Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon tanak air. Benjy Ibrahim yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty.
Memetik laporan Astro Awani, berita sedih berkenaan pemergian pelakon Benjy Ibrahim yang merupakan anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty, berita ini dimaklumkan sendiri oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.
Menurut sumber, Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad (hari ini) sekitar jam 11 pagi akibat penyakit Asma. Dan difahamkan pengkebumian Benjy akan dilakukan di Medan, Indonesia.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.
Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit asma.
Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengkebumian Benjy akan dilakukan di Medan.
Ads
“Ada kawan Ben Telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.
Terdahulu pada tahun 2017, Benjy telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.
Bersamalah kita sedekahkan al-Fatihah untuknya dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Ada ketikanya kita selalu mengeluh rezeki tak cukup. Lihat kawan-kawan hidup gembira, nak beli itu ini tiada masalah mula lah hati mengeluh kenapa tidak mampu seperti mereka. Hati mula berbolak balik, bergaduh dengan pasangan, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sedangkan kekurangan yang ada dalam diri sendiri langsung tidak disemak.
Ya memang tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah rezeki. Namun, kita lupa setiap apa yang kita peroleh itu datangnya dari Dia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya baik sikit mahupun banyak.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar menerusi tulisannya di facebook baru-baru ini.
Bila kita perasan rezeki kita seperti tak cukup, semak balik diri kita tentang 2 perkara ini;
1. Sembahyang kita.
Apakah sembahyang kita cukup kita jaga? Waktu sembahyang kita bagaimana? Di awal waktu, tengah atau selalu di hujung?
Atau mungkin kadang tinggalkan sahaja sebab sibuk urusan kerja.
Sedangkan sembahyang ini hubungan secara terus kita dengan Allah yang memberi rezeki. Kerja kita cuma alat untuk kita berusaha.
2. Semak tentang zakat pendapatan.
Ramai yang merasakan hal zakat pendapatan ini untuk yang kaya sahaja. Ada kereta besar dan rumah besar.
“Saya ni kereta kecil, rumah pun sewa je. Rasanya tak kena bayar zakat.”
Ambil mudah begini yang jadi isu.
“Tuan dah pernah semak dan buat pengiraan di pejabat zakat?”
Selalunya mesti jawab tak pernah pergi pun. Cubalah pergi buat kiraan. Kalau tak banyak pun, sikit setakat berapa ringgit, rupanya ada bahagian pendapatan kita yang masih kena zakat.
Ingat, selepas kita keluarkan zakat Allah akan sucikan harta kita. Dan Allah akan tambahkan keberkatan dalam harta dan pendapatan kita.
Maka, nanti perasaan tak cukup itu akan hilang. Kerana apa?
Kerana yang memberi kecukupan atas segala isi dunia ini adalah Allah.
Percayalah.
Firdaus Mokhtar, Sama-sama koreksi diri semul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuih bakar pandan ini merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat terkenal sejak dulu lagi. Kuih ni ada yang panggil bingka tepung.
Adunan kuih ni senang je nak buat. Bahan pun simple jer. Cuma masa untuk bakar kuih ini agak lama sikit. Kuih ini boleh dibakar menggunakan oven saja. Nak guna air fryer pun boleh.
Ni resipinya.
Kuih kegemaran.Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah.
Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
Cara-cara:
Blend smua bahan diatas kecuali bijan,tapis. Oleskan loyang dgn butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.bakar suhu 170 api atas bwh selama 1jam arau hingga masak. Selamat mencuba!
Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Airtangan dan pic: Eniza M Salim
Berbeza dengan sesetengah individu baik selebriti mahupun orang biasa yang malu dan enggan bercerita jauh sekali menonjolkan anak-anak mereka yang autistik pada masyarakat, selebriti ini sebaliknya pula.
Rasa malu dibuang jauh-jauh sebaliknya dia bersemangat bercerita mengenai hal itu dengan harapan masyarakat membuka mata tentang autistik. Semangat Catriona Ross kembali bersinar apabila memandang wajah anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
Kesakitan bersalinkan anak ketiga belum benar-benar pulih, diri sudah diuji lagi tatkala anak kedua, Raes disahkan menghidap autistik. Namun, pelakon berdarah kacukan ini kembali bangkit dan enggan mengalah.
“Kami mula sedar ada yang tidak kena dengan Raes apabila usianya memasuki dua tahun tetapi dia masih belum boleh bercakap. Waktu umurnya setahun lebih, saya sudah rasa ada yang tidak kena kerana dia tidak bercakap dan menyebut perkataan.
“Selain itu, Raes tidak menunjukkan tanda-tanda sepertimana kanak-kanak seusianya. Suara dia hanya boleh dengar apabila dia menangis sahaja. Apabila bertanyakan pada kawan-kawan jawapan mereka anak lelaki memang lambat sedikit.
