak pandai tapi sebab kekangan dan komitmen dia sebagai isteri dan ibu pada anak² masih kecil sampai cita² ia untuk jadi pakar terpaksa dipendam seketika.”
“Pada suami yang demand untuk doktor perempuan ade 2 je cara, first kumpul duit banyak2 pastu belanja isteri beranak hosp swasta, kedua, didik anak2 perempuan kalian pandai2 sampai jadik pakar sakit puan untuk masa akan datang, kalau xmampu dua bende ni dah bole berhenti demand dan belajar memahami burnout kami juga sebagai doktor,” komen seorang doktor memberi cadangan.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan, tipikal budaya masyarakat kita, menganggap bahawa tugas orang perempuan ini di dapur manakala tugas orang lelaki mencari rezeki.
Hakikatnya ia tidak relevan diguna pakai begitu lantaran dalam Islam pun menyentuh bahawa lelaki melakukan tugasan dalam rumah.
Jadi, seharusnya kita buka minda bahawa lelaki harus didedahkan dengan kerja-kerja rumah.
Sebagaimana perkongsian yang diberikan oleh Najmi Nawawi.
TUGAS ANAK LELAKI DI RUMAH
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
1.minta anak lelaki cuci pinggan 2. suruh anak lelaki buang sampah 3. ajar anak lelaki sidai kain 4.tegas dan pastikan mereka mengemas 5.biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Ambil tahu kesihatan diri amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Jika asyik berkerja tanpa menghiraukan kesihatan ia akan ‘makan diri’ nanti.
Bagi yang bekerja tentu biasa menghadapi masalah kebas hujung jari. Namun ada segelintir beranggapa ia biasa-biasa aje. Namun jika dibiarkan boleh jejaskan kualiti hidup pada masa akan datang.
Nak tahu lanjut kena alert perkongsian Dr Zubadi Hj Ahamd. Jika rasa pernah alami situasi tu, buat pemeriksaan sendiri. Bagi yang berumur 40 tahun ke atas tu dah kena alert kesihatan diri.
Ikuti perkongsian beliau.
RASA KEBAS PADA JARI SEBELAH TANGAN KIRI
Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 28 tahun. Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan. Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan diberikan ubat sapu. Sakit ada hilang dan kemudian datang balik. Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Saya juga kadangkala rasa sakit di bahagian dada kiri tetapi sakit itu tidak melibat keseluruhan bahagian dada. Sakit itu rasa seperti dicubit sedikit tetapi dalam jangka masa yang sangat singkat dalam beberapa saat sahaja. Saya tidak mengalami sesak nafas pun. Nafas seperti biasa juga. Saya harap doktor boleh bagi serba sedikit penjelasan. Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM.
Saya berpendapat bahawa puan harus membuat pemeriksaan lengkap bagi kesihatan puan kerana rasa kebas pada tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Ada disebabkan oleh punca yang ringan dan ada yang disebabkan oleh punca yang lebih serius. Secara amnya rasa kebas dan mencucuk pada anggota badan tidak boleh dipandang ringan.
Salah satu punca masalah ini adalah tanda-tanda awal seseorang itu seseorang itu mengalami masalah saraf hujung atau lebih tepat sistem saraf peripheral. Kerosakan saraf ini disebut sebagai sebagai periferal neuropati. Kerosakan pada saraf akan menyebabkan penghantaran sesuatu isyarat dari hujung jari ke otak akan terjejas.
Kebanyakan punca masalah ini adalah diabetes, dan punca-punca lain adalah tidak mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti minuman beralkohol, merokok dan tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan. Selain itu, ia kerap berlaku pada mereka yang telah meningkat usia atas factor penuaan.
Pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, trauma akibat kemalangan, jatuh atau kesan kecederaan sukan boleh menyebabkan masalah seperti ini. Kekurangan vitamin B dan vitamin E juga boleh menjadi punca selain factor genetic genetik dan kesan pengambilan ubat tertentu.
Pemakanan sihat
Saya mencadangkan puan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin E untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya. Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam minyak zaitun, bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.
Kekurangan vitamin B dan vitamin E boleh menyebabkan seseorang mudah rasa penat, lemah otot, mengalami sawan malah boleh memberi kesan mental seperti kemurungan.
Selain itu saya mencadangkan puan melakukan urutan pada bahagian yang sakit menggunakan teknik deep muscle massage. Cara mudah dengan menyapu minyak panas untuk menghangatkan tangan atau kaki. Urut perlahan-lahan mengikut perjalanan saraf dan otot.
Jangan biarkan tangan dan kaki terdedah terus kepada suasana yang sejuk seperti pendingin hawa. Sungguh pun begitu pemeriksaan lebih lengkap perlu dilakukan untuk mengesan penyakit yang lebih serius.
Semoga bermanfaat.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.