
Keluarga yang telah mendirikan rumah tangga pasti berdepan dengan cabaran mengurus perbelanjaan barangan keperluan dapur yang kadangkala boleh mencecah hampir separuh daripada gaji. Itu belum termasuk keperluan lain seperti bil utiliti dan perbelanjaan isi rumah.
Sebenarnya, amalan menjadi pengguna yang bijak boleh bermula dari dapur. Setiap keluarga perlu merancang menu mingguan serta menyediakan senarai barangan yang benar-benar diperlukan sebelum membeli-belah.
Amalan ini bukan sahaja membantu kita berjimat, malah mendidik diri supaya menjadi pengguna yang lebih berhemah dalam mengurus kewangan keluarga.
Menurut Data Jabatan Perangkaan Malaysia turut menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin gemar makan di luar berbanding memasak sendiri di rumah.
Antara langkah berbelanja secara bijak yang boleh diamalkan ialah:
Senarai bahan yang diperlukan boleh disediakan terlebih dahulu sebelum pergi ke pasar raya atau kedai untuk membeli barangan dapur.
Amalan ini dapat membantu kita berbelanja dengan lebih berhemah dan mengelakkan pembelian barangan yang tidak diperlukan.
2. Pilih Bahan Yang Serba Boleh
Bahan masakan merupakan asas penting dalam penyediaan makanan di rumah.
Sebaiknya, pilih bahan yang serba boleh dan boleh digunakan untuk menyediakan beberapa jenis masakan. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan pembaziran serta menjimatkan perbelanjaan.
3. Utamakan Bahan Tempatan
Ketika berada di pasar raya untuk membeli barangan basah atau keperluan dapur, pemilihan jenama juga memainkan peranan penting dalam mengawal perbelanjaan.
Produk dan jenama tempatan boleh menjadi pilihan yang baik kerana biasanya ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan. Tidak semestinya kita perlu memilih jenama mahal semata-mata untuk menyediakan hidangan yang enak untuk keluarga.
4. Kurangkan Makanan Bergoreng Dengan Banyak Minyak
Selain berhemah dalam berbelanja, aspek kesihatan juga perlu diberi perhatian, terutama dalam pengambilan makanan yang menggunakan banyak minyak.
Walaupun makanan bergoreng mudah disediakan dan digemari seisi keluarga, kekerapan menyediakan hidangan sebegini sebaiknya dikurangkan. Secara tidak langsung, penggunaan minyak masak juga dapat dikawal.
5. Cari Menu Yang Mudah Dimasak
Salah satu cara untuk berjimat dalam penyediaan makanan adalah dengan memilih menu yang ringkas dan mudah dimasak.
Menu yang mudah biasanya tidak memerlukan terlalu banyak bahan atau proses penyediaan yang rumit. Ini membantu menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan dapur.
6. Pelbagaikan Sumber Protein
Perbelanjaan dapur yang berhemah juga boleh dilakukan dengan mempelbagaikan sumber protein dalam menu harian.
Tidak semestinya setiap hidangan perlu menggunakan sumber protein yang mahal. Telur, ikan, ayam, tauhu, tempe dan kekacang boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian bajet keluarga.
Dalam masa yang sama, aspek kesihatan perlu sentiasa diberi keutamaan supaya makanan yang disediakan bukan sahaja menjimatkan, malah berkhasiat untuk seisi keluarga.
Pengurusan perbelanjaan barangan dapur yang baik mampu membantu keluarga mengawal kewangan dengan lebih teratur. Sikap bersedia dan merancang lebih awal juga merupakan amalan yang wajar diterapkan dalam kehidupan seharian.
Bagi pasangan yang baru membina keluarga, langkah-langkah ini sangat baik untuk diamalkan demi memastikan perbelanjaan lebih terkawal serta membantu mewujudkan kehidupan keluarga yang selesa dan sejahtera.
BACA LAGI: “Tak Perlu Semua Baharu” Juliana Evans Kongsi Tip Jimat Sambut Anak Ketiga
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)