“Berkat Usaha Dapat Nikmatnya. Rezeki, Tahniah.” Siap Ada Bilik Yoe & Asif, Warganet Puji Dekorasi Rumah Syahmi Cantik!

Share

Syahmi  merupakan antara YouTuber paling berpengaruh di Malaysia dan sememangnya telah berjaya memperolehi hasil kerja kerasnya selama ini. Dia juga sangat bersyukur dengan rezeki yang diraih menerusi platform sosial media.

Syahmi Syazli yang menetap di Kelantan telah pun berhasil membina sebuah rumah untuk ahli keluarganya. Jadi, menerusi Instagram selebriti tersebut, dia telah membuat ‘house tour’ sekitar rumah buat tatapan para peminat.

Apa yang paling mencuri tumpuan ramai adalah bilik dua orang pelakon dalam drama spontan di saluran Syahmi Sazli iaitu Yoe dan Asif Suhaimi.

Dapat dilihat bilik tersebut lengkap dengan katil dan kemudahan-kemudahan lain untuk keselesaan mereka.

Ramai memuji tindakan Syahmi yang menyediakan bilik khas buat Yoe Parey dan Asif Suhaimi. Syahmi yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi memberitahu dua pelakon itu sering menginap di rumahnya.

Dalam pada itu, ramai yang turut kagum dengan dekorasi rumah yang sangat tersusun dan cantik. Tak hanya itu, ucapan tahniah juga diterima YouTuber berkenaan kerana berjaya membina sebuah rumah hasil titik peluhnya.

widuri46aw ❤️semoga dilimpahi rezeki Bantu insan lain..aamiin👍
mimiryan23 suka tgk Mi , wife dan semua yg bkerjasama.. sukses selalu ya..
eyll4_ Cantik rumah, humble orgnya 👏
eikasuraya Bagus mi.. bila masuk bilik dia xtunjuk penuh sebab bilik tidur kan aurat suami isteri juga…
amizashazwani
Murah rezeki mi. Jaga yoe & asif mcm darah daging. Ada bilik siap. Semoga dipermudahkan segala urusan mi & nisa.

Sumber: syahmisazli


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

 

 

 

 

IKLAN