Wanita sering dilabel hanya tahu memandu kereta sahaja, tapi bab bila ada masalah atau kereta rosak memang akan angkat tangan, tidak tahu hendak buat apa. Malah andai kereta rosak di tempat parking kereta sekali pun, ada yang ambil jalan mudah dengan mendapatkan perkhidmatan towing untuk membawa kereta tersebut ke bengkel. Namun sayang, bila guna kaedah itu maknanya ‘duit melayang’ kerana kos perkhidmatan towing bukannya murah.
Tidak mahu terus dilebel sebegitu, apa kata kita tambah sedikit ilmu tentang apa fungsi button ‘shif lock’ yang ada pada gear kereta auto.
Pastinya ramai antara kita tidak tahu kepentingan dan bila butang tersebut boleh digunakan untuk membantu masalah bekaitan kereta kita. Nak tahu lanjut, jom baca artikel yang dikongsikan ini.
Baru tahu… Butang “SHIFT LOCK” pada gear kereta ft auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong untuk recharge semula.
Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button ‘shift lock’ pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu.
Ads
Button shift lock ya dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu.
Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.
Tip menggunakan button shift lock
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
Ads
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N
Ads
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock ya.
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.
Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.
sumber : Viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran dalam dunia pendidikan sekarang membuatkan ada antara ibu bapa yang tidak senang duduk . Terutama sekali apabila anak-anak masih tidak boleh membaca. Lebih teruk lagi, ada yang berkali-kali diajar namun masih lupa atau tidak mampu menyebut.
Keresahan tersebut banyak dikongsikan di media sosial bahkan ada antara anak-anak yang sudah memasuki tahun 1 namun masih belum mahir atau boleh membaca.
Perkongsian seorang ibu dan juga guru bernama Masturah A. Latib ini mungkin dapat membantu ibu bapa untuk mengajar anak-anak di rumah. Puan Masturah merupakan guru yang cukup berpengalaman dalam mendidik anak-anak pra sekolah.
Caranya cukup mudah dan paling PENTING anak-anak tidak terbeban atau tertekan. Nak tahu jom semak!
Sebagai ibubapa, kita mesti tahu yang FITRAH anak 0-6 tahun adalah BERMAIN. Jika anda mahu anak belajar tentang sesuatu, cara paling berkesan adalah dengan BERMAIN.
Bila kita sebut BERMAIN, tentulah suasananya lebih santai, seronok dan anak2 mendapat satu kepuasan ketika sedang bermain juga yang paling penting STRESS FREE. Dan ketika ini juga anak dah bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, cabaran baru, permainan baru.
Jadi, ibu bapa hanya perlukan sedikit perancangan untuk memastikan sesi BERMAIN itu sebagai satu sesi PEMBELAJARAN tanpa di sedari. Pendek kata, mereka tak sedar pun dalam mereka bermain tu mereka sedang belajar sesuatu ☺️??
Ada beberapa tips/panduan yang saya ingin kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh pn Nik Eliani Nik Nawi dan tn hj Othman Ahamad.
SINGKATKAN MASA
Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dalam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? haaa… ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi ☺️☺️☺️ hoooreeeyyyy!!!!
KERAP / BERULANG
Anak-anak kecil ni mudah lupa, tambahan pula jika di ajar sesuatu yang tidak bermakna dalam hidup mereka di tambah pula dengan aktiviti bermain yang tidak menarik dan bermakna.
Itu yang selalu timbul isu ” anak saya ni kalau saya ajar, esok bila tanya dia dah lupa” atau pun ” saya ajar dia ari ni, tanya semula esok dah lupa” .
Apa nak buat ek?? pembelajaran perlu BERULANG, tak perlu lama, tapi KERAP kali.
masa yang sesuai amat penting, sepergi yang di cadangkan penulis Ajar Anak Kecil Membaca Awal, selepas mandi, selepas makan, selepas menonton rancangan tv dan sebelum tidur.
Contoh : – Ajar sebut bunyi
Selepas sarapan pagi – ajar sebut bunyi dan asosiasi(2-5 minit) selepas makan tengah hari – tanya bunyi yg di ajar, minta anak buat asosiasi (2-5 minit) selepas menonton TV – buat latihan sebut bunyi beserta asosiasi bersama anak sebelum tidur – tanya anak bunyi apa dan macam mana asosiasi untuk bunyi tersebut.
Kemahiran menggabung bunyi amat penting dalam proses mengajar anak membaca menggunakan kaedah Fonik Bacalah Anakku.Adik Aqilah, 4 tahun sebelum ini telah menguasai gabung bunyi secara lisan.Sekarang, adik Aqilah dapat menggabung bunyi menggunakan kad dengan mudah. Inilah proses awal anak2 belajar untuk menguasai gabung bunyi dalam kaedah Bacalah Anakku#buildingthereadingcircuit#fonikgabungbunyiBacalahAnakku
Anak anak lah orang yang paling mudah, senang memberi kerjasama jika kita pandai mengambil hati mereka. Benda paling mudah ialah PUJI dan PUJI dan PUJI…
Wahhh….. bukan main lebar senyuman bila di beri pujian. ???. cer ibu try test kalau tak percaya.
Melalui pengalaman saya dengan anak nombor 2, Nur Ain Syakirah, Dia seorang yang sangat low self confident. Dia selalu menganggap dirinya ‘tak pandai’. Pada dia , kakak lebih pandai, kat sekolah pandai, kat rumah pun pandai.
Tapi, selepas saya sentiasa beri galakkan terutama dalam proses mengajar dia membaca, tanpa dia sedari yang dia dah boleh membaca, ada satu hari dia tanya saya ” ibu, kenapa ain dah pandai baca?” masa ni la saya puji dia kaw kaw ” haaaa… siapa kata ain tak pandai? ain pandai baca sebab ain rajin usaha, ain rajin belajar… orang yang rajin, cepat la pandai “
Sejak hari tu sehinggalah sekarang, buku menjadi kawan baiknya… ke mana sahaja dia pergi, di heret semua buku kegemarannya bersama. Alhamdulillah ???
Jadi, buat ibu bapa sekalian, sentiasalah beri galakkan pada anak anak kita, puji dan berilah lah ganjaran kepada mereka atas usaha dan semangat mereka dalam belajar sesuatu perkara.
“pandainya anak ibu” “hebatnya anak abah “ “Terbaiklah kakak, baru ajar sekali dah pandai “
mudah jer kan??
KEEP CALM/ KEEP COOL
Saya sendiri sebagai ibu masih dalam proses meng ‘kool’kan diri. Teacher percaya ini meruoakan halangan dan cabaran paling utama di kalangan ibu bapa, kan kan kan? ???
Dengan karenah anak yang pelbagai, tambah anak ramai macam ai ? ni, fuhhhh!!!! betul betul menguji tahap kesabaran.
cadangan penulis, waktu belajar mesti SINGKAT, ngam ngam dengan TAHAP KESABARAN KITA. Kalau anak perlu berhenti aebelum jemu, kita perlu berhenti sebelum MELETOP.
Intonasi, nada suara perlu juga ‘COOL and STEADY ‘ . Suasana belajar yang tidak tenang dan keadaan yang tertekan akan menyebabkan sesi pembelajaran menjadi tidak BERMAKNA dan BERKESAN. ibu fed up, anak pun down.
Jadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan menyenangkan. Anak bersedia, ibu lebih tenang… KEEP CALM AND KEEP COOL.
Oleh itu, untuk memastikan sesi belajar lebih berkesan dan bermakna, belajarlah mengikut FITRAH anak anak itu sendiri. Kita masuk dunia mereka, jangan bawa masuk mereka dalam dunia kita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika di zaman 90-an dulu, pengangkutan awam ini paling ramai dinaiki terutamanya jika mahu ke ibu kota Kuala Lumpur. Ramai yang tidak sanggup untuk menempuh kesesakan ibu kota yang akan memakan masa perjalanan yang lama.
Namun hari ini, ramai di antara anak-anak muda tidak pernah menaikinya walaupun perkhidmatan ini menawarkan penjimatan waktu untuk ke destinasi yang dituju dengan tambang yang murah.