“Saya ada hantar Raes ke pusat asuhan dan memang tiada sebarang perubahan. Bulan keenam di situ, pengetuanya minta kami membawa Raes bertemu pakar. Selepas buat ujian, memang sah Raes autistik.
“Dua minggu lamanya saya asyik menangis, bayangkan waktu itu saya baru lepas pantang anak ketiga, Idrus. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya ketika itu. Saya tidak tahu nak buat apa dan bagaimana untuk uruskan anak autistik. Ketika itu, saya teringat kepada Fynn Jamal dan terus menghubunginya melalui instagram.
“Memandangkan dia sibuk, kami hanya berhubung melalui instgram. Saya meluahkan segala isi hati dan dialah manusia pertama yang membantu saya meleraikan segala kekusutan di hati,”jelas Catriona yang turut membuat kajian dan bacaan melalui internet dan itu semua banyak membantu membuka minda dan mata untuk menguruskan anaknya.
Akui Catriona, biarpun Raes menghidap ‘mild autisme’ dan bukan jenis hyperaktif, namun harus bijak mengambil hati dan tidak boleh menyebabkan emosi anaknya terganggu.
“Biasanya kalau keinginan dia tidak dapat dipenuhi mula lah dia buat perangai. Sebelum ini memang sukar untuk kami faham apa yang dia inginkan tetapi selepas membaca dan mendapat ilmu tentang hal berkaitan autistik, maka sedikit sebanyak kami sudah mula boleh berkomunikasi dengannya.
“Walaupun belum boleh bercakap tetapi kalau nak makan atau susu, Raes boleh memberi ‘hint’ apa yang dia inginkan,” cerita Catriona dengan lebih lanjut mengenai perihal anak keduanya yang disahkan autistik.
“Bengkak Jiwa’
‘Saya tidak mahu berpura-pura ibarat manusia sempurna di mata masyarakat. Sebaliknya, saya suka berkongsi apa yang saya ada dan tahu. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu ibu bapa lain yang senasib dengan saya tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak-anak autistik. Dalam masa yang sama, saya mahu masyarakat tidak memandang sinis setiap kali berhadapan dengan anak-anak istimewa ini.
“Jika di bandar, mungkin masyarakatnya sudah biasa kerana mungkin sudah terdedah dengan hal ini tetapi di luar bandar ia masih ‘taboo’. Mereka tidak suka mendedahkan hal-hal yang berkaitan sensitiviti sebegini kerana bimbang membawa masalah kepada mereka. Sedangkan mereka patut tahu, ini semua adalah urusan Yang Maha Esa.
“Kita harus terima dengan hati yang reda. Memang bercakap mudah tetapi hanya yang mengalaminya boleh merasai sendiri. Sedih, kecewa, malu dan sebagainya, namun buang jauh-jauh semua rasa itu. Bangkit dan bantu anak-anak kita kerana jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memulakannya bagaimana masyarakat boleh menerima.
“Anak autistik memerlukan perhatian yang rapi, mereka tidak boleh belajar topik biasa seperti kanak-kanak biasa yang lain. Saya sendiri jujurnya waktu mengetahui Raes autistik, saya rasa ‘bengkak jiwa’ lebih-lebih lagi apabila terpandang wajahnya. Kerana itu, saya mahu berkongsi rasa sayu itu dengan ibu-ibu yang lain.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi maklum balas negatif, rata-rata memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih kuat,’ ulas Catriona yang mengakui walaupun Raes ‘istimewa’ namun layanan diterima sama rata antara ketiga-tiga anaknya.
“Saya tidak mengamalkan pilih kasih dalam mendidik anak-anak. Walaupun Raes jenis yang cepat terasa namun kakak dan adiknya jenis yang memahami lebih-lebih lagi yang ketiga iaitu Idrus. Dia sangat rapat dengan abangnya boleh dikatakan tulang belakang kepada Raes.
Bukan mudah untuk menguruskan anakl-anak istimewa ini tatkala berada di luar rumah. Namun Pelakon Jangan Benci Cintaku ini menerusi catatannya di laman instagram, Catriona turut berkongsi cara menguruskan anaknya ketika bercuti.
“Belum berkomunikasi secara verbal maka i bertanggung jawab dalam penyediaan makanan untuk dibawa. Anak autism biasanya agak memilih bab ini dan 8 hari bercuti, i sudah siapkan huge bag filled with oat cookies dan berbagai makanan kesukaan Raess termasuk ikan bilis yang digoreng which i simpan in a tupperware. Tinggal nasi putih je nak cari kat destination,” ujar Cat menerusi kapsyennya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.