Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bubur Lambuk sememangnya cukup sinonim dengan bulan puasa. Tak sah rasanya kalau resipi ini tidak muncul ketika bulan puasa. Lambakan bubur lambuk yang dijual di bazaar pastinya tidak sesedap rasanya yang dimasak sendiri di rumah.
Bagaimanapun langkah membuat bubur yang memakan masa agak lama pasti buat kita teragak-agak untuk mencubanya di rumah. Tidak perlu menunggu hari minggu, anda boleh mencubanya pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimana cara pantas dan sedap untuk membuatnya? Kena cuba petua ini.
Rendam Beras
Untuk menjadikan bubur lebih cepat dimasak, rendamlah beras terlebih dahulu. Tidak perlukan masa yang lama, 30 minit atau satu jam, itu sudah memadai. Biarkan direndam seketika. Namun pastikan beras dibasuh bersih terlebih dahulu dan kemudian barulah direndam. Tutup dan biarkan.
Guna Periuk Nasi
Selepas direndam, toskan airnya dan masukkan semula air yang banyak ke dalam beras. Masaklah seperti biasa. Petua menjadikan ia lebih senang di masak dan tidak perlukan proses mengacau dengan kerap, anda bolehlah memasak di dalam periuk nasi.
Namun pastikan airnya diletakkan pada kuantiti yang banyak dan tambahkan airnya dari semasa ke semasa. Senang, mudah dan cepat.
Kisar Beras
Anda boleh juga mengisar beras terlebih dahulu sebelum memasaknya seperti biasa. Kisarkan berasnya terlebih dahulu kemudian barulah di basuh bersih dan dimasak seperti biasa. Namun jangan pula dikisar terlalu halus. Biarkan sedikit tekstur pada bubur anda.
Bekukan
Proses membekukan beras juga merupakan salah satu langkah memasak bubur lambuk dengan lebih cepat. Jika anda merancang memasak bubur keesokkan harinya, malamnya basuhlah beras segera dan bekukan di dalam peti ais. Letakkan juga bersama sedikit air. Apabila tiba waktu memasak, masukkan ke dalam periuk, tambahkan sedikit air bersama bahan-bahan lain. Biarkan masak.
Masukkan Semua Bahan
Tak perlu pening kepala, masukkan sahaja kesemua bahan seperti daging, ayam atau udang ke dalam beras yang hendak di masak. Tambahkan sayur seperti biasa seperti kentang dan sebagainya sekaligus. Biarkan direneh bersama-sama supaya rasanya lebih enak dan sebati. Akhir sekali barulah diberikan perasa.
Guna Stok
Mahu rasa bubur yang lebih enak, ada baiknya anda menggunakan stok air rebusan ayam atau daging ketika memasak. Stok ini membantu mengenakkan lagi rasa bubur putih sedia ada. Biarkan ia benar-benar sebati dan mesra, bubur anda pasti lebih sedap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya setiap antara kita biasa dengar ungkapan ‘Usaha Tangga Kejayaan’. Ya, inilah peribahasa yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian bagi merealisasikan sesebuah impian hidup.
Perlu ada usaha! Sama juga halnya jika impikan agar diri kita ini kekal terlihat cantik walau telah berusia.
Usaha penjagaan kecantikan tersebut perlu dilakukan secara konsisten dan mengambil masa.
Hakikatnya, pasti ada siri penjagaan, amalan atau rutin yang perlu dipraktikkan sedari usia muda lagi.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkefli,51 tahun mengenai rahsia kecantikannya.
Nak tahu detail, jom baca untuk info kita bersama.
Nama saya Dzuriasikim Dzulkefli. Saya berusia 51 tahun. Selalu orang tanya apa yang saya pakai untuk wajah. Ianya bukanlah rahsia. Saya telah menggunakan K’Hermosa selama 5 tahun tanpa bertukar. InsyaAllah dengan izin Allah ianya sangat membantu untuk wajah anda kelihatan segar dan lebih bermaya dan kulit yang lebih sihat.
TIPS MENJAGA WAJAH.
1. Pastikan jangan kerap bertukar barangan penjagaan wajah hanya kerana terpesona dengan iklan atau mengikut kawan atau kerana harga yang murah. Produk berkualiti dihasilkan dari bahan mentah berkualiti dan ianya tidak murah.
2. Apa sahaja yang digunakan untuk penjagaan diri adalah pelaburan. Diri kita adalah aset. Bukan bahan ujikaji. Pilih dengan teliti. Pastikan kita menggunakan produk selamat dan bersih lagi suci.
3. Jika menggunakan produk tempatan, sentiasa semak agar kita hanya menggunakan produk yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. Usah ambil ringan bab ini. Anda boleh telefon terus KKM untuk buat semakan ya.
4. Pilih barangan yang terbukti keberkesanannya. Seboleh mungkin yang sudah lama berada di pasaran.
5. Gunakan dengan sabar, berdisiplin dan istiqamah. Hasilnya mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar dalam masa 6 bulan. Tetapi akan kelihatan sangat ketara selepas 5 tahun apabila anda berdiri di sebelah rakan seusia anda yang tidak menggunakan sebarang skincare.
6. Setelah menggunakan skincare dengan cara betul, pastikan anda membersihkan wajah dengan cara yang betul juga.
7. Tidak ada shortcut untuk penjagaan diri. Tidak ada shortcut yang BAIK bagi menjaga keremajaan kulit. Suntikan akan merosakkan wajah dan membuat wajah kelihatan tidak semulajadi. Sebaiknya jagalah apa sahaja anugerah Allah kepada kita.
8. Pastikan anda menggunakan pelindung suria setiap hari. Kulit yang terdedah kepada matahari mudah mendapat banyak kesan penuaan.
9. Tidur dan minum air dengan secukupnya. Terutama bagi wanita berusia.
10. Elakkan diri dari stress. Please handle your stress…
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.