Mengambil peluang cuti sekolah, penyanyi dan pelakon Elyana serta suaminya, Khairul Anuar Husin telah meluangkan masa bersama keluarga menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT)
Menurut Elyana, ini adalah inisiatifnya dan suami untuk mengajar anak-anak menggunakan pengangkutan awam.
Bila terkenang semula zaman menaiki pengangkutan awam ini memang lucu. Ada yang tertinggal bas, ada yang terpaksa menapak lama kerana bas tidak kunjung tiba dan ada yang sampai kejung kaki sebab terpaksa berdiri lama.
Tapi itu semuanya adalah memori terindah yang tidak mungkin dilupakan. Muda-mudi zaman sekarang mungkin tidak dapat merasai pengalaman itu kerana terlalu bergantung pada kenderaan sendiri.
Mesti Baca :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan calang-calang orang yang mampu menggalas ujian berat dari Sang Pencipta. Kerana itu hanya ‘Terpilih’ sahaja bertuah untuk melaluinya.
Demikian dengan pak Cik Rahim Yusof. Susuk tubuhnya yang kecil itu bagaimana pun bukan penghalang untuknya meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahkan, anak kelahiran Pulai Chondong, Machang Kelantan ini cukup istimewa orangnya.
Lahir tanpa kedua-dua belah tangan, pak cik Rahim tampak biasa memasukkan benang ke dalam lubang jarum yang begitu halus menggunakan dengan jari-jari kaki. Begitu pun, ia bukan satu tugas yang mudah.
Kemahiran dan pengalaman lebih 30 tahun sebagai tukang jahit membuatkan pak Rahim atau lebih dikenali sebagai Pok Su Mie, begitu cekap memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
Bukan sahaja menjahit, dia yang hanya mempunyai dua jari di bahu kanan, turut menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melakukan rutin harian seperti menjawab telefon dan memandu kereta. Mungkin janggal dan pelik di mata orang lain namun bagi yang biasa melihatnya, perkara itu sudah menjadi lumrah dan semua pelanggan Pok Su Mie tahu mengenainya.
“Semua urusan memotong kain dan menjahit saya lakukan menggunakan kaki dan setakat ini semua pelanggan nampaknya berpuas hati.
“Sebenarnya kemahiran menjahit ini saya pelajari di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Cheras, Kuala Lumpur 30 tahun lalu dan sehingga kini kemahiran itulah saya gunakan untuk menyara keluarga,” katanya yang mempunyai seorang isteri, Noraishah Hamzah, 44, dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
Rahim berkata untuk menanggung keluarga, dia sebelum ini mengusahakan ternakan itik telur namun kesemuanya musnah selepas dilanda banjir besar pada 2014.
“Dahulu saya mempunyai beribu-ribu ekor itik dan dipelihara berdekatan rumah namun banyak yang mati dan hilang selepas banjir.
“Saya kini merancang untuk membina kembali perusahaan itu dengan bantuan pelbagai pihak. Sekiranya ada rezeki saya juga berminat untuk memelihara haiwan lain seperti lembu atau kambing,” katanya.
Mengulas mengenai kerjaya sebagai tukang jahit, Rahim berkata dia mengambil tempahan baju Melayu, pakaian wanita serta menjahit seluar jeans.
“Saya mampu menghasilkan sepasang baju Melayu atau kemeja dalam masa sehari dengan upah RM90 selain menjahit jubah wanita dan membaiki seluar jeans dengan harga serendah RM5.
“Menerusi kerja ini, saya memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM15 hingga RM20 sehari dan dengan pendapatan itulah saya menyara keluarga,” katanya yang turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.
Rahim berkata walaupun dia dan isteri tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya namun mereka bersyukur kerana kesemua anak dilahirkan normal.
Jelasnya, Noraishah yang dijodohkan dengannya oleh keluarga, hanya mampu mengesot akibat menghidap demam panas ketika kecil dan tidak boleh melakukan kerja berat.
“Saya bersyukur kerana masih mampu berdikari dan tidak menyusahkan orang ramai. Dengan kudrat yang ada inilah saya akan berusaha menyara keluarga apatah lagi anak-anak yang berusia antara lima hingga 14 tahun masih belum boleh berdikari,” katanya yang turut aktif dalam sepak takraw dan bola sepak sebagai aktiviti harian.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.