Bercerai Setelah 8 Hari Bernikah? Perkahwinan Kedua Instafamous Tidak Bertahan Lama, Doakan Bekas Suami Hidup Bahagia

Share

Dalam pada kita menyambut kemeriahan hari raya, disebaliknya ada yang sedang berduka. Baru-baru ini seorang instafamous yang dikenali sebagai Elcah mendedahkan dia sudah bercerai dengan lelaki yang baru dikahwini pada 3 Mac lalu.

Apa yang menyedihkan adalah usia pernikahan mereka baru mencecah 8 hari. Kata orang, masih belum matang dah terlalu awal untuk mengenal dan menyelami hati budi masing-masing.

Menerusi hantaran di TikTok, Elcah menjawab pertanyaan yang timbul dalam kalangan pengikut media sosial.

Elcah turut berkongsi ‘voice note’ yang dihantar bekas suami ketika melafazkan cerai dengan talak satu.

Dalam masa sama, Elcah menyatakan dia sudah tidak mampu bertahan selain mendoakan agar bekas suami hidup bahagia dengan kehidupan baru.

Sebelum ini, kisah Elcah pernah viral apabila dia dan bekas suami pertama membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Sumber: TikTok

@elcah.hashaBagi menjawap pertanyaan yang terbuku dihati semua, ini adalah jawapan…

♬ original sound – mariasubir – Miamiaaw

IKLAN