Siapa yang tak kenal nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersuara merdu.
Terkini, penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini mengadakan LIVE memasak juadah berbuka puasa di rumahnya. Difahankan turut menjemput rakan-rakannya berbuka di rumahnya bersama keluarga.
Sejak jam 4 petang tadi, Siti Nurhaliza mula memasak dengan lauk pertama Ketam Masak Telur Masin. Berhenti seketika LIVE untuk menunaikan solat asar.
Namun peminatnya setia menunggu, pada jam 5 lebih tadi untuk melihat judah lain. Kelihatan Siti Nurhaliza tidak kekok memasak biarpun dengan bantuan pembantu rumah.
Peminat minta nyanyi lagi
Sibuk memasak, tetap melayan permintaan peminat untuk mendengarnya suara merdunya menyanyi sambil memasak.
Ads
Ramai yang memuji caranya yang mesra. Malah ada juga yang memuji penampilannya yang sederhana dan awet muda.
Update: Ketika artikel ini ditulis Siti Nurhaliza masih LIVE memasak juadah berbuka puasa.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Siapa kata semakin berusia tak perlu lagi tunjukkan sifat romantis. Namun ramai antara pasangan hari ini, bila sudah punya anak mula malu atau seakan tiada masa untuk melakukan aktiviti romantis bersama.
Meskipun sudah lama berkahwin dan punya anak yang ramai, kembalikan kehangatan cinta dan semarak kasih sayang antara suami isteri.
Akhirnya hubungan menjadi hambar dan masalah lebih teruk lagi boleh menjadi punca berlakunya perpisahan. Segera keluar daripada mimpi buruk ini, ayuh lakukan tindakan pantas untuk mengembalikan semula kehangatan cinta bersama pasangan.
Jika suami suka melakukan aktiviti berbasikal, isteri boleh turut serta teman suami berbasikal. Libatkan anak-anak agar aktiviti riadah ini lebih menarik dan agar semua ahli keluarga gembira melakukannya. Begitu juga jika isteri hobinya melukis , suami bolehlah bawa isteri ke pameran lukisan dan sebagainya.
Percutian hanya anda dan pasangan sahaja. Pasti percutian ini cukup istimewa dan sebaiknya rancang sekurang-kurangnya setahun sekali. Sepanjang percutian tersebut lakukan aktiviti romantis seperti jalan berpegangan tangan, hadiahkan sekuntum bunga dan sebagainya sama seperti pada zaman di awal percintaan.
Tentukan sebulan sekali anda ambil cuti sehari untuk keluar menonton wayang bersama. Selesaikan dahulu urusan menghantar anak ke sekolah dan kemudian barulah anda dan pasangan keluar ‘dating’ berdua untuk menonton wayang.
Jika malu diucap secara terbuka di hadapan anak-anak, jangan pernah sekali lupa untuk dilafazkan bila anda sedang berdua-duaan. Nyata ucapan keramat ini dapat memberi rasa bahagia dan menjadikan diri terasa disayangi oleh pasangan.
Pastikan anak-anak tidur awal di bilik masing-masing. Jadi anda dan pasangan punya masa privacy bersama. Sebaiknya pastikan anda dan pasangan akan masuk tidur serentak. Memandangkan amalan ini dapat mewujudkan kebahagiaan dan kemanisan hidup berumah tangga.
Jangan sekali-kali tidur membelakangkan suami. Posisi ideal adalah mengiring menghadap wajah suami dan sambil sebelah tangan anda berada di atas tubuhnya. Untuk lebih romantis, suami sebenarnya akan berasa cukup selesa jika isteri meletakkan kepala di bahagian dadanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihatkan minat anak yang sayang dan sukakan haiwan, pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin turut membelikan anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisy haiwan peliharaan di rumah.
Bukan satu bahkan dua ekor haiwan peliharaan iaitu ikan dan kura-kura menjadi pilihan Fatima untuk haiwan peliharaan pertamanya.
Menerusi Instagram keluarga, Fazura berkongsi momen bahagia itu sebagai kenangan untuk tatapan di masa hadapan.
Melalui perkongsian Fazura, anak kecilnya itu teramat cintakan haiwan, sama seperti ibunya yang juga seorang pencinta haiwan.
