Perpisahan adalah yang terbaik. Begitu kata penyanyi, Adira, terhadap kemelut rumah tangganya yang goyah.
Meskipun suaminya masih berusaha mempertahankan perkahwinan mereka yang sudah terbina selama sembilan tahun, namun akui Adira itu adalah yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Saya ingin berpisah dengan cara yang baik dan matang. Kami sudah berbincang tetapi buat masa sekarang, memang perpisahan (cerai) saja jalan yang saya nampak. Saya tak boleh nak cerita lebih terperinci mengenainya.
“Kekuatan ini (bercerai) bukan saya baru dapat setahun dua. Tapi sudah lama.
“Bermacam pengajaran dan pengalaman membuatkan saya lebih matang, kuat dan tenang menghadapi semua ini,” katanya berkongsi menerusi Harian Metro.
Ads
Melihatkan dirinya yang kelihatan begitu ceria di media sosial, akui Adira dia sebolehnya tidak mahu memperlihatkan sisi kesedihan dirinya, lebih-lebih lagi pada anak-anaknya yang kian membesar.
Malah kata Adira lagi, dia mahu sentiasa positif untuk terus melangkah membesarkan empat anaknya.
“Sebagai ibu, adalah penting untuk saya sentiasa bersikap positif ketika bersama anak-anak. Saya juga mengelak untuk menangis depan mereka.
“Ibu adalah tunjang kepada keluarga, jika saya berasa sedih dan tidak gembira, mereka akan dapat merasakannya melalui layanan diberi. Kadang kala, kalau kita tak okay hingga terjerit kepada anak. Itu yang saya tak mahu ia berlaku,” katanya.
Ads
Adira berkata dia dan Datuk Red masih lagi suami isteri serta tidak menghalang suaminya itu untuk bermalam serta meluangkan masa dengan anak-anak.
“Jika ditakdirkan kami berpisah sekali pun, saya tidak pernah halang suami untuk terus berjumpa dengan anak-anaknya.
“Saya juga berasal dari keluarga yang bercerai-berai dan saya tidak mahu anak-anak tidak mendapat kasih sayang seorang ayah,” katanya.
Kakak kepada Penyanyi nombor satu Negara, Saida selamat mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada 12 Disember lalu.
Memilih teman lama Mohd Nooraizal Rasip sebagai suami, pasangan ini mula serius selepas lima bulan menjalinkan hubungan.
Menurut Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, dia sudah pun berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu dan perkahwinan mereka bertahan empat tahun.
“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.
“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” katanya.
Saida yang kini berusia 45 tahun pada 13 Disember lalu memaklumkan suaminya bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat dan usia mereka juga sebaya.
“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya. Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia.
“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawabmenjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.
“Segala-galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.
“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” katanya lagi.
Dia dalam pada itu memberitahu anak bongsunya, Siti Nurul Mashitah tinggal bersama sementara tiga lagi anaknya tinggal bersama bapa mereka.
Terdahulu, Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat.
Sedang hangat diperkatakan isu doula yang menjadi bualan kini. Ekoran salah pendekatan, ada yang merangut nyawa. Namun, ada yang berkongsi cerita mengenai isu ini. Ceritanya penuh pengajaran dan bermanfaat buat mereka yang ingin memberi yang terbaik buat cahaya mata. Perkongsian puan Elliyin Rasif begitu bermanfaat.
KISAH DOULA, DOKTOR & WATERBIRTH . Perkongsian ini didedikasikan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang menginginkan yang terbaik untuk permata hati mereka. Baca dengan hati terbuka supaya dapat manfaatnya. Yang baik tu dari Allah, yang buruk tu from my shortcomings. . Esok (22 Feb 2019) di Analisis bersama Finaz Yunus di TV Al-Hijrah akan berlangsungnya perbincangan tentang DOULA – Peneman Ibu @ Pengganti Doktor? Aku rasa terpanggil untuk berkongsi perjalanan kelahiran anak pertama kami pada 2013 yang menggunakan approach gentle birth bersama kehadiran doula. . Anak pertama, siapa tak excitedkan? Macam-macam persediaan dibuat. Segala benda boleh baca tentang kelahiran aku akan selam. Segala support group tentang kelahiran aku join. Semangat kan? ? . [ #BIRTHPLAN ]
. Masa ni aku terbaca tentang “Gentle Birth” & “Water Birth”. Kelahiran yang membahagiakan; untuk ibu & anak. One that you will remember with a smile. Aku fall in love dengan konsep “Gentle Birth” & “Water Birth”! Aku terus plan untuk kelahiran idaman! . Melalui support group & media sosial, seorang doula menyapaku untuk bersama-sama menyokong journey gentle birth aku ketika detik kelahiran nanti. Aku sambut baik perkenalan ini! Fuh, semakin hampir detik kelahiran, aku rasa makin teruja; tak sabar nak jumpa baby! ? . [ #GENTLEBIRTH ]
. Di sini titik perbezaan dalam cerita aku. Yes, aku mahukan mahram yang menguruskan kelahiran. Yes, kalau boleh nak zero intervention – tak nak epidural, induced labour, cesaerean etc Yes, aku nak waterbirth & gentlebirth. Yes, aku nak ada doula bersama dalam proses kelahiran. . TETAPI! Aku tidak bercadang untuk merisikokan anak yang bakal lahir, atau nyawa aku sendiri dengan membelakangkan kehadiran seorang doktor pakar. . Aku mendaftar untuk proses waterbirth di Hospital Pantai (sekarang takde dah kot?) bawah seliaan Doktor Idora. She’s absolutely amazing! Memang aku ada birth plan semua & she supports the birth plan with only one condition; doula shall not intervene with medical decision. I happily agreed! . [ #MYDOULA ] . Satu benda best & PENTING aku nak highlights, doula aku pun bakal doktor la! Bukannya doula tanpa background medical belajar berapa jam tetiba nak ganti kerja doktor. Pada 2013, Husna adalah pelajar tahun akhir perubatan di Mansoura University (Egypt), sekarang dah masuk bertugas dah pun husband & wife sebagai doktor. . She was so amazing! Dan tahu tak? Husna adalah kes waterbirth pertama di Egypt dengan kehadiran doktor pakar di sana. Siap masuk paper di Alexandria. . Sepanjang proses kelahiran, Husna was there by my side guiding me through zikir, breathing technique, ajar Zada (my hubby) macam mana nak urut & ease my pain (i declined epidural), calming me.
. MOST IMPORTANTLY? Doktor Idora & nurses semua ada standby. ? . [ #MYDOCTOR ] . Mujur ada Dr Idora. I experienced complication. Prolonged labor. After 36-hours-long of trying to birth; baby dah engage, dah turun, naik balik; turun naik turun naik. Dr Idora called for intervention. At this time, Dr inform, baby dah tacky-cardiac (nadi tak stabil), she also informed that she will go ahead with vacuum. . I agreed with a heavy heart; but I knew it was necessary; for the safety of my baby & I. Aku keluar dari air (not without many helped), dan naik ke birthing bed. . Korang agak-agak, vaccum berapa kali baru baby keluar? Cuba la teka. ? Ni macam drama horror tau tak? . 5 KALI, BEB! Yes, vaccum 5 KALI; DAN! Baby tak keluar pun! Kah! Boleh tak bayangkan, masa vaccum yang ke 5 tu, Dr Idora siap pacak kaki kat katil to stabilize her stance; and pull with all her might. . Masa tarik last tu, memang bersepah darah— and baby tak keluar pun. Ko rasa? Tapi masa tu memang dah tak fikir sakit ke apa pun, nak baby keluar je. . Dr Idora decided, kita proceed episiotomy & forceps. Hah tak tau epi & forcep tu apa? P la Google. I mula-mula reluctant, bukan sebab apa; sebab takut. Kah! ? Dr kata, dont worry, insyaAllah semua will be okay; jahitan kemas and will recover cepat. . Alhamdulillah, baby keluar dengan selamatnya. Dr Idora siap sapa baby dengan salam, . “Assalamualaikum Elle Zahraa Khan!” . Nurse terus timbang and rekod masa kelahiran. 4.04KG!!! Terkejut Dr Idora! Last check up, 3.5KG, tiba time lahir above 4KG, unexpected. Birthing canal too small for my baby. Tu yang turun naik turun naik.
“Baby bazaar Ramadhan ni” seloroh Dr Idora. ? aku pun sempat ketawa. Selesai skin to skin contact dan delayed cord-clamping, nurse terus bawa Zahraa ke NICU. . Lepas selesai tu rasa macam baru menang perang! ? Alhamdulillah.
. [ #CONCLUSION ] . Bukan tak boleh nak ada Doula. Doula boleh hadir sebagai peneman. Tapi Doula ni bukanlah sebagai satu-satunya orang yang hadir jadi pengganti Doktor. Walaupun Doula aku seorang yang berlatar belakang medical sekalipun, aku tetap pastikan keputusan medical dibuat oleh doktor bertauliah. . Kebanyakan ibu muda dalam komuniti Gentle Birth, salah faham konsep gentle birth. Dorang (not all) subscribe to the romanticizing of birth in such a way that absolute no medical intervention should take place because birthing is a natural process. Even to a point, homebirth sendiri became a more desirable choice. . Petik kisah Maryam AS di banir tamar dan tentang kebergantungan pada Allah. . Yes betul. Birthing IS a natural process. Tapi siapa jangka complication macam ni? . Bayangkan kalau aku kat rumah time tu? Mana nak tau baby dah too big? Atau baby tacky cardiac? Allahu..nak fikir pun tak sanggup! ? . Aku bersyukur sebab Allah lorongkan aku untuk dengar nasihat Dr Idora bila intervention perlu dengan lapang dada. I returned home with a healthy baby after 4 days. Full breastfeed sampai 2 tahun. Walaupun kita tahu birthing tu natural process, tapi untuk kenalpasti complication & tahu nak buat apa; memang kena serah pada pakar. . Dorang bukan belajar dalam satu dua seminar! Mereka dah lihat berpuluh malah beratus/beribu kes kelahiran untuk sampai ke tahap pakar. Kita baru beranak sekali dua, jangan ingat kita tahu semua benda. Jangan jadi bodoh sombong, kita confirm akan rugi. . Tak rugi pun ada doktor kat sebelah. You are in good hands & as mother please know, you cannot be more protective than that!
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk mempunyai anak yang rajin dan bijak. Namun, usaha mendidik anak perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi sebelum remaja. Dalam pada itu, untuk mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.
Menarik perkongsian ini mengenai didikan kepada anak lelaki.
IKUTI LANJUT PERKONGSIAN INI.
Siapkan emosi dan adab anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja.
1. Ajar mereka kawal emosi marah
– supaya marah mereka tidak keterlaluan
– supaya marah mereka tidak merosakkan
– supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam
2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat
– supaya mereka tahu ianya okay untuk meluahkan
– tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
– jangan sampai merosakkan barang barang
– jangan sampai membahayakan diri sendiri
3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya
– supaya anak kita belajar memahami
– supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
– supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain
4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan
– supaya mereka belas kasihan kepada kita
– supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
– supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu
5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
– supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab
Tolong kongsikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa lain yang belum tahu sebab saya percaya ramai lagi ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang ilmu ini
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.