Mengetahui pelbagai teknik tentang tanaman menarik juga untuk difahami. Setidak-tidaknya bolehlah digunakan untuk memastikan tanaman yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak.
Contohnya, berkaitan tanaman kantan. Rupanya ada trik nak pastikan kantan boleh berbunga lebat.
Bila banyak bunganya bolehlah macam-macam resipi dimasak seperti laksa, kerabu, asam pedas dan macam-macam lagi.
Nsk tahu tipnya, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudari Haninah. Jom semak.
Ads
CARA UNTUK MEMASTIKAN BUNGA KANTAN BERBUNGA KERAP DAN BANYAK SERTA SIHAT DAN SELAMAT HINGGA WAKTU SESUAI UNTUK DITUAI
Ads
1. Kantan mula berbunga biasanya selepas 2 tahun lebih ditanam. Kantan biasanya tidak memerlukan baja.
Ads
2. Untuk berbunga kerap:
Kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.
Kena rajin “bagi hujan” apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.
3. Setelah mula mengeluarkan putik bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.
(Rujuk gambar)
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew mengenai kerinduannya terhadap arwah ibunya yang telah pergi cukup menyentuh hati. Bahkan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan sesiapa yang membaca pasti akan sebak.
Rindu pada mak. Dulukan, masa kecil..bila sedih kena kata, kena halau, kena pukul, diumpat, difitnah sebab dakwah. Dari 12 tahun lagi mak akan peluk saya. Cium saya. Mak kata, kita buat kebaikan untuk Allah sayang. Redha Allah…Redha Allah..Redha Allah
Rindu nak mak peluk. Mak dah berehat dekat sana. Rindu nak mak cium. Rindu nak mak tak berhenti cium Ebit, rindu dekat mak. Rindu mak masak. Rindu mak suap. Rindu nak balas ciuman mak. Tapi hari ebit cium, mak dah tak bergerak. Ebit peluk,mak dah tak peluk semula. Ebit genggam tangan mak. Mak tak genggam ebit. Maafkan ebit yer mak Ya Allah jagakan mak saya disana.
. Dulu masa mak sakit. Saya call mak. Mak cakap,kalau tak sempat jumpa didunia. Kita jumpa dalam syurga. Walau apapun jangan tinggalkan dakwah ini. Bukan sebab kita baik. Kita takde apa-apa. Tapi tanda syukur Allah kutip kita dan beri kita Islam. Kita kena kongsi Islam ini dengan semua manusia. Rasa sayang pada semua orang walau apapun. Semua orang baik. Yang tak baik tu kita.
Tambahnya lagi, ibunya sering berpesan supaya tidak membalas kembali perbuatan orang dan selalu memaafkan orang lain.
Mak saya selalu pesan, takper orang kata kita. Jangan kita balas. Jangan kita buat dekat orang. Sebab dunia akhirat ni Allah yang punya. Maafkan,maafkan..maafkan. terima kaseh pada semua orang. . Saya menyusun 10 jari dari hujung rambut sampai hujung kaki saya minta maaf pada semua yer. Maafkan saya yer. Saya pasti banyak buat salah pada semua.
Cerita Ebit Lew lagi, sebelum tidur arwah ibunya pasti akan berada di sisi setiap kali dia belajar pada waktu malam.
Mak saya selalu teman saya belajar malam-malam masa kecil. Tertidur-tidur sebelah saya. Jika pergi buat dakwah. Mak kadang puasa atau solat jer doa. Kami setiap hari buat Talim sama-sama dari saya 12 tahun. Mak peneman saya no 1. Betullah orang kata didunia anugerah terindah selepas iman Islam ialah kasih sayang seorang mak . Nabi saw dapat kasih sayang mak sampai umur 6tahun. Ya Allah…kuatnya Nabi saw. Allahuakbar. Rindu pada Nabi saw Adik-adik sahabatku. Jika ada mak jangan lupa peluk,cium,urut kaki mak,dengar cakap,solat doakan yer. Buat mak sentiasa senyum. Senyuman buat mak tu berharga. I love u mak. I miss u -ebitlew
Tersentuh hati melihat perkongsian yang dimuat naik oleh Ustaz Hanafi menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, beliau dilihat mahu menghantar makanan. Rupa-rupanya Ustaz Hanafi kini mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal. #kanserfighter
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek sebelum ini sering muncul di kaca televisyen menyampaikan kuliah-kuliah agama. Namun, selepas disahkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, perjalanan Ustaz Hanafi dalam dunia dakwah sedikit terkesan, lebih-lebih perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah.
