Berbaki lima hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Aidil Fitri. Selepas dua tahun tidak dapat meraikan hari raya bersama sanak saudara di kampung halaman akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah tentu tahun ini ramai yang merancang untuk meraikan Syawal sepuas hati.
Selain membuat persiapan pakaian dan kuih raya, ibu ayah turut sibuk menyediakan bajet duit baru untuk ditukar di bank-bank sebagai sedekah pemberian duit raya kepada tetamu kecil yang datang berkunjung.
Budaya memberi duit raya kepada kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi satu ‘kewajipan’ sehingga kadangkala ia menjadi bebanan kepada sesetengah pihak yang kurang berkemampuan.
Jangan sampai ia jadi satu bebanan kerana Islam sendiri tidak pernah menetapkan pemberian duit di hari raya satu kewajipan. Tetapi terpulang kepada sesiapa yang memang berniat untuk bersedekah kerana sememangnya amalan bersedekah adalah perbuatan yang digalakkan.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting mendidik anak masing-masing agar tidak meminta duit raya di rumah orang yang dikunjungi seperti mana ingatan mesra daripada penulis yang tulisannya dikongsi oleh Facebook 1SABAH ini.
Ads
Duit Raya Bukan Budaya Islam
Budaya bagi duit raya ni bukan budaya Islam. Kalau nak bagi atas dasar sedekah jariah, memang digalakkan. Tapi kalau dah nama sedekah jariah, ikut kemampuan si pemberi.
Tak kisah la berapa waima seringgit sekali pun. Mak bapak tolong ajar anak-anak jangan bukak sampul duit raya depan orang. Jangan ajar anak-anak mintak duit raya daripada orang. Nampak sangat biadapnya.
Masalahnya ada mak bapak bila anak-anak dapat duit raya, akan terpacul soalan; “Berapa orang tu bagi duit raya?”
Tak semua orang mampu nak bagi duit raya kaler hijau, merah, oren, biru muda dan purple.. Dengan tarif elektrik dah naik, dengan harga barang yg mahal, ramai yg bajet cukup-cukup je..
Ads
Kalau ada dan mampu, tak salah memberi.. tapi jangan sampai jadi riak nak orang tau banyak isi dalam sampul tu.. Keikhlasan tu penting.. bukan nak menunjuk-nunjuk..
Bagi yg tak mampu, kemeriahan Lebaran tu tak cacat pun kalau tak dapat bagi duit raya.. dan tetamu yg bawak anak-anak beraya kena la faham.. Jangan diumpat atau dicaci orang yg tak bagi duit raya atau yg mampu bagi seringgit dua je..
Bukan soal kedekut atau berkira tapi kalau dah memang bajet tak berapa nak ada, nak dikorek tang mana?
Ads
Hari ni hari dia, hari kita tak tau bila.. Hidup ni macam roda.. Bersederhanalah bila menyambut Hari Raya..
Baju lama? No hal.. Kuih takde? No hal.. Tak dapat bagi duit raya? No hal..
Cakap je: “maaf la tahun ni bajet sakit sikit.. Do’akan saya melimpah ruah rezeki yer lepas ni..”
Kalau orang yg dengar tu ada iman dan hati dia bersih, dia akan faham dan do’akan.. Tak akan diumpat atau jadi bahan cerita.. Baru mintak maaf takkan dah masuk dosa baru kut?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali dapat jemputan kahwin, selain nak tengok wajah pengantin tetamu juga tak sabar nak dapat ‘buah tangan’ dari majlis tersebut. Selain itu, tetamu khususnya kaum ibu sibuk nak melihat apakah barangan hantaran yang dibawa oleh kedua belah pihak.
Jika dahulu, barangan keperluan peribadi seperti beg tangan, kasut, baju sehinggalah ke minyak wangi menjadi pilihan raja sehari. Namun seiring dengan peredaran masa, pasangan pengantin semakin kreatif dan bijak memilih barangan yang sesuai dan tahan lama untuk digunakan selepas majlis kahwin.
Baru-baru ini menerusi satu posting di laman Twitter telah menarik perhatian netizen, apa tidaknya, pilihan barang hantaran mereka lain dari yang lain dan unik untuk diberikan pada majlis perkahwinan mereka. .
