“Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu ego.”
Ikuti perkongsian saudara, Saudara Firdaus Syakirin mengenai hubungan suami isteri yang harus diambil tahu agar jalinan kasih sayang kekal bahagia.
Bergaduh pagi, petang baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..
Lelaki ada ego, perempuan ada ego.
Ads
Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Ads
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat.
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.
Tidak ramai yang akan menyangka bahawa kostum yang diperagakan oleh adik ini adalah pakaian seragam “sniper”. Betapa semangatnya adik ini sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan!
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video yang memaparkan pakaian anaknya sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.
Terang lagi bersuluh keunikan adik ini apabila dibandingkan dengan pakaian murid lain yang lazimnya menggayakan pakaian dengan bertemakan bendera Malaysia sebagai kostum mereka.
Rupa-rupanya, bapa kepada pelajar ini juga merupakan seorang anggota polis dari Platun Harimau atau “Tiger Platoon”. Dikatakan idea pakaian ini datang dari si bapa dan anaknya rela memakai seragam ‘sniper’ tersebut.
Disebabkan semangat yang ditunjukkan anak lelakinya itu luar biasa, ditambah pula gaya yang bersemangat telah berjaya mencuri perhatian warganet. Pihak warganet juga memberikan reaksi dan maklum balas yang sangat positif.
Meninjau di ruangan komen, ini antara komen yang diberikan setelah viral video tersebut.
“Tahniah buat parents anak ni…bukan semua parents berkemampuan melayan permintaan anak2 utk tampil berbeza dari rakan sebaya mereka”
“Habis la, lepas ni mak bapa duk pakaikan anak² uniform² keselamatan negara. Terbaik. Tanamkan semangat juang dalam diri anak²”
“Teruskan niat pertahankan agama bangsa dan negara dik..moga kau berjaya jd sniper yg sebenar nanti”
“Uish…tak terfikir saya nak pakaikan anak mcm nie bang, terbaik bang”
Semoga artikel ini berjaya memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk memupuk semangat patriotik dalam anak-anak anda agar cinta mereka terhadap negara tidak akan pudar.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Sebut sahaja bab poligami, ada yang beranggapan kaum wanita tidak boleh menerima hal yang satu ini. Manakan tidaknya, siapa yang sanggup berkongsi kasih sayang seorang lelaki dengan wanita lain.
Biarpun di dalam Islam, hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3).
Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.
Dalam menyusun kehidupan berumah tangga kena ‘give and take’, tidak boleh mementingkan diri dan nafsu semata-mata. Sebelum menambah ‘cawangan’ baru, apa kata selak dahulu kemampuan diri sama ada mampu melaksanakannya. Mampu bukan hanya dari segi seks semata-mata, tetapi menyeluruh termasuk masa, wang ringgit dan sebagainya.
Isu ini dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin menerusi laman facebooknya.
“Orang lain cuma melihat pakaiannya yg cantik di luar, tetapi hanya isterinya saja yg tahu kurap kayap di kulit badannya…”
Berpisah atau bermadu…
Rata-rata wanita jika diberikan pilihan ini didalam rumahtangganya, maka dia akan memilih utk berpisah. Bukan kerana tidak boleh berkongsi, tidak boleh bermadu atau ingin mengharamkan poligami, tapi baginya lebih banyak dosa jika berkongsi…
Jangan tanya kenapa isteri tak rela bermadu, tengok dulu kemampuan diri suami…
Lagi banyak pendapatannya lebih banyak dia berhutang. Ada yg menggunakan duit isteri, ada yg ditanggung isteri bahkan ada juga yg tidak menafkahi isteri sebab isteri bekerja, isteri ada duitnya sendiri. Tapi masih berhasrat utk berpoligami? Perangai dan siapa suami itu hanya isteri yang tahu…
Sejauh mana kemampuannya…
Kerana itulah ramai wanita takut bermadu, bukan kerana tamak atau kedekut, tetapi kerana dia tahu perangai suaminya sebenar. Suami boleh buat muka 10 sen tunjuk baik dan minta simpati kekasihnya (org ketiga) tetapi dengan isteri dia jadi harimau ganas dan lapar menunggu masa untuk menerkam mangsanya…
Banyak suami nk berpoligami tapi permulaan pun dah silap…
Bernikah diseberang, bukan di Malaysia kerana dia tahu jika dia membuat permohonan di mahkamah syariah, pasti sukar utk lulus permohonannya disebabkan kemampuannya… Kemudian bila berkahwin, dia culas dan lepas daripada tanggungjawab dan sebagainya, menyebabkan pelbagai masalah dihadapi oleh isteri pertama lalu isteri pertama rasa di aniaya…
Mereka yg berpoligami tapi tidak mampu ini sebenarnya mereka tidak takutkan balasan Allah…
Mereka telah melakukan sesuatu yang diharuskan, sunnah, tetapi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan terhadap keharusan tersebut…
Keharusan ini adalah keharusan bersyarat…
Kerana itu apabila syarat tersebut tidak dipenuhi, maka keharusan tersebut tidak ada padanya. Kerana itu, lelaki atau suami yang bertindak sedemikian, telah melakukan dosa. Atas pengalaman yang banyak berlaku dalam masyarakat seperti inilah maka kaum wanita terlalu takut untuk dimadukan.
