Walaupun menyewa rumah tanpa laman, itu bukan penghalang kepada wanita berusia 22 tahun ini melakukan hobi bercucuk tanam.
Bahkan setiap sayur yang ditanam hidup subur, walaupun berdepan dengan ruang tanaman yang terhad. Dan di sini turut dikongsikan tip dan cara yang dipraktikan olehnya.
Ini perkongsiannya.
Tiada tips sangat , saya pun baru saja belajar menanam sayur , umur pun baru 22 tahun , masih kekurangan ilmu.
Tetapi minat yang mendalam dalam pertanian , saya turutkan minat. Mungkin juga mewarisi jejak mak dan bapa yang merupakan petani dan pekebun idola saya.
Jadi , benih ini saya beli di kedai RM2.60 , itu namanya kalau di Sarawak. Disebabkan semua barang – barang yang dijual berharga RM2.60 , terus melekat nama panggilan nya begitu.
Ads
Disebabkan tinggal berseorangam di bandar , namun sifat budak kampung tu kuat tertanam dalam diri , saya tunaikan juga minat tu di bandar , saya kumpul semua botol mineral , bekas – bekas makanan , ada juga pasu – pasu kecil berharga RM2.60 .
Kalau bertanya tentang tanah yang saya gunakan , saya korek di belakang bilik sewa saya , kemudian angkut naik tingkat 3 tempat saya menyewa sihat juga turun naik tangga. Tanah tu tanah semulajadi , bukan yang dibeli.
Hari pertama memang digunakan untuk memotong dan melubangkan bekas botol dan container. Tak cukup masa sebab saya bekerja. Lepas tu ambil setengah hari untuk pindahkan anak semaian. Yang ini memang pekerjaan yang berhati – hati , takut akarnya terputus memang tidak akan menjadi.
Ads
Selesai memindahkan anak semaian ke bekas baru , terus saya siram. Begitu mudahnya.
Tentang penjagaannya : siram awal pagi dan sebelah petang sewaktu mentari senja masih tersisa. Pencahayaan yang baik memang menggalakkan pertumbuhan daun sayur.
Ads
Penggunaan baja , saya baru sahaja tabur semalam untuk yang pertama kalinya. Guna baja organik humus dibeli di kedar MR. DIY je .
Apa yang penting , niat tu mesti ada , kena bagi kasih sayang juga dekat sayuran tu semoga bermanfaat ye..
Pada bulan Ramadan ini, seperti sudah menjadi kebiasaan apabila pelayar sosial media suka berkongsi gambar makanan di laman sosial milik mereka.
Ada yang berkongsi gambar resipi, makanan yang dibeli dan juga hidangan yang akan dinikmati sewaktu berbuka nanti.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai perkongsian sahaja, namun harus kita ketahui hukumnya dari sudut syarak.
Menjawab persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Halim Wan Mohd Noor telah menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka puasa.
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu akan hukumnya, namun diharapkan dengan penjelasan dari Mufti ini, kita semua jelas mengenai larangan ini.
Semoga Ramadan kali ini, setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.
Jika anda imbau kembali zaman beraya sekitar tahun 80an dan 90an, ada satu menu biskut ini boleh dikatakan ditunggu-tunggu untuk dijamah setiap kali bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Lain tidak bukan adalah biskut sampan. Kiranya biskut ini sangat istimewa dan digemari ramai, jika dihidang sebalang sekejap sahaja licin dimakan!
Bentuknya yang seakan sampan, rangup digigit dengan rasa kelapa kering dan kemanisan ceri memberi kesempurnaan rasa biskut. Dan buat anda yang teringin atau rindu untuk menikmati biskut sampan ini, apa kata anda sediakan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh YangAtie Ramli ini. Selamat mencuba.
Cara
-Satukan butter dan gula.Pukul sebati.sis guna senduk jer.ada yang pakai mixer.
-Masukkan kuning telur,putih telur dan esen vanila. Gaul sebati.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
Bahan Inti
-100gm butter@1/4 cwn butter
-130 gm kelapa kering@1 cwn kelapa kering
-6sb gula aising
-50gm badam cincang@1/4 cwn (sangai dulu)
-50 gm ceri cincang (merah dan hijau)
Cara (Inti)
-pukul butter dan gula hingga sebati.
-masukkan kelapa kering, badam. Gaul rata.
-ambik sedikit doh. Tekap dalam acuan. Jangan nipis dan jangan tebal. Masukkan inti dan hias dengan ceri.
Bakar 160° selama 20 minit
Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan suami isteri bila mana mengetahui bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Demikian juga dengan pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan isterinya Nurida Suraya.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Rizman memuat naik gambar dan dua keping video yang menunjukkan si comel yang kini sedang membesar di dalam rahim isterinya.
Menurut Rizman, isterinya kini hamil empat bulan dan mengharapkan semoga anak yang bakal lahir kelak sempurna sifatnya.
Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. ❤️ . Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. . . Amin amin ya rabbalalamin..!
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 September 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing. masing.
Rata-rata yang mengikuti perkembangan pereka fesyen ini menitipkan ucapan tahniah. tidak ketinggalan rakan kongsi Rizman turut meninggalkan komen tahniah di ruangan berkenaan.
jamil.ruzainiAlhamdulillah, congratulation my brother and sister 😘.
Selain itu, pengikut Rizman juga turut berbuat demikian dan mendoakan semuanya dipermudahkan.