Bagi yang pertama kali bergelar datuk atau nenek tentu teruja. Begitulah yang dirasai kini oleh bekas personaliti televisyen, personaliti, Puan Sri Normala Samsudin, 58 setelah bergelar nenek apabila anak perempuannya, Ruhila Roslan melahirkan anak sulungnya.
Menerusi Instagram milik bekas pengacara Nona ini berkongsi momen manis menjaga cucu dan anak ketika dalam pantang berpantang.
Benarlah kata orang, sayang cucu itu lain daripada sayang anak. Bagi saya, mungkin di usia tua, kita ini lebih sensitif, merindui saat menatap wajah bayi, lebih matang & memahami bahasa tangis yg nak direngekkan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dulu tika waktu muda sebagai ibu ayah terlalu banyak di kotak fikiran yang perlu difikirkan, kerana tika itu terlalu mentah dalam hal menjaga anak, sudah jadi resam mesti ada emak sebagai guideline untuk menjaga bayi dan dalam berpantang.
Sudah jadi tok mama, fahamlah erti setiap rengekkan dan lenggok tangis yg sebenarnya.. sebab itu tiap bayi yg baru lahir perlu ada orang tua, kerana bahasa tangis dan rengek itu seakan difahami jelas dlm kotak hati orang yg berpengalaman.
Ini momen tok mama dan Aamin Yusuf. Momen yg akan sentiasa dirindui, sering dikenang dan disyukuri Nikmat lahirnya insan kurniaan Yg Maha Esa. Tq for giving me this chance to love & to cherish.. I am a happy gramma indeed. MasyaAllah Tabarakkallah
Ads
Untuk rekod, pada 16 Jun lepas anak perempuan beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki yang dinamakan Aamin Yusuf Majid.
Perkongsian ini dapat membuka mata dan minda kita andai ada selama ini terasa begitu payah atau susah untuk mengumpulkan wang bagi menunaikan Haji.
Siapa sangka, rupanya dengan menyimpan RM 2.00 sehari juga kita mampu ke Tanah Suci sebelum diusia senja. Jom semak bagaimana perkiraannya itu.
TIPS MENUNAIKAN HAJI : SEHARI RM 2.00
Saya ada akaun tabung haji seawal umur 23 tahun. Tapi, masa itu tak faham lagi pasal register haji. Ingatkan bila sudah buka akaun tabung haji, sudah automatik r daftar haji.
Rupa-rupanya bila tanya balik bila boleh pergi Mekah untuk haji, staff TH tu kata, Encik tak daftar lagi.
Then saya pun tanya la macam mana proses semua. Jadi, kena ada simpanan dalam akaun RM 1,500 kemudian baru Boleh daftar. Saya tanya dia, Alhamdulillah, kebetulan dalam akaun saya masa itu ada le sikit jumlah yang membolehkan saya daftar..tahun 2008 masa tu…Sekali keluar slip, tarikh dijangka pergi 2022, alamak 14 tahun lagi? Lamanya, bayangkan tahun 2008, nak tunggu tahun 2022 memang terasa lama lagi…jadi, relaksla dulu.
Tetapi, semalam saya pergi tabung haji, bila saya semak balik tarikh dapat giliran pergi haji, staff TH kata tahun 2022 sekarang 2019. Lebih kurang 3 tahun. Kemudian saya tersedar, tak perasan pun.
Nasib baik, saya memang ada buat regular simpanan kat dalam akaun tabung haji ni. Bila kita dah commit, tak terasa sangat duit tu dimasukkan sebab kita dah adjust kita punya cash flow dan expenses….so, kira dah jadikan simpanan tabung haji sebagai sebahagian dari kita punya expenses wajib.
Dalam saya terfikir-fikir tu, saya pun kira la balik.
Katakan kos untuk pergi haji Muasasah dalam RM 15,000.Tabung haji bagi masa 14 tahun (dalam case saya ni).
Kalau kita kira (rujuk gambar di atas) Sebulan kita allocate RM 60 (niat untuk pergi haji) sehari dalam RM 2.00 selama 14 tahun (merujuk pada kes saya : gambar Di atas), dengan return Account Tabung Haji 6% setahun, boleh dapat lebih dari RM 15,000 by the time sampai giliran, duit pun dah cukup dan tidak membebankan kita.
Then, saya pun reflect balik tapi kenapa ramai yang masih tak mampu nak pergi haji? Sebab kos dan belum sampai giliran?
Jadi saya nampak, antara tips nya adalah :
1- Seawal usia kerja, katakanlah baru lepas graduate umur 23 tahun, buka akaun tabung haji kumpul dalam RM 60.00 sebulan dalam masa 24 bulan (2 tahun). Amount dah boleh capai RM 1,500 (rujuk gambar di bawah). Then masa tu daftar nama masuk queue untuk pergi haji. Katakan masa untuk umur 25 tahun, kalau ikutkan standard giliran dalam 14-15 tahun. Maksudnya umur 40 tahun, in sha Allah giliran akan sampai.
