Ramadan yang lalu, ada netizen yang menegur badannya seolah-olah mempunyai ‘isi’, tetapi empunyai diri hanya meminta mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya. Namun semalam, teka teki terjawab sudah.
Dua keping gambar yang dimuat naik diinstagramnya punya makna tersirat disebaliknya. Azrinaz Mazhar Hakim, semalam mengumumkan dirinya kini hamil dan kandungannya kini melepasi trimester kedua.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham – Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2.
Mengambil keberkatan Syawal keempat, ujar bekas personaliti televisyen itu, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk hamil sekali lagi, seterusnya bakal menimang cahaya mata ketiga.
Ads
“Seperti pasangan lain yang mengharapkan khabar gembira ini, saya dan suami juga tidak terkecuali. Jadi, bersama keberkatan Syawal yang sedang dirai, saya berkongsi berita gembira ini bersama semua.
“Saya dan suami amat bersyukur dengan rezeki yang menyebelahi kami. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai dan anda semua yang amat saya sayangi, Allah memberikan saya peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.
Ads
Jelasnya lagi yang memilih untuk mengumumkan kehamilan sekarang, kerana enggan menggembar-gemburkannya terlalu awal.
Malah, dia juga tidak menggunakan bantuan teknologi moden untuk kehamilan tersebut. Namun, bakal memasuki usia 40 tahun September ini, akui Azrinaz kehamilan kali ini tidak semudah sepertimana yang sebelum ini.
“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.
Ads
Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,”demikian tulisnya dikapsyen.
Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018, yang juga merupakan rakan lamanya yang sudah dikenali sejak lebih 20 tahun lalu.
Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005 sebelum berpisah pada 2010. Hasil perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Wardatul Bolkiah, 11.
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil :
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
p/s : Saya suka juga kongsi ilmu didik anak di Telegram saya. klik je link ni untuk join ye ?t.me/NotaTaufiqRazif
Ada dalam 118 ribu mak ayah juga dalam tu. Jom ?
Meskipun kes wabak Cobid-19 bertambah setiap hari, namun jumlah yang sembuh dan keluar dari hospital juga makin ramai. Setiap seorang daripada mereka tampil menceritakan situasi sebenar ketika berada di wad isolasi. Sebak, sedih dan bersyukur, itu antara yang boleh diungkapkan tatkala membaca kisah mereka.
Kisah saudara Reza Huzairi Zayn cukup menyentuh hati. Bahkan, dia merupakan bekas pesakit pertama yang menderma plasma darah. Jika Di China, doktor menggunakan kaedah plasma darah bekas pesakit dalam merawat pesakit yang dijangkiti agar pulih dengan cepat. Tetapi ini merupakan percubaan pertama yang digunakan oleh hospital kita dalam menangani wabak tersebut dan harap-harapnya berjaya.
Jom kita baca perkongsian saudara Reza ini.
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.
Untuk pengetahuan anda saya bekas pesakit COVID-19 kes 46. Saya dan beberapa orang rakan sekerja telah mendapat jangkitan virus COVID-19 ini dalam gelombang kedua and we have been Working From Hospital/Home since then. Rest assured saya sudah bebas dari COVID-19 sepenuhnya. Alhamdulillah. 💪🏼.
Selalu bersangka baik dengan Allah
Pengalaman di dalam wad isolasi akan saya kenang seumur hidup. Tidak pernah saya membayangkan yang saya akan berada di dalam situasi itu. Bila dikunci 24 jam selama 11 hari di dalam bilik, perasan depressed itu bukan main-main. Dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah. Juga kepada semua staff saya. Bimbang jika virus yang ada pada saya ini bakal menjangkiti mereka pula. I only rely on Allah SWT during that time.
Saya selalu bersangka baik kepada Allah dan yakin apa yang jadi ini, pasti ada hikmahnya. Selama 11 hari, saya meneruskan kerja pejabat seperti biasa walaupun di dalam ward. Saya tak mahu peduli sangat rasa depressed itu. Saya cuma fokus untuk kuatkan diri dan semangat untuk cepat-cepat pulih. Cuma sesekali, badan terasa letih. Mungkin antibodi sedang bekerja. Jika itu terjadi, saya perlu berehat. Alhamdulillah kesihatan saya okay dan tidak mempunyai simptom yang teruk.
After 11 days warded at Hospital Sungai Buloh (HSB), I’ve been discharged on 14th March 2020 since my test result shows -ve twice. Syukur kepada Allah.
Plasma serum rawat Covid-19
After two weeks discharge and follow up checkup di HSB, on the 31st March, Dr. dari HSB called me and informed that I had been chosen as Convalescent Plasma donor. Plasma yang didermakan ini akan diuji dan jika berjaya, ianya bakal digunakan sebagai serum untuk rawatan COVID-19.
According to Dr., I am the 1st Malaysian to donate my blood plasma for this research. Rasa proud and bersyukur, Allah gantikan kesedihan saya pada 2020 ini dengan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang membantu pesakit-pesakit COVID-19 dengan pendermaan plasma darah ini. If this success, the plasma or serum will be used to the selected COVID-19 patient to help them for faster recovery. But the amount extracted from me at one time only enough for a few patients. It is a bit sad, but In Sha Allah in two weeks, saya akan menderma lagi. And more ex-COVID-19 patients will be called soon to help.
