Umum mengetahui bahawa Kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) diberikan adalah atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan COVID-19.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mohon kerjasama bakal pelancong ke Langkawi patuh SOP untuk elak peningkatan kes COVID-19.

Ia adalah susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti untuk respon Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 yang memerlukan kemasukan ke hospital dan ICU.

Bacaan lanjut: Dapat Petua Glowing Secara Semulajadi Daripada Aunty India, Wanita Ini Ditegur Wajah Makin Cantik Dan Flawless, Rupanya Guna Bahan Ni Saja.

Dr Noor Hisham bimbang kes meningkat

Bercuti Ke Langkawi, Pesanan Dr Noor Hisham Kekal Jaga SOP, Bimbang Kes Meningkat Frontliner Siap Sedia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata HSM merupakan hospital “hybrid” yang merawat pesakit COVID-19 (79 katil) dan bukan COVID-19 (142 katil).
Melalui penubuhan i-PKRC LISRAM pada 4 Ogos 2021 yang lalu, sebanyak 60 katil tambahan telah berjaya diwujudkan bagi merawat pesakit COVID-19 kategori 1,2 dan 3 (berisiko rendah).

Manakala bagi ICU, sebanyak 8 buah katil tambahan telah diwujudkan sebelum ini (repurposed) menjadikan kapasiti katil meningkat kepada 13 buah. Daripada jumlah ini, 9 buah katil adalah dikhususkan bagi merawat kes COVID-19, katanya.

IKLAN

Dr Noor Hisham berkata, jabatan-jabatan lain HSM di antaranya Jabatan Kecemasan & Trauma, Jabatan Patologi & Transfusi Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Forensik serta Unit Hemodialisis turut merancang pelan kesiapsagaan masing-masing bagi merawat kes COVID-19 yang mungkin akan bertambah.

“Melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak HSM dan JKN Kedah, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan termasuk penetapan nilai ambang kadar kemasukan pesakit harian sebagai petanda amaran agar tindakan-tindakan proaktif tertentu diambil.

“Ini termasuk keperluan menambah bilangan katil bukan ICU dan ICU untuk kes COVID-19, mobilisasi petugas kesihatan dan aset dari daerah atau negeri lain, evakuasi pesakit melalui pengangkutan udara ke hospital rujukan lain serta penubuhan PKRC yang dikendalikan oleh pihak swasta,” katanya.

Kekal patuh SOP

Bercuti Ke Langkawi, Pesanan Dr Noor Hisham Kekal Jaga SOP, Bimbang Kes Meningkat Frontliner Siap Sedia. Bercuti Ke Langkawi, Pesanan Dr Noor Hisham Kekal Jaga SOP, Bimbang Kes Meningkat Frontliner Siap Sedia.

IKLAN

Dr Noor Hisham mengingatkan kepada semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi SOP.

“Tatkala kita cuba mengimbangi di antara nyawa dengan kelangsungan hidup dan ekonomi, marilah kita bersama-sama memastikan tiada peningkatan jangkitan virus COVID-19 di pulau percutian ini. Kerjasama anda semua adalah sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

IKLAN

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Bercuti Ke Langkawi, Pesanan Dr Noor Hisham Kekal Jaga SOP, Bimbang Kes Meningkat Frontliner Siap Sedia.

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bercuti Ke Langkawi, Pesanan Dr Noor Hisham Kekal Jaga SOP, Bimbang Kes Meningkat Frontliner Siap Sedia.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI