Sejak pandemik, sekolah melakukan pembelajaran secara tidak bersemuka. Walaupun agak kekok pada mulanya sesi pembelajaran ini, namun sejak setahun lebih mengunakan pendekatan ini, ramai yang sudah menerima norma baharu ini.

Biarpun tidak ke sekolah, anak-anak tetap mengikuti pembelajaran di rumah. Apa yang menarik dengan perkongsian puan Syarifah Norini bt Syed Ali adalah mengenai surat rasmi yang dibuat oleh anaknya mengenai aduan  bilik yang berhabuk.

Biarpun isi kandungan surat berkenaan agak lucu, secara tersiratnya guru yang mengajar anaknya telah berjaya melatih anaknya memahami format surat rasmi.

“Memang betul sebarang aduan akan dilayan jika bersurat..tapi kalau gini nak buat surat maklumbalas ke acaner ni,” luahnya menerusi perkongsian di facebook di sebuah group.

“Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur.

Menerusi perbualan dengan Majalah Keluarga Online, Puan Syarifah memaklumkan bahawa anaknya Darwisyah bt Anuar Kamarudin yang merupakan murid darjah empat telah menulis surat kepadanya apabila biliknya berhabuk.

Tak sangka dapat surat aduan

“Bukan home work tapi surat ni dia tulis kepada saya kerana komplain bulu kucing banyak dibiliknya,” jelas ibu kepada tiga rang anak ini.

“Sebelum ni memang dia asyik merungut dia tak larat nak lap hari-hari ada habuk dan bulu ningking. Tak sangka pulak dia buat surat.”

IKLAN

“Darwisyah memang tak tahan habuk tapi disebabkan rumah kami ada seekor kucing dan bulunya merata-rata dia tak larat nak lap.

“Sebab tu lah dia minta saya dapatkan pembantu rumah. Saya nak tergelak dia buat surat komplain tu. Saya pun kongsikan di facebook,” jelas wanita ini yang juga merupakan seorang guru sains sukan di sebuah sekolah menengah di Perak.

“Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur.

Tambahnya lagi, anak bongsunya ini merupakan seorang yang mempunyai cerewet mengenai persekitaran rumah dan diri. 

“Dia paling banyak cakap dirumah ni dan banyak komplain. Semua dia nak komplain, meja senget,baju kecik dan kasut tak cantik. Ikut suka dia je,” jelasnya mengenai keletah anaknya itu.

Puji guru BM

IKLAN

Dalam pada itu, puan Syarifah memuji cara gurunya anaknya mengajar sehingga tahu menulis format surat rasmi.

“Suka saya tengok surat tu. Terharu saya hasil pdpr anak saya mampu menulis surat sehebat itu pada usia 10 tahun.

“Hasil gurunya mengajar. Anak saya pandai buat surat rasmi..tahniah pada cikgunya!

Ada peraturan tambahan dah

“Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur.

IKLAN

Ekoran telah menerima surat aduan berkenaan, Puan Syarifah memberitahu bahawa telah menetapkan beberapa peraturan tambahan di rumahnya.

“Saya hanya buat peraturan tambahan iaitu setipa hari pada waktu pagi kita mesti bersihkan bilik masing-masing dari habuk.antaranya lap meja study dan mop lantai.

Biasanya saya dan anak-anak gotong royong bersihkan dalam dan luar rumah secara besar-besaran hari jumaat pagi.”

Berkesan cikgu BM ajar

Netizen siap bagi jawapan untuk surat rasmi aduan berkenaan. Bikin lucu!

“Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur. “Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur. “Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur. “Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur. “Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur. “Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur.

 

Sumber: Cikgu Sherry

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI