Perkongsian daripada suami ini ada bagusnya dijadikan panduan dan pengajaran buat lelaki bergelar suami agar lebih terbuka untuk turut sama melakukan kerja bersama-sama isteri.
Jangan hanya tahu mengharap semua tersedia dan dilakukan dari isteri semata-mata, bimbang akhirnya diri sendiri yang kecewa.
Sebaiknya, ikhlaskan hati untuk setiap apa yang dilakukan adalah tujuannya untuk mendapatkan reda Allah, pasti terbit rasa sayang-menyayangi, hormat-menghormati dan ingin selalu berbakti pada pasangan untuk merebut ganjaran dariNya.
Ini perkongsiannya.
Saya berkahwin kerana saya nak jadi suami. Bukan mahu apa dari isteri. Kalau saya kahwin sebab nak semua dari isteri, saya akan jadi suami yang paling kecewa sekali.
Gambar hiasan
Baju tak basuh bising.
Makanan takde marah.
Ads
Rumah bersepah resah gelisah.
Maka, saya masuk ke dalam rumahtangga bukan nak semua, tapi usahakan bagi semua.
Itulah tugas saya.
Apa yang saya terima dari isteri, saya anggap itu bonus.
Ads
Saya juga melalui sakit yang orang lain rasa. Penatnya menjadi suami, sakitnya menjadi suami, letihnya menjadi suami.
Allahuakbar. Semuanya memeritkan.
Namun, cuma bezanya saya belajar dan berusaha.
Bukan melihat buta segala sikap dan perangai isteri, menyalahkannya setiap hari, dan bersangka buruk malam dan pagi.
Ads
Kalau kita tak dapat pasangan yang baik, jangan itu menjadi alasan untuk kita tak menjadi yang terbaik.
Siapa pun kalian.
Kalian yang suami. Kalian yang isteri.
Andai benar kahwin kerana Tuhan, ujian di lalui dengan penuh percaya pada kebaikan Tuhan.
Sumber : Abu Hurairah Asifa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang ragam anak-anak kita ke sekolah, ada satu perkara ini memang sering terjadi dan boleh mendatangkan rasa geram di hati ibu-ibu.
Apa tidaknya, baru sahaja kita belikan botol air alih-alih bila bawa ke sekolah hilang sebab ada yang cuailah, tertinggallah, kawan terambillah dan macam-macam sebab.
Akhirnya, kita terpaksa beli lagi dan masalah ni tidak selesai-selesai.
Jadi apa kata, sebelum masuk sesi persekolahan ini, kita buat cara labelkan nama anak pada botol air tersebut.
Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini.
DIY Sticker
“Petang ni ticer nak share dengan chuolls acaner nak buat sticker nama okaay.
Sticker ni ticer buat lekat kat botol air. Lagi-lagi untuk anak sekolah kanss. Selalu panas telinga sajur dengar botol air tertinggal lah, dah carik tak jumpe pulak. Tak pasal-pasal beli baru lagi.
So check it outtt.
CARA BUAT :
1. Kat opis tu sesambil buat keje bukak ler powerpoint jap. Taip nama, then pilih font yang fancy sket.
2. Pastu print n gunting.
Hah, next step follow video ni yoo. Nak guna kad tesco pon boleh, goreskan kasik rata sampai yakin nama tu dah melekat kat selotep tu hah.Pastu rendam n bersihkan dalam air.
6. Tampal ler kat memane surface botol air chuolss yang rata. Gosok-gosok sket biar dia melekat semua.
Ok ke idok? Ni sebab tadi sendiri buat, sendiri amek gambar, sendiri amek video. Jadi finishing nye tak bape nak molek sangat yoo. Selamat mencuba chuolss!
sumber : Nur Hanani Johari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Orang akan mengumpat sampai mati dengan status ibu tunggal ini. Sesiapa bergelar J’ akan sentiasa orang bercakap”
Itulah kata-kata yang terungkap dari bibir penyanyi tersohor negara, Ziana Zain apabila mengulas mengenai kehidupan sebagai ibu tunggal sering menjadi buah mulut ramai, sejak empat tahun lalu.
Pernah berdepan detik hitam dalam rumah tangga, anak seni berusia 55 tahun ini akui ibu bapa dan keluarga adalah penguat semangatnya dalam terus mengharungi cabaran hidup.
“Selama empat tahun ini, saya sering fikir macam mana kalau ibu bapa saya dah tiada nanti, anak saya macam mana. Adik beradik lain semua ada suami, saya tiada suami. Anak empat orang.
“Tapi mereka selalu ingatkan saya untuk terus kuat kerana Allah itu ada. Mereka pesan setiap ujian yang diberi, Allah nak naikkan darjat dan ampun dosa kita. Itu yang buatkan saya kuat semangat.
“Bukan senang tiada suami, hidup dengan anak sahaja, kena tempuh banyak cabaran seperti mulut orang, tanggapan orang, kerja kita sampai larut malam, penampilan kita, macam-macam orang cakap.
“Saya cuma minta kepada Allah untuk jaga saya dan maruah saya demi anak-anak. Ngeri kalau fikirkan,” katanya memetik laporan Xtra.
Tidak mahu lagi dibelenggu episod pahit, pelantun lagu Putus Terpaksa ini terus bangkit dengan semangat yang dibawanya demi anak-anak.