“Simpan sini sebagai kenangan, anak sulung ku Nur Fatima Aisya getting her new pet.
“Bukan satu pet, tapi dua jadi nya. Semoga jaga baik-baik ya sayang.
“Mommy and Daddy loves you so much. Semoga membesar terus menjadi animal lover exactly just like your nenek. Amin,” tulisnya di kapsyen.
Apa yang menarik perhatian pastinya melihatkan Fatima yang begitu teruja meninjau pelbagai jenis ikan dan kura-kura untuk dibeli.
Tidak ketinggalan juga gelagat Fatima dengan beg merah jambu yang sentiasa lekat di tangan. Memang comel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
“Sebenarnya, hati ini, cinta kepada mu, Sebenarnya, diri ini, rindu kepada mu, tapi aku tidak mengerti, mengapa cinta, masih tak hadir,…”
Pastinya jika kita mengungkap bait lagu tersebut anda mungkin dapat merasakan lirik lagu itu amat indah, sayu dan sangat puitis. Lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang mulia ini. Mahu boleh jugak yang mengalir air mata kan, jika didengar berulang kali.
Hakikatnya, lagu ‘Sesungguhnya 19’ adalah kolaborasi penyanyi, Alif Satar bersama kumpulan nasyid terkenal Raihan.
Sukar untuk kita menafikan kehebatan kumpulan nasyid Raihan yang pernah mencipta fenomena bermula pada 1997 hingga pertengahan tahun 2000. Lagu ini yang pernah dirakamkan oleh Raihan dari album pertama berjudul Puji-Pujian berkonsep nasyid kontemporari.
Kini, menjadi trending semula di laman Youtube. The Lacos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif telah berjaya mencetuskan kembali fenomena industri muzik nasyid apabila memberikan nafas baru buat lagu itu. Video penuh boleh dilihat di youtube.
Menerusi laporan , Alif Satar, 28, melahirkan rasa bertuah berpeluang berduet dengan kumpulan nasyid popular yang diminatinya sejak usianya tujuh tahun lagi. Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, perancangan kerjasama mereka juga cukup dipermudahkan.
“Kerjasama ini bermula dengan pelawaan spontan saya kepada mereka. Kebetulan, pada Disember lalu, saya berduet dengan Raihan dalam program Bintang Minggu Ini. Tak sangka pula, pelawaan itu disambut baik.
“Selepas rakaman program berkenaan juga, sedutan latihan kami menyanyikan lagu Sesungguhnya menjadi tular. Ia umpama isyarat supaya projek ini diteruskan.
“Semuanya pula bagai dipermudahkan. Selain Raihan sendiri menyatakan persetujuan untuk berduet, pihak syarikat rakaman turut menyambut baik kerjasama ini.”
Untuk Bulan Ramadan
Rakamkan lagu duet berkenaan pada 15 April lalu dan dilancarkan semalam di Youtube yang sehingga kini artikel ditulis telah mencecah 599K penonton dan 85K like. Sungguh merdu dan keinsafan didengar terutama di bulan Ramadan.
“Jujurnya, saya sendiri sangat sebak apabila kerjasama ini dapat dilaksanakan. Melihat mereka merakamkan Sesungguhnya ‘19 di hadapan mata, ia pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Daripada sekadar berduet dalam program hiburan, tidak sangka kerjasama itu berlarutan ke studio rakaman pula. Kalau ibu bapa saya dengar lagu ini nanti, mereka pasti sangat bangga. Mereka tahu, saya memang begitu meminati Raihan.”
Meremang weyy
Inspirasi
Well done
Syahdu dengar time sahur
Kumpulan Raihan asal
Lagu ‘Sesungguhnya’ merupakan ciptaan sepenuhnya Nazrie Johanie iaitu bekas vokalis Kumpulan Raihan. Daripada album Pujian-Pujian ini yang mencipta sejarah apabila ia terjual sebanyak 3.5 juta unit. Pada 1997, Raihan mencatat jualan album tertinggi di Malaysia apabila kira-kira 700,000 unit album sulung yang berjudul Puji-Pujian. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Bagaimanapun, Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.