Sering dilihat kebiasaannya si anak akan lebih rapat dengan ibunya berbanding si ayah. Mungkin kerana ibu punya banyak masa bersama atau kerana sifat ibu yang lebih berlembut menjadikan anak memilih untuk rapat dengan ibu. Manakala akan menjauh dengan ayah yang dilihat begitu tegas dan garang. Jika tiada usaha dilakukan, akhirnya hubungan antara anak dan ayah akan hambar, renggang dan akhirnya seakan menjadi orang asing dalam keluarga.
Strategik membina kemesraan ayah & anak
Ads
Isteri perlu memberi ruang kepada suami untuk berinteraksi dengan anak sejak di dalam kandungan lagi. Minta suami berbicara atau seakan berbual dengan penuh kasih sayang bersama anak yang di dalam kandungan. Cara ini secara tidak langsung dapat membina jalinan kemesraan antara ke duanya.
2. Seorang ayah jangan berat mulut untuk memuji kejayaan anak. Bila ini sering diucapkan oleh seorang ayah pasti akan dihargai dan menjadikan anak bangga mempunyai seorang ayah yang prihatin tentang kebaikan atau kejayaan yang dilakukan.
Ads
Ads
Ibu jangan menghalang si suami untuk bermain dengan anak. Walaupun kebiasaannya seorang lelaki dewasa akan bermain dengan agak lasak dan bertenaga bersama anaknya. Biarkan sahaja kerana itulah cara interaksi yang hebat antara mereka. Malah tidak dinafikan anak-anak juga sukakannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki cahaya mata pastinya menjadi pian setiap wanita bergelar isyeri.
Waktu itu dunia mereka mula berubah, tumpuan lebih diberikan kepada ahli baru dalam keluarga. Dari seorang bertambah lagi seorang membuatkan masa si ibu agak terhad. Pening juga nak melayan anak-anak yang seribu satu karenah kan.
Berkongsi pengalamannya menjadi ibu anak dua sejak dua bulan lalu, Scha Alyahya, 38, mengakui ia bukan tugas mudah, tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, dua bulan.
“Memang mencabar bila dah jadi ibu kepada dua cahaya mata. Pada mulanya saya fikir tidak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi sebenarnya sangat mencabar.
“Walaupun Lara dah besar, tetapi dia juga perlukan perhatian. Adiknya tentu sekalilah, bila cukup masa untuk menyusu atau tidur, dia akan menangis.
“Bila adik menangis, Lara pun mula nak menangis. Bila perlu tepuk untuk tidurkan Lyla, Lara juga nak. Perhatian tu pun banyak kepada Lara juga sebab dia sudah besar, faham dan cepat terasa.
“Jadi, itulah cabaran kena lalui sekarang yang mana saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri dan Awal, yang pertama jangan lupa.
“Kadang-kadang kalau ke mana-mana pun orang akan fokus pada Lyla. Saya akan pergi pada Lara. Itulah cabarannya sekarang,” ujarnya lagi.
Melihatkan bentuk badannya yang kembali langsing seperti dulu, begitu pun akui Scha, dia tidak memberi fokus untuk kembali mendapatkan berat badan sebelum hamil.
Sebaliknya mengutamakan kesihatan dalaman dan pemakanan selepas selesai tempoh berpantang.
“Saya tak nafikan dah dapat berat badan asal saya. Cuma tak ada apa-apa rahsia atau rutin ketat yang saya ikuti.
“Mungkin bentuk badan saya tak banyak berubah walaupun ketika hamil, jadi saya tak ambil masa lama untuk menurunkan berat.
“Bagaimanapun menerusi perbualan dengan doktor sebelum ini, dia juga tidak galakkan saya mengejar penurunan berat badan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan paling penting adalah pemakanan selepas habis berpantang.
“Lebih-lebih lagi saya menyusukan Lyla sepenuhnya, jadi kena titik beratkan pengambilan makanan berkhasiat untuknya dan saya juga,” ujarnya.
Sumber: Sinarplus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gadis cari ayah hilang di Twitter, tak sangka boleh jumpa kurang 24 jam. Itulah kuasa warga Twitter! Kini media sosial menjadi platform paling pantas untuk menyebarkan segala maklumat.
Bahkan ia juga menjadi tempat bagi sesetengah orang cuba mencari pelbagai solusi masalah yang mereka hadapi termasuk mencari ahli keluarga atau sahabat yang telah terputus hubungan atau hilang.
Seorang gadis yang dikenali sebagai Cinta telah menggunakan platform Twitter sebagai tempatnya untuk mencari bapanya yang telah terputus hubungan.
Menurut Cinta, ayahnya yang juga pemilik nama Junior Liew itu kali terakhir dikatakan berada di Taman Kosas, Ampang dan berbangsa Sabah-Filipina.
Wanita berkenaan turut berkongsi gambar ayahnya semasa muda, dengan harapan ada pihak yang mengenali lelaki tersebut.
“Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni.”
Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni. pic.twitter.com/bcoWpt0BiV
Tidak sampai tempoh 24 jam hantaran tersebut dimuat naik, Cinta akhirnya menemui bapanya yang dikatakan berada di kawasan pedalaman Sabah.
“Sudah jumpa papa ku. Nenek nangis. Terima kasih rakyat Twitter.
“Papa takda telefon dan tinggal di pedalaman Sabah. Tapi masih tak sangka dapat jumpa,” tulisnya selain berkongsi tangkapan skrin panggilan video bersama ayah dan neneknya.
Sudah jumpa papa ku. Huhu nenek nangis. TERIMA KASIH RAKYAT TWITTER.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui bahawa Kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) diberikan adalah atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan COVID-19.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mohon kerjasama bakal pelancong ke Langkawi patuh SOP untuk elak peningkatan kes COVID-19.
Ia adalah susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti untuk respon Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 yang memerlukan kemasukan ke hospital dan ICU.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata HSM merupakan hospital “hybrid” yang merawat pesakit COVID-19 (79 katil) dan bukan COVID-19 (142 katil).
Melalui penubuhan i-PKRC LISRAM pada 4 Ogos 2021 yang lalu, sebanyak 60 katil tambahan telah berjaya diwujudkan bagi merawat pesakit COVID-19 kategori 1,2 dan 3 (berisiko rendah).
Manakala bagi ICU, sebanyak 8 buah katil tambahan telah diwujudkan sebelum ini (repurposed) menjadikan kapasiti katil meningkat kepada 13 buah. Daripada jumlah ini, 9 buah katil adalah dikhususkan bagi merawat kes COVID-19, katanya.
Dr Noor Hisham berkata, jabatan-jabatan lain HSM di antaranya Jabatan Kecemasan & Trauma, Jabatan Patologi & Transfusi Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Forensik serta Unit Hemodialisis turut merancang pelan kesiapsagaan masing-masing bagi merawat kes COVID-19 yang mungkin akan bertambah.
“Melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak HSM dan JKN Kedah, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan termasuk penetapan nilai ambang kadar kemasukan pesakit harian sebagai petanda amaran agar tindakan-tindakan proaktif tertentu diambil.
“Ini termasuk keperluan menambah bilangan katil bukan ICU dan ICU untuk kes COVID-19, mobilisasi petugas kesihatan dan aset dari daerah atau negeri lain, evakuasi pesakit melalui pengangkutan udara ke hospital rujukan lain serta penubuhan PKRC yang dikendalikan oleh pihak swasta,” katanya.
Kekal patuh SOP
Dr Noor Hisham mengingatkan kepada semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi SOP.
“Tatkala kita cuba mengimbangi di antara nyawa dengan kelangsungan hidup dan ekonomi, marilah kita bersama-sama memastikan tiada peningkatan jangkitan virus COVID-19 di pulau percutian ini. Kerjasama anda semua adalah sangat diperlukan,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520