Antara barangan tersebut termasuklah set kelengkapan rumah seperti perkakas rumah dan banrangan elektrik. Sehingga kini tweet berkenaan telah mendapat sebanyak 19,800 ulang kicau dan 14,100 tanda suka oleh netizen di Twitter.
Sebelum itu, perkongsian tersebut telah screenshot daripada InstaStory seorang make up artis (MUA). Kemudiannya telah dimuat naik semula di akaun Twitter Ayu Kurus.
Wehhh tak terfikir pun nak bagi hantaran macamni. This is brilliant cause you need this more than an expensive wallet😂😂😂 pic.twitter.com/uN59jSC6hD
Lumrah dalam keluarga, bila nampak adik beradik lain diberi keutamaan, mula rasa terpencil dan terasa hati rasa seakan ibu ayah pilih kasih antara anak-anak.
Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.
Nak tahu apa hukumnya ibu bapa pilih kasih kepada anak-anak? Jom lihat jawapan dari Ustaz Azhar idrus!
PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK
SOALAN :
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Keterbukaan selebriti bercerita mengenai anak syurga mereka kini dilihat satu langkah yang positif buat masyarakat. Jika dahulu ada antara mereka yang tidak suka memaparkan kisah sebegini dengan alasan malu dan tidak mahu kehilangan peminat.
Namun sebaliknya berlaku. Sebagai contohnya, Zarina Zainuddin, Catriona Ross dan Edry Abdul Halim yang sehingga kini menjadi idola ibu bapa yang memiliki anak syurga.
Pengalaman serta pengetahuan yang mereka ada dikongsikan dengan peminat membuatkan mereka lebih dihormati.
Selain itu, Edrie Hashim juga mempunyai anak Autisme. Biarpun tidak selalu memperkatakan hal tersebutm, namun koposer dan pemuzik terkenal ini tidak segan untuk becerita mengenainya.
Bahkan, dia berasa gembira kerana ramai selebriti mula mengetengahkan mengenai kesedaran autism.
Edrie mempunyai seorang anak autism yang bernama Darren Haikal yang kini berusia 14 tahun.
“Pendedahan tentang autism semakin baik. Ramai selebriti yang mula mengetengahkan mengenai kesedaran ini.
“Mungkin 10 tahun lepas, pengalaman yang saya tempuhi saya agak menyanyat hati. Kami sebagai ahli keluarga memang menerima tetapi agak menyedihkan apabila orang ramai tidak memahami dan memandang serong.
“Saya harap bila ramai selebriti bercerita mengenai autism, kesedaran itu wujud,” katanya lagi.
Edrie juga sempat bercerita mengenai anaknya yang kini sedang menuju ke alam remaja.
“Darren kini sudah berusia 14 tahun. Jika dahulu, dia selalu tantrum, sekarang dia lebih rileks.
“Atas sebab itu juga, saya dedahkan dia dalam akaun media sosial saya, biar orang kenal dan tahu mengenai autism,” katanya lagi.
Edrie Hashim dan isteri yang juga vokalis kumpulan Candy, Nurul Nadira Patricia Robert, reda dengan percaturan Ilahi.
Ibu bapa mana yang mahu melihat buah hati kesayangan memiliki kekurangan namun bagi mereka, kehadiran Darren Haikal, memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga buat keluarga.
Biar tidak mudah membesarkan anak istimewa begini, namun bagi Edrie dan Patricia atau Pat setiap kesukaran yang mereka dihadapi memberikan satu pengajaran dan ilmu buat diri masing-masing.
Malah semakin meningkat usia Darren semakin banyak yang perlu dia belajar erti berdikari agar tidak terlalu mengharapkan pertolongan orang lain. Selain Darren, Edrie dan Pat memiliki seorang lagi cahaya mata, Dylan Haidar.
“Tidak mudah terutama apabila berdepan dengan orang ramai yang masih kurang pengetahuan tentang autisme.
“Masih ramai yang tidak faham lebih-lebih lagi apabila melihat mereka mengamuk malah anggap kita tidak pandai jaga anak,” kata Edrie.
