Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.

Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.

Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya,  seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap  cukup luar biasa.

Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.

Berkat Baca Satu Hari Satu Juzuk Al Quran, Pelajar Cemerlang Ni Raih Pelbagai Anugerah Kecemerlangan!

Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).

Amal Baca Al Quran 

Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.

Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.

Berkat Baca Satu Hari Satu Juzuk Al Quran, Pelajar Cemerlang Ni Raih Pelbagai Anugerah Kecemerlangan!

“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.

“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.

IKLAN

Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.

Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.

Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.

Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.

“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.

“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.

Minat Haiwan 

Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.

IKLAN

“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.

“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

 

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Berkat Baca Satu Hari Satu Juzuk Al Quran, Pelajar Cemerlang Ni Raih Pelbagai Anugerah Kecemerlangan!

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI