Jika anda pernah berniaga, tentu sahaja ada kisah berbeza dan tersendiri bagaimana anda boleh mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan.  Ada orang berniaga sebab minat, ada orang berniaga sebab ingin keluar daripada kesusahan dan tidak kurang juga ada orang berniaga sebab percaya hanya berniaga boleh jadi kaya raya dan bermacam-macam lagi tujuannya.

Manakala bagi Fiza Asmuni, merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata dia berniaga kerana ingin membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga dan dalam masa yang sama meneruskan legasi perniagaan keluarga dengan memasak Cucur Telur  atau Coq Teloq.

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

Ikuti perkongsiannya

Area utara nie susah dah jumpa orang jual kuih nie…Saya peminat tegar kuih nie…setiap makanan pasti ada ceritanya. Dulu mak abah saya duk jual kuih ni lah..seawal 3 pagi bangun siapkan kuih nie,nasi lemak,kuih ketayap dan lain-lain.

Awal2 pagi sebelum subuh abah dah keluar hantar letak di kedai2 sebelum abah pergi kerja..dulu family saya orang susah..mak saya surirumah,abah saya pemandu lori ..masa tu abang,saya dan adik saya kecik lagi…jadi nie jer mampu mak saya buat, janji kami adik beradik terjaga.

Jadi dengan cara ni mak saya tolong abah saya menjana pendapatan keluarga kami dengan membuat pelbagai kuih termasuklah kuih nie.

Kini saya pula tolong suami

Lepas saya kahwin saya pula ambik alih jual kuih nie..tapi xlama setahun jer sebab masa tu xda anak lagi boleh lah buat kuih nie..sbb agak rumit bagi kita2 yang ada anak ni kan…

Pun begitu,  5 tahun lepas saya pernah jual letak di kedai-kedai. Bangun seawal 4 pagi..sebab saya buat xbanyak dalam 100biji jer…Alhamdulillah setiap kali hantar habis..seronok sangat2. Tambah bulan puasa..letak 100biji-200biji ke atas mesti habis. xsemua org pandai buat…sebab nak dapatkan keranggupannya…tapi lama2 cuba mesti dah pandai.

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

IKLAN

Tujuan saya satu, saya buat semua ini untuk menambah pendapatan suami dalam usaha membesarkan 2 orang anak kami. Biarpun tidaklah berniaga hari-hari, namun jika ada tempahan dan bulan puasa umpamanya saya ‘gagahkan’ diri juga untuk menyediakan cucur telur ini.

Kongsi Resipi

Sedara mara saya selalu tanya”bila nak buat coq telur”, ok hari nie saya buat. Saya nak share resepi dah pandai boleh buat jual pagi2.

Bahan-bahan:

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!
Tepung gandum 400g
Planta 50g
Air garam setengah cawan(2-3cubit garam)
Telur sebiji

Cara penyediaan :

  1. Gaul sebati dengan jari sebelum masukkan air garam sedikit demi sedikit.

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

IKLAN

2. Uli sehingga menjadi doh yang cantik

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

3. Sapukan planta setiap biji doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.

Bahan Inti

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

Daun kucai,, cili merah, bawang besar dan telur.

 

IKLAN

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

  1. Goreng semua bahan tanpa minyak.

 

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!2. Masukkan garam 1cubit dan telur dan dimasak seketika. Ketepikan.

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

3. Canaikan doh masukkan inti.

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

4. Pastikan sebelum goreng kalian tarik2 doh tu kiri kanan tu mcm ni..yang tengah jangan tarik takut pecah.

Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

5. Goreng dengan api panas macam goreng karipap. Kalau ada gelembong2 tu mmg pass la.

sumber : Fiza Asmuni

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI