Kita biasa mendengar bahawa jika menggunakan sudu besar boleh menjejaskan khasiat madu. Malah penggunaan ini dalam pengendalian madu adalah tidak dibenarkan. Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Untuk cuba menjawab persoalan ini ikuti pencerahan daripada pakar kimia, Fatimah Salim ini.
Ikuti perkongsian ini.
Ada yang bertanya mengenai penggunaan jenis sudu untuk mencedok madu. Ada yang kata, tidak boleh menggunakan sudu besi untuk mencedok madu.
Ads
Jawapan saya: TIADA masalah untuk guna sudu besi mencedok madu.
Mungkin yang buat kenyataan tidak mengalakkan pengunaan sudu besi disebabkan sifat asidik madu. Madu bersifat asidik disebabkan kandungan bahan kimia asid organiknya. Skala pH madu biasanya antara 3.4 – 6.1.
Ads
Disebabkan bahan berasid boleh menghakis logam (seperti sudu besi ini) dikuatiri komponen logam boleh bercampur dalam madu. Maka, ada yang melarang dalam penggunaan.
Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas. Macam konsep peralatan memasak dengan bahan berasid juga.
Ads
Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0. Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.
Nota:
1) Skala pH ialah skala yang digunakan untuk mengukur tahap keasidan dan kealkalian bahan yang larut air. Semakin kecil nombor, semakin berasid sifat bahan itu.
2) Madu tinggi dengan kandungan gula fruktosa (~ 39%) dan gula glukosa (31%). Sebab itu rasanya manis. Maka, bagi yang mengawal kandungan gula, perlu lebih peka.
Kredit: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sukar diungkapkan dengan kata-kata, perginya insan tersayang ibarat separuh jiwa pergi bersama. Meruntun jiwa membaca kisah seorang isteri kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan jalan raya.
Pasangan yang berkahwin lebih setahun, diduga lebih awal apabila si suami pergi menemui Allah terlebih dahulu. Hanya beberapa minit hilang dari pandangan, terus hilang dari hidup akibat kecuaian pemandu lain.
Berita yang menyedihkan ini ini dikongsikan sendiri oleh isterinya Dalila Zolkofli.
Menurutnya, si suami sungguh mengimpikan untuk memiliki jentera motosikal Yamaha R15 sejak dari mereka belum berkahwin lagi. Siapa sangka itu pertama kali dan terakhir buat arwah menunggang motosikal yang menjadi idamannya selama ini.
Hidup abang dah lengkap
“Dia minat sangat motor ni dari sebelum kahwin lagi. Hari-hari tengok gambar motor, siap buat wallpaper lagi (selang seli dengan gambar kahwin). Katanya dah lama cari motor macam ni. Body besar, tapi slow. Idaman sangat.
Dia pernah cakap, ‘kalau la abang dapat motor ni, hidup abang dah lengkap. Semua cukup’.
Tengok dia senyum sampai telinga
Pada mulanya, suaminya ragu-ragu untuk membeli motosikal berkenaan, namun membuat keputusan untuk membeli selepas harga yang ditawarkan oleh penjual berpatutan dan masih dalam bajetnya.
Tapi masih ragu-ragu, ‘perlu ke tak eh abang beli motor ni? Tapi ni keperluan sebab motor lama dah rosak, bahaya ulang alik kerja. Oklah macam ni, kalau penjual tu letak harga sekian-sekian, kira ni rezeki abang, abang ambil terus. Kalau tak dapat harga ni, abang tak payah belilah’.
Satu dua. Ok Jumaat dua hari lagi’. ‘Esok Jumaat kan? Abang dah ambil cuti ni urus motor’.
Aku pun selalu usik, ‘cecece moto baru’, seronok tengok dia senyum sampai telinga.
Last bertentangan mata dengan dia
Masa ni aku tahu dia happy gila. Mesti renyih tak berhenti tu. Tak sabar nak sampai rumah nak usik dia. Harap-harap kat bawah helmet tu, dia ada jeling sikit ke sini ya, sebab ni last bertentangan mata dengan dia.
Memang aku ikut rapat je. Aku risau tak tahu kenapa nak risau padahal bukan first time dia bawa motor. Tapi entahlah. Alang-alang tu rakam la dia dari belakang.
Tambahnya lagi, suaminya begitu teruja untuk menunggu hari membawa pulang motosikal baru berkenaan. Setelah tiba hari yang dinanti, suaminya senyum tak berhenti selepas dapat memiliki motosikal idamannya itu. Bagaimanpun, naluri hati seorang isteri yang tiba-tiba risau akan suaminya yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah walaupun suaminya sudah biasa menunggang motosikal.
Allahu ni macam motor dia
Seriously sampai ada terdetik, kalau aku bawa kereta betul-betul belakang dia selamat sikit sebab boleh jaga jarak dia dengan kereta lain. Haa sampai macam tu punya over thinking. Aku menyaksikan yang dia memang betul-betul bawa slow.
Sebelum kitorang masuk jalan yang sibu. So kereta agak slow. Jadi motor menyelit ke depan. Tiba-tiba kereta dari slow terus jem.