Bagaimanapun, kesakitan dalaman yang dihidapinya itu tidak menghalangnya untuk terus hidup.
Rata-rata warganet melahirkan rasa terharu dan memberikan kata-kata semangat buat ustaz Hanafiah untuk terus kuat.
Robiah RosniSaya juga pesakit kanser servick stge 4 selalu nya ini lah nasib canser fighter berjuang mencari kos rawatan utk teruskan kelangsungan hidup ….moga Allah swt memberi kesembuhan dan kekuatan buat kita semua pesakit kanser yg masih lg berjuang dan xputus asa dgn rahmat Allah aamiin … in sya Allah
Noorleha NoorlehaAs salamuialaikum wbt.UH.ya allah beri kegembiran dan kesihatan yg sihat kpd UH.Semoga segala urusan di permudahkan.sesiapa dpt jumpa UH ni mesti rasa gembira juga tgk UH menjlnkan amalan yg terbaik.in shaa allah aamiin
Wan WamaAllahu Akbar ustaz… Moga Allah limpahkan rezeki y melimpah ruah serta kasih sayangNya seluas Alam buana… Moga Allah Jaga Dan pelihara ustaz sekeluarga.
Ida Azizhargai la ayah selagi ada …rindu arwah ayah …semoga ustaz terus sihat …
Zareen AbdullahKehebatan dan kekuatan ustaz belum tentu ada yg sihat mampu galas…. semoga allah permudah kan urusan ustaz dunia akhirat….semoga ketabahan dan kekuatan ustaz menjadi sumber bagi kami utk bangkit…. subahaallah walhamdulillah
Allahu akhbar
Fauziah HalilSemoga Allah mmberi kesihatan n sembuh sepenuhnya Ustaz. Moga usaha Ustaz ni mnjadi inspirasi pada mereka2 yg sihat tapi berat tulang…
Munawaroh Ahmad OthmanUstaz punya cara tersendiri, semoga menjadi inspirasi buat anak2 muda masa kini, sy doakan semoga segala usaha kearah kebaikan ustaz di berkati dan sentiasa didalam lindungan nya. Aamiin
Jusmarni DarwisSaya doakan ustaz di murahkan rezeki..dimudahkan segala urusan..dilindungi Allah dari musibah dan bahaya…yang peling penting semoga Ustaz diberi kesihatan yang baik.
Semoga dipermudahkan buat ustaz Hanafi dalam mencari rezeki buat keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang hobi, tentu ada antara ibu-ibu yang mempunyai minat dalam bidang jahitan. Malah jika ada yang bijak mengambil peluang, hobi menjahit boleh dijadikan sebagai side income buat keluarga.
Adapun ramai juga wanita-wanita di luar sana menjahit sekadar untuk suka-suka, sekurang-kurangnya kalau ada pakaian terkoyak bolehlah dijahit sendiri dan mungkin juga bolehlah menjahit sepasang dua pakaian untuk anak-anak, sekurang-kurangnya dapatlah berjimat daripada membeli pakaian siap yang mahal harganya.
Berjerita lanjut tentang mesin yang kita miliki di rumah, cuba lihat keadaan mesin tersebut. Mungkinkah berhabuk dan langsung tidak pernah dibersihkan?
Perkongsian daripada Puan Azila Hashim berkenaan cara dia memberihkan mesin jahit tepi menarik juga untuk kita praktikkan. Cukup mudah dan tidak menggunakan kos yang besar. Jom semak.
Hokey guys… Hakak nak bagi tips sikit. Memandangkan mesin jahit tepi hakak pun tengah berkeladak dengan habuk kain, maka hakak bagi tips mudah untuk cuci. Refer setiap gambar hokey. Let’s start the journey bebeh!!
Bahan-bahan yang diperlukan :
Kapas muka
Tweezer
Step 1 : Ambil kapas muka sekeping dan tweezer. Kemudian gunting kapas menjadi 2.
Step 2 : Sepit kapas tu dengan tweezer tersebut.
Step 3 : Lalukan kapas pada habuk kain di setiap celahan secara menggoyang-goyangkannya.
Step 4 : Nampak perbezaannya? Kan habuk-habuk tu dah kena angkut dengan kapas muka. Kapas itu sifatnya sangat menyerap, dalam mesin kita tu berminyak, so segala minyak dan habuk yang melekat pada mesin, akan berpindah dengan sukarelanya kepada kapas.
Setelah dilakukan proses pembersihan, nyata mesin ini kelihatan begitu bersih dan tidak ada lagi serpihan atau benang-benang kain bersarang di situ. Memang terbaik!