“Tipulah ibu tunggal tak menangis, saya selalu ingatkan diri saya agar terus kuat tapi kadang-kadang kita akan menangis. Itu lumrah.
“Kalau fikir balik, saya akan tertekan tak mahu lagi fikir. Cukup saya alaminya sebelum ini selama empat tahun. Saya perlu bangkit.
“Saya selalu lihat anak-anak saya, keperluan hidup mereka, itu penguat semangat saya, saya kena bangun. Sentiasa bersemangat. Kita kena tunjuk pada anak-anak yang diri kita bersemangat.
“Berkat semangat, Alhamdulillah sebab kita selalu berpesan pada mereka, Allah sentiasa dorongkan anak-anak saya dipermudahkan dalam pembelajaran. Dapat lanjutkan pelajaran.
“Tiada siapa yang beri kita semangat kecuali Allah S.W.T” ujarnya dalam keadaan sebak.
Terdahulu, Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelak 77 dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20tahun.
Namun pasangan ini bercerai pada 12 Julai 2018 selepas Ziana membuat tuntutan cerai atas dakwaan penderaan mental yang dialaminya serta fizikal terhadap anak mereka.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Coretan duka yang bertarikhb 18 Okt yang lalu dari seorang anak ini cukup menyentuh hati.
Mendapat perkhabaran kesihatan ibunya yang disahkan mengidap kanser payu dara bukanlah mudah untuk diterima.
Semoga, segala usaha yang dilakukan untuk merawat ibu tercinta berjaya dan diharapkan juga bonda tercinta terus tabah dan sabar menjalani rawatan.
Jom baca perkongsian ini semoga mampu menjentik hati setiap antara kita untuk memberikan yang terbaik untuk ibu bapa Yang semakin uzur.
Nilah ujian yg terbesar yg pernah aku rasa.. diwaktu aku menulis ini, jam sudah pukul 3 pagi, mata aku masih mengalir air mata, entah keberapa puluh kalinya sejak 3 hari lepas…
Aku pernah lalui latihan silat yg keras, aku juga dah lalui latihan tentera yg amat menekan hati, fikiran dan badan.., aku sudah lalui banyak kursus-kursus yg gila dan lasak, sudah lalui beratus jenis latihan eksesais tentera dalam bermacam jenis keadaan.. aku sudah lalui berpuluh operasi seluruh malaysia, semuanya aku boleh hadapi!!… aku sudah diuji naik menjulang dipuja, aku sudah diuji jatuh tersungkur dihina.. tetapi kali ini, ya inilah.. yg paling kuat menguji dan telah mengalahkan aku.
3 hari lepas, aku dapat laporan penuh tentang kesihatan emak aku.. tersentap hati aku, terduduk terus aku… sah bahawa emak aku kena kanser payudara, tahap yg sudah bahaya. Jangka masanya pun sudah tidak lama… inilah kanser pembunuh nombor 1 pada wanita.. Ya Allah.. Dalam dua tiga hari ini juga, aku macam nak gila mencari dan berjumpa doktor2 pakar, tanya pendapat. Aku tanya juga di sifu sensei cina, aku tanya merata-rata. Baik dari anak raja sampai ke kawan biasa, semua aku tanya. Aku usaha mencari jalannya. Walau di depan sesiapapun aku jumpa, air mata aku mengalir dengan sendiri tak tahu dah berapa puluh kali..
Aku cuba buat-buat ceria, sudah beberapa hari aku cuba tulis dalam Fb ini dengan lawak jenaka, aku tulis dan padam semula, tulis lagi dan padam lagi.. semata-mata aku nak bertahan dan nak dapatkan sedikit semangat dan senyuman. Aku cuba sembunyikan dari semua. Tapi saat ini, di waktu ini… aku mengaku, itu semua tidak lagi boleh ubati kesedihan hati aku. Pasrah, aku menyerah.. aku betul-betul sudah kalah. .
Pada aku sekarang, seluruh isi dunia sudah tidak penting. Apapun dan siapapun tak penting dah dalam hidup aku. Kerja pun aku tinggalkan, urusan niaga pun aku tak pedulikan, sesiapapun lagi, aku sudah tidak pedulikan. Kerana pada aku, emak aku itulah kunci untuk aku masuk syurga, bukan apapun atau siapapun lagi dalam didunia ini. Semuanya sudah tidak bernilai di mata aku kecuali emak aku..
Buah dada emak aku itulah tempat aku menyusu dulu, dari situlah mengalir menjadi darah dan daging dalam badan aku. Semua yg hebat yg aku ada sekarang, segala yg aku sedang berdiri sekarang, datang dari kasih syg dan dari buah dada emak aku.. tapi sekarang tuhan nak ambil emak dengan kanser di darah dan buah dada yg sama..
Ambillah nyawaku wahai tuhan, gantikanlah dengan aku. Pindahkanlah sakit itu kepada aku, aku merayu dan aku benar-benar mahu. Ambillah seluruh pahalaku, pindahkan segala pahala yg aku ada kepada emak aku. Tariklah segala dosa yg emak aku ada, tolonglah letakkan pada kepala aku. Biar aku saja yg tanggung didunia dan akhirat. Akulah satu-satunya anak lelaki yg emak aku ada… Aku sudah tak tahu nak buat apa…….
Kasihnya ibu membawa ke syurga… kasihnya ayah berkorban nyawa. Jika mereka sakit menderita, sudah tidak berguna segala isi dunia..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.