2- Langkah seterusnya, teruskan menyimpan dalam tabung haji RM 60.00 sebulan dan selama 14 tahun lagi nak tunggu sampai giliran. Wang terkumpul dalam RM 19,000 (target RM 15,000 je) siap duit belanja sekali boleh cover dah.
Jadi, cabarannya sekarang adalah tak mampu kewangan untuk pergi haji ni betul tak mampu atau memang tak ada niat yang besar atau keingingan yang tinggi sampai kita mempunyai kesanggupan untuk allocate RM 60.00 sebulan atau RM 2.00 sehari untuk kita tunaikan RUKUN ISLAM ke-5.
Apa alasan kita lagi?
Kalau anak-anak muda sekarang ni, sanggup bayar installment 36 bulan untuk beli gadget, sanggup simpan duit setiap bulan untuk pergi travel back pack ke negara-negara yang mereka minat nak pergi tapi kenapa kita tak ada kesanggupan yang sama untuk tunaikan kewajipan kita?
Posting ini hanya untuk memberi peringatan kepada saya dan sahabat yang saya kasihi. Kalau kita boleh letakkan komitmen untuk memenuhi kehendak hobi kita. Adakah pergi menunaikan haji ke Mekah menjadi kurang penting berbanding dengan hobi kita?
Fikirkan bersama sahabat-sahabat sekalian.
Kenapa umur 40 tahun tu just nice dapat panggilan mengerjakan haji? Sebab kat situ la biasanya antara turning point akan adanya ujian dalam hidup.
Ada pernah saya dengar, kalau umur 40 masih tak berubah kearah kebaikkan, ada kemungkinan kita terus tak akan berubah. Boleh tanya orang yang umur 40-an ke atas..apa yang mereka fikir dan rasa bila umur mereka cecah 40?
Saya pun rasa yang sama 2 tahun lepas, sebab tu saya ambil kesempatan untuk berkongsi tips ini kepada anda.
Kanak-kanak ni suka melakukan penerokaan disekitarnya. Ini kerana pada usia begini sikap ingin tahu ada dalam dirinya.
Oleh itu, ketika ini ibu bapa harus mendedahkan anakn-anak dengan pelbagai sumber untuk mereka perkembangan dirinya.
Sebagaimana perkongsian seorang bapa ini, Ahmad Abid Amin menerusi grup Tukang Apa Hari Ini yang telah membuat papan aktiviti buat anak-anaknya atau juga dikenali sebagai Busy Board.
Beliau DIY sendiri papan aktiviti ini. Berbaloi buat sendiri.
Busy board ialah sejenis mainan kanak-kanak yang dapat membantu meransang deria kanak-kanak. Antara kebaikan kepada kanak-kanak ialah : 1. Membina sambungan saraf otak kanak-kanak 2. Membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak dari pertumbuhan kognitif, pengembangan bahasa, kemahiran motor halus dan kasar, interaksi sosial, dan kemahiran menyelesaikan masalah. 3. Memperkuat daya ingatan kanak-kanak 4. Memberi ketenangan kepada kanak-kanak 5. Mengajar kanak-kanak atribut deria.
Kebanyakan orang sering mengabaikan kebersihan bilik mandi atau tandas kononnya ruang yang tidak penting. Tetapi sebenarnya, bilik mandi adalah cerminan peribadi terhadap empunya rumah sama ada pembersih atau tidak.
Bayangkan jika ada tetamu datang ke rumah dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah. Pasti anda malu bila dikatakan tidak menitikberatkan soal kebersihan dan dilabel sebagai seorang yang pengotor.
Elakkan masalah ini, jom belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dalam bilik air dan tandas. Sedikit sahaja masa yang diperlukan bagi memastikan bilik air dan tandas anda sentiasa bersih dan selesa.
Bahan yang diperlukan
160gm baking soda
60 ml jus lemon
1/2 tbsp Cuka
1tbsp Hidrogen peroksida
15-20 titik wangi-wangian
Cara-Cara
Campurkan baking soda dan jus lemon ke dalam bekas.
Dalam bekas lain campurkan hidrogen peroksida dan cuka.
Masukkan campuran hidrogen tadi ke dalam campuran baking soda sikit demi sedikit.
Tambahkan pewangi pilihan anda ke dalam campuran tadi.
Bentukkan campuran tadi secara bulat dan susun atas kertas kering.
Biarkan kering selama 4 jam sebelum digunakan.
Simpan dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gunakan bahan peluntur untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai. Berus dan biarkan selama sejam sebelum bersihkan dengan air.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air.
Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan selama beberapa minit.
Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai.
Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.