Poligami adalah keharusan yang ditetapkan oleh Allah kerana tidak adanya jalan keluar, selain daripada berpoligami atau berkahwin lagi. Seorang isteri contohnya, yang tua, uzur atau sakit yang tidak berupaya melayani kehendak batin suaminya, adalah wajar baginya merelakan suaminya yang masih mempunyai nafsu dan mempunyai sifat adil untuk berkahwin lagi…
Jika semua sudah dipenuhi, nak anak pun isteri dah bagi, layanan semuanya baik, jadi apakah syarat lagi yg akan digunakan utk berpoligami melainkan utk kepuasan dan kepentingan diri?
Nafsu semata-mata…
Jangan paksa isteri utk berkongsi…tengok balik kelemahan dan kekurangan diri sebelum ada “rasa” nak berpoligami…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Andai kita rasa kehidupan pada masa ini terlalu susah untuk dilalui dan selalu mengeluh terutama yang melibatkan duit. Namun sedarkah kita disaat kita berasa tidak selesa tentang kehidupan kita sekarang ini, lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebuh berat daripada apa yang kita hadapi.
Di saat kita merungut untuk menyekat perbelanjaan, ramai lagi di luar sana yang kini berjuang mencari tempat tinggal untuk berteduh dan makanan untuk keluarga mengisi perut yang lapar.
Ini seperti mana kisahnya yang dilaporkan di dalam Harian Metro yang berlaku ke atas sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Babong, terpaksa berteduh di kandang kambing untuk membesarkan dua orang anak mereka.
Mohd Azlam Yusof, 26, dan isterinya, Raja Sazila Raja Hanuzi, 24, serta dua anak mereka, Nur Aidyah Syafiqah, 6, serta Amsyar Syazuran, 1, hidup dalam serba kedaifan terutama sejak pandemik Covid-19 yang menyebabkan pendapatan keluarga mereka tidak menentu.
Ketika Hujan Empat Beranak Kebasahan
Bangsal yang mereka berteduh pada asalnya adalah kandang kambing, namun disebabkan tidak mampu menyewa kediaman lain menyebabkan empat beranak itu tinggal di bangsal serba usang dengan memindahkan kambing ke kawasan lain.
Raja Sazila berkata, sebelum ini, dia dan suami menumpang rumah ibu mentua sebelum mengambil keputusan berpindah di kandang kambing berkenaan.
“Pada asalnya kandang tu kecil saja namun suami terpaksa mengubah suai dengan membesarkannya sedikit memandangkan kami mempunyai dua anak.
“Sepanjang tinggal di bangsal berkenaan, paling menyedihkan ialah ketika hujan yang mana keseluruhan rumah akan basah menyebabkan kami empat beranak sukar tidur selain keadaan lantai kayu juga hampir reput,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Dia berkata, suami bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari, namun sejak pandemik Covid-19 tahun lalu, pendapatan yang diterima tidak menentu menyebabkan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut untuk makan.
“Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, suami sudah tidak bekerja sejak beberapa bulan menyebabkan keadaan kami semakin sukar. Jika ada telur sebagai hidangan itu sudah memadai selain kulit ayam juga turut dijadikan lauk bagi mengalas perut.
“Suami tidak mampu untuk menyewa di tempat lain. Maka di sini saja kami terpaksa bertahan, bangsal kami tiada tandas dan setiap kali mandi, kami akan pergi ke rumah ibu mentua selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mentua.
“Tiada apa yang diharapkan melainkan dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sedia ada,” katanya.
Raja Sazila berkata, minggu lalu ada pihak yang hadir dan katanya bersetuju untuk membina rumah buat mereka sekeluarga.
Namun katanya, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran itu dan berharap ianya menjadi kenyataan buat mereka sekeluarga.
Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Belanga, Wan Zaidi Wan Jusoh berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga berkenaan meminta kepingan zink memandangkan keadaan atap yang bocor setiap kali hujan.
Katanya, barangan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat kepada keluarga berkenaan.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Hazmi Hassan yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka.
Hazmi berkata, pihaknya melalui badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amal Harapan Kelantan menyumbang sebuah motosikal kepada Mohd Azlam memandangkan keluarga berkenaan tidak mempunyai kenderaan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.