Lazimnya bila kita pergi ke majlis perkahwinan akan ada pasangan mempelai yang duduk di pelaminan, tersenyum manis. Namun lain pula pengalaman tetamu bila menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Iqbal, 21 yang berlangsung pada beberapa bulan yang lalu.
Dilihat pengantin duduk bersendirian tanpa ditemani isterinya hingga membuatkan dia tidak dapat menanggung sebak di hati hingga menitiskan air mata di hari bahagianya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah Muhammad Iqbal, 21, yang juga anggota polis itu sebenarnya mendapat perhatian selepas isterinya, Nor Syafiqah Rozita Rody, 24, memuat naik rakaman video kenangan ketika majlis persandingan itu di TikTok kelmarin.
Berkongsi kisah sebenar sebagaimana yang dikatakan di dalam laporkan Harian Metro, difahamkan Muhammad Iqbal yang menetap di Batu Caves, memaklumkan majlis persandingan itu sepatutnya diadakan pada 12 Disember tahun lalu namun terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana dipanggil melapor diri sebagai anggota polis seterusnya ke pusat latihan.
“Jadi, isteri pilih untuk melangsungkan majlis persandingan pada 29 September lalu sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami.
“Dua minggu sebelum majlis, kami bersama-sama pergi mencuba busana pengantin malah semua persiapan sudah dibuat.
“Ditakdirkan, sehari sebelum majlis iaitu pada 28 September, saya bawa isteri ke klinik kesihatan untuk periksa bayi dalam kandungan tetapi doktor dapati isteri lemah akibat alahan teruk kemudian merujuknya ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke dalam wad,” ceritanya lanjut.
Ads
Akur Nasihat Doktor
Menurutnya, dia cuba berunding dengan doktor untuk mendapatkan kebenaran isterinya keluar dari wad.
“Dalam pertemuan itu, doktor nasihatkan saya untuk biarkan isteri terima rawatan di wad.
“Ia kerana doktor khuatir berlaku perkara tidak diingini kepada isteri dan bayi dalam kandungan sekiranya saya berkeras.
“Jadi saya akur dan memikirkan keluarga isteri sudah datang dari Sabah serta tetamu sudah diundang maka saya teruskan juga majlis,” ceritanya lagi.
Tidak Mampu Kawal Emosi
Ads
Muhammad Iqbal berkata, hatinya ketika itu sedikit terubat apabila dapat membuat panggilan video dengan isterinya ketika di atas pelamin.
“Saya cuba mengawal emosi tetapi menangis juga akhirnya sewaktu berjalan masuk ke dewan majlis dan berada di atas pelamin. Keluarga saya dan isteri yang cuba tenangkan serta beri sokongan moral.
“Tetamu yang hadir terkejut juga awalnya apabila melihat saya seorang saja hadir namun faham selepas diberitahu perkara sebenar oleh pengacara majlis.
“Apa pun, saya tidak menyalahkan takdir kerana semuanya percaturan Allah. Allah uji kerana kami mampu malah saya yakin ramai lagi berdepan ujian lebih hebat,” katanya dengan tenang.
Ads
Berhubung video yang tular pula, Muhammad Iqbal terkejut kerana tidak tahu isterinya muat naik rakaman berkenaan di TikTok pada awalnya.
“Saya sedar apabila terima banyak notifikasi di telefon bimbit.
“Alhamdulillah, setakat yang saya baca semuanya positif cuma ramai persoalkan kenapa tidak teman isteri di wad.
“Hakikatnya, saya tidak boleh ada di wad sepanjang masa kecuali ketika waktu melawat. Apa pun terima kasih atas semua doa yang baik buat saya dan isteri,” katanya.
Kotoran yang melekat pada pakaian putih terutama baju sekolah anak-anak memang memeningkan kepala para ibu. Jika sering menggunakan peluntur, warna pada baju itu pudar dan lebih kronik lagi baju mudah reput. Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?
Ikut 8 Tip ini jika mahu mengembalikan warna putih pada kemeja atau baju anak-anak. Jom cuba sama-sama:
1. Asingkan Daripada Pakaian Lain
Elak cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih. Akibatnya baju putih nampak seperti kusam.
2. Asingkan Ikut Material
Meskipun sudah diasingkan yang berwarna putih, sekali lagi perlu pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu:
– Acetates boleh digabung bersama acrylics
– Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
– Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
– Delicate perlu dicuci tangan
3. Rendam Dalam Air Suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.
4. Guna Jus Lemon Atau Cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian
5. Periksa Mesin Basuh
Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
6. Elak Cuci Dengan Air Sejuk
Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok. Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.
7. Jauhi Klorin
Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.
8. Elakkan Matahari Terik
Elak gantung baju putih di tempat yang redup, jauh daripada cahaya matahari terlalu terik kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam. Selalulah jemur pakaian putih direct di bawah sinar matahari, kerana sinar matahari terbukti mampu mencerahkan warna putih, dan bonusnya adalah memberi aroma segar pada pakaian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah wanita hamil, Jahidah Nordin yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada pertengahan tahun ini menggemparkan masyarakat. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.
Terbaru, Harian Metro melaporkan, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Jahidah sebelum ini telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.
“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan ‘baby,’ pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Baby sihat dok kata,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Dia pada mulanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Penyanyi Tasha Manshahar berkongsi berita duka apabila disahkan positif Covid-19.
Dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah bersama anak keduanya, Mateen Rizqi, yang berumur tiga bulan.
Menerusi Instagram Stories miliknya, isteri Raqib memberitahu yang dia tidak mengalami demam panas dan masih mempunyai deria rasa seperti biasa.
Hanya tekak dia mula berasa sakit sejak Ahad lalu dan diikuti dengan sakit sendi dan hidung tersumbat.
“Simptom saya bermula Ahad lalu. Lepas itu dia macam berperingkat. Ahad, sakit tekak bawa ke Isnin. Selasa, tekak bertambah sakit, sakit sampai telinga.
“Petang kurang tapi datang pening kepala. Nak dekat maghrib, datang sakit sendi pula. Seram sejuk rasa. Telan panadol selesai. Rabu simptom yang semalam semua dah tak ada, hidung tersumbat pula.
“Khamis, hidung tersumbat dengan batuk. Suara pun dah mula serak sengau. Jumaat, batuk dengan hidung tersumbat tapi dah kurang. Sekali sekala datang kepala rasa berat,” ujarnya lagi.
Lebih membuatkan pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, dia berdepan risiko apabila membawa sekali bayi untuk kuarantin bersama memandangkan masih menyusu badan.
“Sebelum buat keputusan untuk bawa Mateen kuarantin bersama saya, risiko terbesar adalah Mateen pun akan positif. Saya memang cuba sedaya upaya ikut guidelines, buat apa yang termampu supaya Mateen kekal negatif dan kami boleh cepat bersama dengan daddy dan Muammar.
“Semalam saya dapat banyak DM daripada ibu yang pernah melalui pengalaman macam ini. Alhamdulillah baby negatif sampai kuarantin. Saya harap Mateen pun macam tu.
Dalam perkongsian terbarunya, Tasha memberitahu Mateen juga disahkan positif Covid-19 manakala suami, Raqib Majib dan anak sulung tidak dijangkiti wabak itu.
Sekadar info, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muammar Rafiqi, tiga tahun dan Mateen Rizqi.
Seorang pelajar cemerlang yang penuh harapan untuk masa depan telah meninggal dunia selepas koma sehari sebelum menduduki ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).