Ads

‘Berehat Puas-puas Dekat Sana Ya Mak’. Dijemput Ilahi Di Hari Jumaat Penuh Berakah!

Kisah penderitaan seorang ibu yang yang menghidap kanser lidah pernah tular di media sosial apabila anaknya berkongsi kesedihan memohon doa untuk ibu tercinta. Dan semalam baru sahaja warganet membaca beberapa helaian kertas yang ditulis khusus olehnya untuk menyampaikan pesanan buat lima orang anak-anaknya.

Membaca setiap baris perkataan daripada isi hati daripada seorang ibu, nyata cukup menyentuh hati setiap yang membacanya.  Apatah lagi bila melihat keadaan kesihatan dirinya yang semakin serius, mata bengkak hampir tertutup dan lidah pula mengeras tidak boleh berkata-kata.

Namun hari ini, satu perkhabaran sedih diterima apabila dimaklumkan ibu berkenaan dikenali sebagai, Rosimah Ismail, berusia 49 tahun, telah disahkan meninggal dunia.

Al fatihah dan salam takziah diucapkan buat seisi keluarga.


JUMAAT (6 MAC 2020)

Ads

Al Fatihah.

Mak dah kembali ke Rahmatullah pagi tadi . Mak berehat la disana. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.

‘Berehat Puas-puas Dekat Sana Ya Mak’. Dijemput Ilahi Di Hari Jumaat Penuh Berakah!

Ads

Allah sayang mak. Kami semua sayang mak.Mak insan terpilih. Mak dijemput Ilahi dihari yang penuh barakah hari yang mulia. Terlerai sudah penderitaan mak selama ni. Semoga Allah kuatkan hati piena, abah , kakak dan adik-adik untuk terima semua ni.

Semoga mak tenang di sana.

Ads

Mak, mungkin kita terpisah antara dua dunia yang berbeza. Tapi mak tetap dihati kami selamanya hingga ke syurga nanti. InshaaAllah. Ameen.

Mak tunggu piena tau .

Assalamualaikum . Berehat puas-puas dekat sana ya mak

sumber : Nurul Shafina

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Zara Qairina: Ucapan ‘Sanah Helwah Raa’ Ibu Undang Sebak, Rindu Tak...

Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.