Menurut Edrie, Darren dilahirkan sempurna sifatnya dan amat comel sebelum hati dia dan isteri direntap dengan perkhabaran duka tentang masalah kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan perkembangan otak yang dihadapi anak kesayangan mereka.
Dia sendiri pada awalnya sukar menerima kenyataan apabila Darren didagnosis mild mental retardation malah lama dia memujuk hati untuk menerima takdir tersebut dan optimis membesarkan anak lelaki sulungnya itu.
“Rasa macam menonton filem bila anak saya disahkan penghidap autisme dan jadi orang kurang upaya (OKU). Berkali-kali saya persoal tentang kesahihan keputusan kesihatan Darren.
“Darren dilahirkan sempurna, apabila jadi begitu memang saya tak dapat bayangkan perasaan saya ketika itu. Lama saya pujuk hati untuk terima kenyataan,” luahnya.
Menerima hakikat perkembangan Darren berbeza dengan anak-anak lain bila dia dihantar ke tadika ketika usianya empat tahun, Edrie bersyukur apabila Allah hadirkan ujian buat dirinya dan isteri untuk membesar dan mendidik seorang anak istimewa.
“Semasa bayi, Darren memang menjadi kesayangan keluarga malah jiran tetangga pun sering memuji wajah comelnya. Apabila doktor kata anak saya cacat, memang rasa nak tumbuk muka doktor pada masa itu! Yalah, siapa tak sedih dan bengang apabila orang kata anak kita cacat, kan?
“Tapi pasti ada sebab kenapa Tuhan menduga saya. Saya tidaklah terlalu memikirkan tentang kesalahan apa yang sudah saya lakukan dulu hingga diduga sebegini hebat tapi pelbagai perkara bermain dalam otak ketika itu. Tertanya–tanya kenapa begitu?
“Namun saya percaya ujian itu untuk saya dan isteri bukan pada Darren. Dia sudah tentu masuk syurga. Saya kerap kali pujuk hati dan berkata, tak semua orang terpilih untuk diberi ujian begitu. Allah duga kita sebab Dia sayangkan kita. Ini yang saya selalu pegang dan kena kuatkan iman,” katanya.
Mengakui bahawa penerimaan dan keterbukaan masyarakat tentang autisme memberi cabaran buat ibu bapa yang memiliki anak autisme, Edrie berkata, dia dan isterinya sering dipandang serong apabila keluar dengan Darren.
“Kadang-kadang Darren mengamuk, orang sekeliling memandang seperti kita tak pandai jaga anak. Ya, saya kecewa dengan situasi itu tetapi saya juga faham kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada masyarakat seratus peratus.
“Pernah saya bawa dia naik kapal terbang, tiba-tiba ada seorang penumpang menyuruh Darren diam sambil menunjukkan isyarat senyap. Saya cuba kawal diri untuk tidak mengeruhkan keadaan. Cuma terkilan sebab dengan budak kecil pun tidak boleh lebih kurang,” katanya.
Edrie turut berkongsi perasaannya yang direntap dengan kata-kata yang sangat pedih sewaktu seluruh keluarganya ditahan di wad sebuah hospital swasta di ibu kota selepas disahkan mengalami demam Influenza A.
Ketika itu Darren hilang dari hospital akibat trauma dengan jarum suntikan sebelum ditemui di sebuah stesen minyak.
“Dia lari seorang diri berbelas-belas kilometer tanpa kami sedar sewaktu menunggu giliran untuk dirawat. Mujur pihak ambulans ada ketika itu dan ambil Darren di stesen minyak terbabit selepas ada pihak ternampak dia berada di sana.
“Keesokan harinya di dalam wad, saya terdengar perbualan antara kakitangan pihak hospital yang lebih kurang begini, ‘Itu siapa? Edrie Hashim eh, pengarah muzik? Anak dia lari hospital eh, itulah Tuhan itu Maha Kaya. Bapa pengarah muzik, anak dia bodoh macam itu. Tuhan adil.’
“Mungkin dia ingat saya sedang tidur tapi semua katanya saya dengar dan hanya Tuhan saja tahu betapa remuknya perasaan saya ketika itu.
“Sebagai pekerja di hospital tetapi kurang bijak fasal autistik dan menjatuhkan hukum dengan melulu kononnya saya pengarah muzik, maka anak saya jadi begitu. Ini bermakna ramai yang tak tahu tentang autisme meskipun kerja di pusat perubatan,” katanya dengan nada kesal.
SEMENTARA itu Patricia menasihati ibu bapa yang mempunyai anak autisme agar memberi ruang untuk mereka bergaul dengan dunia luar dan tidak menyekat aktiviti mereka.
“Anak autisme ini seperti yang kita tahu, dia dengan dunia dia sahaja. Dia tak pedulikan dunia luar, maka kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dan membawa mereka kenal dengan dunia luar sebagai cara untuk membiasakan diri dengan orang ramai.
“Jangan panik apabila anak autisme mengamuk dengan tiba-tiba dan jangan pedulikan pandangan masyarakat luar yang memandang sinis kononnya kita tak pandai jaga anak.
“Juga jangan kurung anak di rumah kerana tidak bagus untuk perkembangan minda mereka,” katanya yang adakalanya terpaksa memohon maaf kepada orang ramai jika anaknya itu mengamuk di tempat terbuka.
Biarpun terbuka berbicara tentang keadaan anaknya, Patricia mengakui kekecewaannya apabila ada kalangan masyarakat yang membanding-bandingkan Darren dengan anak normal lain.
“Sudah tentulah saya sedih apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan itu disahkan autistik. Malah saya paling tidak suka bila orang bandingkan Darren dengan budak normal kerana tidak adil baginya. Dia tak minta dilahirkan begitu dan menjadi OKU. Tipulah kalau saya tak kecewa tapi itulah tiket saya dan suami ke syurga,” luahnya.
Hidup tidak selamanya kekal, justeru ketika ditanya tentang soalan itu, Edrie akui takut mengenangkan bila satu hari nanti ajal menjemputnya lalu meninggalkan anak istimewanya itu.
Pun begitu, dia sentiasa menitipkan doa dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa untuk melindungi anaknya dan mempermudah setiap urusannya kelak.
Malah Edrie tidak kisah mengeluarkan sejumlah wang untuk memberikan pendidikan dan kemahiran terbaik buat Darren dengan harapan anaknya itu nanti mampu menguruskan diri sendiri apabila kedua-dua orang tuanya sudah tiada di sisi.
“Kalau fikir benda itu (kematian) memang takut tapi saya serah kepada Tuhan. Kena percaya qada dan qadar. Ada saudara-mara pun tak sama dengan ibu dan ayah yang jaga, kan? Tapi insya-Allah, keluarga saya semuanya okey.
“Buat masa ini, saya memang sedang fokus untuk memahirkan dia dengan apa sahaja kemahiran yang dia minat selain memberikan pendidikan sempurna yang dikhaskan untuk anak-anak autisme mengikut sistem pendidikan Malaysia.
“Selain itu, sejak usia tujuh tahun, Darren turut menghadiri kelas terapi bagi melatih kemahiran motor halusnya. Ada ahli terapi datang ke rumah seminggu sekali bagi menjalani sesi terapi untuk Darren.
“Dia belajar untuk memantap dan menguatkan apa sahaja yang berkait rapat dengan kemahiran motor halus. Darren sukar menulis kerana tidak dapat memegang pensil dengan betul, tetapi kalau alat muzik dram dia boleh bermain dengan betul.
“Saya lihat dia mempunyai minat dalam nyanyian. Saya sendiri pun tak tahu dari mana dia mendengar lagu yang dinyanyikan, tetapi melodinya betul walaupun sebutan nyanyiannya tidak berapa jelas.
“Namun dia ada satu perangai yang apabila kita sebagai ibu bapa suruh dia menyanyi, dia tak akan buat tapi kalau cikgu suruh, dia akan buat.
“Itulah, saya sedang berusaha supaya dia mempunyai keyakinan untuk ‘keluarkan’ bakat itu di depan orang ramai,” ungkapnya.
Malah menurut Edrie, dia percaya rezekinya dalam bidang muzik melimpah ruah kerana kehadiran Darren, maka sebab itulah dia tidak pernah lokek untuk membelanjakan wang ringgit demi masa depan anak sulungnya itu.