Why have I been selected? According to Dr., my antibody works great in fighting the COVID-19 virus. Also I don’t have any chronic disease dan tidak mengambil sebarang ubat untuk jangka panjang. Sesuai untuk the 1st donor. So guys, stay healthy. It is really important to take care of our health, not only for us bahkan juga untuk keberuntungan orang lain di sekeliling kita.
Semoga wabak segera berlalu
Anyway, saya mengharapkan doa-doa anda agar kajian ini success dan kita dapat menolong lebih ramai pesakit COVID-19 yang masih berada di hospital terutama yang berada pada tahap kritikal. Last but not least, saya berdoa agar semua yang saya kenal di sini dan juga di luar sana agar sentiasa dilindungi daripada wabak ini. Semoga wabak ini juga segera berlalu pergi. In sha Allah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kepada para doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan yang terlibat di HSB sepanjang merawat saya dan pesakit-pesakit lain di sana.
Penghargaan buat doktor & jururawat
Juga penghargaan saya untuk para doktor dan jururawat di Pusat Darah Negara atas layanan baik mereka sepanjang process plasma donation tadi. Sesungguhnya mereka semua telah melakukan yang terbaik untuk merawat para pesakit COVID-19 dan dalam mengekang wabak ini. Paling utama sekali, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan rakan sekerja yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan saya. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa-jasa mereka.
And to everyone, please stay at home and practice social distancing cuz I know it works! Oh another thing, always wash your hand. Guna sabun jer. Sy guna hand sanitizer kalau keluar rumah saja. Terima Kasih kerana sudi membaca.
Some reading on Convalescent Plasma: https://transfusionnews.com/2020/03/30/convalescent-plasma-may-be-beneficial-to-treat-covid-19/ And https://m.malaysiakini.com/news/518410?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata nak tengok isteri itu bahagia, tengok wajahnya. Betul atau tidak, hanya empunya badan sahaja yang tahu jawapannya. Bak kata orang, pakai solek tebal mana pun jika tak bahagia, tak terpancar pun ‘glowing’ tu.
Sebenarnya erti bahagia seorang wanita itu bukan hanya wang ringgit semata tetapi setia seorang suami dan terima diri seorang isteri seadanya.
Buktinya sudah nyata. Bukan untuk menabik dada kebahagiaan yang dikecapinya kini, tapi kehidupan pasangan bahagia ini sering meraih perhatian. Biarpun mempunyai gelaran terhormat, pasangan ini tetap humble dan ‘simple’ dengan kehidupannya. Orang kata, bahagia cara kita!
Itulah pasangan bahagia, pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia. Baru-baru ini, Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah sekali lagi meraih perhatian ramai apabila tampil dengan wajah ‘glowing’ yang membuatkan ramai netizen kagum.
Menerusi hantaran di laman TikTok Bintang Kecil, kelihatan Almy menghadiri sebuah program anjuran Majalah Keluarga bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Almy menjadi salah seorang panel di majlis berkenaan tampil ceria sehingga membuatkan ramai terpesona melihat penampilan terkininya.
Wajah cantik Almy Nadia yang juga isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz menjadi tanda tanda buat peminatnya. Lebih teruja, pada usia 36 tahun ibu kepada empat orang anak ini ‘maintain’ cantik.
Rata-rata memuji penampilan terkini Datin Almy Nadia. Team majalah KELUARGA sempat menemubual Datin Almy rahsia kebahagiaan dirinya.
Menerusi perkongsian ringkas bersamanya, Almy memberitahu dirinya adalah seorang yang ‘simple’ . Bahkan pesanan suaminya, Fizz Fairuz sentiasa menjadi penguat dirinya.
“Saya kena berpijak di bumi yang nyata. Suami selalu berpesan, ‘kita ukir baju di badan sendiri. Jangan ukur baju di badan orang lain dan kita cuba pakai di badan kita sendiri. Jangan ye. Itu saya.”
Biarpun menyedari ada kata-kata yang kurang sedap mengenai bentuk badannya, ia tidak menjadi ‘gangguan’ dalam hidupnya.
Katanya tidak sikit pun sedih dengan cemuhan, namun Almy tidak menafikan pada awal kelahiran anak pertama perasaan begitu ada dalam diri , namun ia berlalu apabila kelahiran seterusnya. Dia meluahkan rasa syukur mempunyai suami yang menerima seada dirinya.
“Tahun seterusnya perasaan saya gembira. Sebab dikurniakan suami yang ‘happy’, suami yang membahagiakan isteri, keluarga.”
“Saya happy. Saya tak kisah, orang nak cakap apa pun.”
Nyata, terjawablah rahsia kecantikan Almy Nadia. Kasih sayang suami yang tulus ikhlas telah terpancar menerusi wajah Almy. Kecantikan sebenar akan terpancar daripada hati yang gembira dan fikiran tenang sekali gus rasa bahagia.’Glowing’ dari hati seorang isteri. Biarpun dengan solekan nipis, wajah bahagia Almy Nadia tetap terserlah!