Sekiranya bercadang untuk menyediakan hidangan nasi special seperti Nasi Arab, Nasi Minyak dan sebagainya ada baiknya memilih untuk menggunakan beras basmathi. Diakui harganya memanglah mahal, namun bila dimasak dengan menggunakan beras ini memang puas hati. Nasi yang dimasak lebih nampak menyelerakan dan enak rasanya.
Pun begitu, memasak beras basmathi ini ada caranya. Jika salah gayanya, tekstur nasi yang dimasak tidak sempurna. Oleh itu ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan anda nampak macam seorang profesional yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Ads
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
Ads
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Ads
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan menu sarapan dengan hidangan bihun goreng tentu menjadi antara menu popular yang kita sediakan untuk keluarga. Menyediakannya cukup ringkas dan cepat, maka tidak hairanlah bila-bila masa boleh sahaja kita sediakan untuk keluarga.
Pun begitu, walau mudah disediakan sering juga kita lihat ada orang masak bihun terlembik dan tidak menarik fizikalnya, dan ada juga kita lihat bihun goreng yang dijual nampak cantik sehelai-helai. Sempurna kejadiannya!
Tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyediakan menu sedemikian rupanya elok kita baca perkongsian daripada akaun fb Ida Shahida ini. Bukan sahaja dikongsikan tip hendak dapatkan bihun goreng yang sempurna malah ada resipinya juga.
PETUA GORENG BIHUN
ADAKAH ANDA NAK BIHUN GORENG ANDA JADI SEHELAI SEHELAI MCM NI? Tidak putus putus seperti ini ada caranya. Nak tahu?
CARA GORENG BIHUN TIDAK HANCUR@ PATAH
1. Pilih bihun jenis urat besar/kasar sahaja ( saya guna cap jati dan jasmine sahaja)
2. Rendam air biasa sahaja selama 20 minit
BIHUN RENDAM AIR PAIP SAHAJA.( tidak boleh direndam air panas sebab nanti bihun jadi lembik, patah atau hancur jika terlalu lembik.
3. Masukkan minyak dalam kuali(bawang dihiris je , jangan di kisar)
Minyak panas masukkan bawang. Bawang dihiris je jang dikisar sebab bila kisar ia akan menyebabkan bihun rasa bawang dan berbau bawang.
5. Baru masukkan cili kering.gaul dan sebatikan.
Bila cili dah masak masukkan 2 cawan air. Kacau kacau pastu tambahlah perencah rasa seperti gula, garam, serbuk perasa,cili sos, kicap, sos ikan dan lain lain lg..( jumlah air bergantung pada banyaknya bahan utama.
Yang paling penting: kena didihkan kuah ini sampai mendidih agak lama sebab bila kuah dah betul betul masak ianya tidak akan menyebabkan mee/bihun/koe teow anda jadi kembang dan hancur.
***”masa ni sila rasa kesedapan kuahnya jika apa apa yang kurang anda boleh tambah.”sebab kuah inilah memainkan peranan penting intuk menyedapkan bihun goreng anda.****
6. Kemudian baru masukkan mee/ bihun. Kacau dan balik balikkan bihun secara mengangkat bihun sedikit-sedikit. Jangan ditikam bihun tersebut.
7. Bila dah masukkan semuanya baru masukkan sayur sayuran. Balik balikkan supaya sebati dengan kuah.( bihun, mee, kalau kueh teow masukkan hanya sedikit air sebab koe teow tidak keras.
8. Lepas masukkan bihun dan sayur masukkan pula telur dan telur tersebut hendaklah dipukul terlebih dahulu supaya mudah untuk disebatikan dengan bihun/mee.( kalau tidak mahu bau hanyir buanglah pusatnya). Yang berbau hanyir telur tu hanyalah disebabkan tali pusat ayam yang terdapat pada telur.
9. Mesti masak sampai makanan anda keluar asapnya. Baru ianya betul betul masak dan kandungan air sudah mulai mengering dan tidak melekit lekit.
10. Sepanjang memasak ini guna api yang kuat sekali sebab tidak mahu air terlalu lama di dalam kuali nanti masakan anda jadi lembik.
Bila dah dekat nak masak baru perlahankan api.Sayur masukkan sekali dengan bihun mee supaya tidak terlalu layu.
Tidak keterlaluan bila dikatakan di antara banyak-banyak buah ada satu buah ini boleh dikatakan cukup nampak menyelerakan bila dihidang di bulan puasa. Warnanya yang merah berseri dan rasanya manis berair, nampak cukup menyegarkan. Buah apakah itu?
Lain tidak bukan adalah buah tembikai. Cukup ramai menggemarinya apatah lagi bila dimakan sejuk. Pun begitu, tahukah anda selain buah tembikai ini digemari kerana keenakan rasanya sebenarnya buah tembikai sangat bermanfaat dimakan ketika berbuka.
Ini dijelaskan sendiri oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan bolehlah dimanfaatkan info yang dikongsikan olehnya.
MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
• Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
• Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
• Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Buat penggemar manisan daripada Timur Tengah tentu pernah menikmati keenakan rasa kunafa, iaitu menu yang pastry halus yang mewah dengan rasa manis dan lemak keju. Boleh dikatakan terlajak rasa sedapnya bila turut dinikmati bersama taburan kacang pistachio.
Jadi daripada terus membeli juadah ini ada bagusnya dicuba untuk menyediakan sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman.
RESIPI KANAFEH / KUNAFAH
Bahan-bahan:
– Kunafa Pastri / Kataifeh
– Cream Cheese / Akkawi Cheese
– Susu 250ml
– Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)
– Air Mawar, Lemon, Gula
– 200ml air
– Pistachio
– Butter yang telah dicairkan
Ektra info :
Jika ada yang belum kenal dengan kunafa pastri, inilah rupa betuk dia macam bihun, tapi teksturnya halus. Saya beli online sahaja di shopee.
Cara penyediaan:
1.Curah melted butter untuk memberi warna kuning-kekuningan dan gaul rata.
2. Masukkan kunafa pastri ni jangan tebal sangat ye…tekan-tekan bagi padat. Ketepikan.
3. Ambil periuk dan panaskan susu sekotok, kemudian masukkan masukkan cream cheese. Saya guna separuh dari 250gm cream cheese ni
4.Saya tambah lagi dengan cheese arab ni. Cheese teama ni memang sedap. Guna dalam 4 keping. Kalau nak guna ni pun boleh, tak perlu guna cream cheese tatura tu.
*original resepi guna akkawi cheese ye, tak guna cream cheese. Tapi saya buat mana yang mudah sahaja.
5.Pukul sampai cheese cair. Kemudian masukkan mozzarella cheese. Kacau-kacau hingga jadi pekat begini.
6. Kemudian lapiskan dengan pastri hunafa, lapisan pertama pastri, cheese, pastri lagi. Buat mampat.
7. Panaskan oven dan dalam masa yang sama didihkan air dan masukkan gula. Nak guna gula putih pun boleh. Perahkan ½ biji lemon dan masukkan sedikit air mawar.
8. Apabila oven sudah panas, bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit. Setelah masak, curahkan air gula yang disediakan tadi.
Sedia untuk dinikmati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.