Kurang dari 2 minit, I saw orang angkat motor. ‘Allahu ni macam motor dia. Harap-harap orang lain’.
Laluan perlahan tiba-tiba sesak
Dia terdetik untuk membawa perlahan mengekori suaminya sehingga tiba di satu jalan yang agak sesak. Selepas itu dia tidak dapat melihat bayang suaminya kerana motosikal boleh menyusuri laluan yang sesak itu. Namun, secara tiba-tba laluan yang pada mulanya perlahan tiba-tiba bertukar sesak yang teruk.
Selepas kurang dari dua minit, dia ternampak beberapa orang awam mengangkat motosikal seperti milik suaminya.
lari sekuat hati tengah jalan
Nampak dia terbaring atas jalan. Park kereta, terus lari sekuat hati tengah jalan sambil meraung. Macam drama.
‘Sabar puan. Istigfar banyak-banyak’. ‘Inform keluarga lain, bagitahu mak dia’. ‘Puan kena ajar dia mengucap ni’. ‘Puan bisik nama Allah kat telinga dia’. ‘Puan ada kain apa-apa tak? Pendarahan banyak ni. Compress dulu sementara tunggu ambulan’. ‘Puan saya dari insuran…’. ‘Puan saya owner kereta yang langgar dia…’.
Setakat ini jodoh kami
Tak berhenti-henti perkataan puan-puan. Sampai saya sukar untuk bernafas.
Setakat ini jodoh kami. Semoga kembali berjodoh di syurga. Mungkin ada kehidupan yang lebih baik di sana, dengan anak-anak yang kita tak sempat miliki kat dunia ni.
Pendarahan teruk
Arwah suaminya meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk. Dalila bersyukur kerana ramai yang membantu dirinya dan keluarga untuk menempuhi dugaan ini.
Rest Well Sayang
Thank you semua yang mendoakan. Yang bagi bantuan dari awal sampai akhir. Yang sentiasa ada. Yang bagi kata semangat.
Aku baca je semua komen, tapi tak sempat nak reply. Alhamdulillah ramai sayang arwah. Rest well sayang. I love you.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Ada sahaja pergolakan kecil yang mencorakkan hubungan rumah tangga kita. Tak gaduh, nangis-nangis dan pujuk memujuk, tak seronok pula rasanya.
Tapi itu kisahnya bila mana adanya pergaduhan kecil. Bagaimana pula dengan kecurangan. Kecurangan yang dilakukan tak kira suami atau isteri. Tentu perit rasanya, apatah lagi bila ditipu sekian lama oleh sang suami. Peritnya usah cakaplah.
Bukan mengajar untuk isteri sentiasa berasa sangsi dengan suami tetapi berjaga-jaga adalah jalan lebih baik. Ini tanda-tanda bila mana suami mula menunjukkan kecurangannya. Isteri sila periksa!
1. Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya.
2. Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesan bila mana dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin masanya buat isteri dan anak-anak tiba-tiba sahaja semakin berkurangan. Ada sahaja alasan kerja dan kesibukan tanpa henti yang dilakukannya. Periksa!
3. Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi- sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
4. Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lelaki tidak mungkin akan berubah secara drastik, terutama bab penampilan. Selain isterinya, siapa lagi yang menentukan gayanya. Cuba fikirkan!
5. Marah Bila Tanya Lokasi
Suami akan marah-marah tak tentu pasal bila mana ditanya dimana lokasinya berada. Sebelum ini mungkin tidak menjaga soalnya padanya tetapi tiba-tiba sahaja dia merasakan segala aktivitinya harus dirahsiakan.
6. Ghairah Atau Tak Ghairah
Ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian. Suami tiba-tiba jadi semakin ghairah dengan isteri kerana rasa bersalahnya pada isteri atau dia semakin kurang rasa sayang untuk bersama. Perhatikan.
7. Menjadi Perahsia
Menjadi perahsia secara tiba-tiba itu pelik. Telefon sudah diletakkan password, telefon tidak dibiarkan di mana-mana malah bawa masuk ke tandas. Malah segala media sosial ditukar password baru. Bukankah itu pelik!
8. Terlebih ‘Caring’
Suami yang tidak caring tetapi tiba-tiba mengubah moodnya menjadi lebih caring adalah petanda pelik. Kalau suami hendak berubah, dari awal lagi dia sudah berubah, tak perlulah secara tiba-tiba. Pasti ada sesuatu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Luluh hati seorang ibu bila mana melihat anak yang disayangi mati dibunuh dengan kejam. Lebih memilukan mayat anaknya , Siti Masitah Ibrahim ditemui selepas 11 hari dilaporkan hilang.
Pembunuhan yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan itu menyaksikan organ dalaman Siti Masitah dikeluarkan.
Siti Masitah, 11 tahun dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemukan di dalam semak bersebelahan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.
“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.
Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” ujar Solihah Abdullah, 35 yang mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.
Dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera namun tidak pulang sehingga malam
“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.
“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini.
Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?”
Mayat Siti Masitah yang berketurunan Kemboja ditemui penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...