Buat yang berkali-kali mencuba menanam daun sup, namun asyik mati sahaja tentu boleh membuatkan rasa tidak puas hati.
Jadi apa kata, jangan putus dan terua mencuba menanam dengan kaedah sebagaimana yang dikongsikan oleh Aimah Raiyan.
Pokok Sup
Lama sebenarnya nak share cara akak semai pokok sup.Sebelum ni akak semai guna peatmoss.Dari sepeket 2biji je bercambah.Tu pun makan masa.Jejak sebulan baru timbul.
Sekarang dah tak pening2 lagi nak semai dia.Boleh ikut cara ni kalau rase ia senang.Peratus benih yang bercambah pun tinggi.
Cara ada di pic ye.
Step 1
Tabur benih agak2 pada span
aquarium. Air paras2 span je.Janji span tu basah.Dah mula keluar daun,boleh tukar air tu pada baja AB.Cepat sikit besonya.
Ads
Step 2
Step 3
Ads
Ni umur akak tak berapa ingat. Sebab tak catat pun masa semai. Besar dari ni sikit dah boleh alihkan.Bila dah umur2 segini kena rajin top up air baja tu. Cepat kering.Ni letak kat tempat redup je.Sebab umah akak memang susah cahaya matahari derect nak masuk.
Ni semua anak kecil tadi yang telah membesar.
Ni dah bagi mak dan jiran sepasu sorang. Banyak sangat, sepasu panjang tu pun tak habis makan.
Bulan puasa ini, selain bau mulut ada lagi satu masalah iaitu bibir kering akibat kekurangan air. Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir.
Jadi, takkan ada lagi masalah bibir kering, tapi pastikan anda memberus dengan lembut supaya tidak menyebabkan bibir anda terluka. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu adalah saat yang dinantikan bagi setiap wanita. Namun, bukan mudah untuk menggalas tanggung jawab tersebut.
Lebih-lebih lagi dalam usia muda dan ekonomi keluarga yang tidak kukuh. Itu yang dihadapi oleh Datin Seri Shahida ketika mengandungkan anak ketiganya, Ibraheem Adham.
Isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff ada berkongsi pengalamannya yang hampir-hampir menggugurkan kandungan dek kerana belum bersedia menimang cahaya mata.
“Dulu waktu mengandung baem anak-anak semua kecik lagi.. Mengandung Baem umur saya 27 tahun, waktu tu bila tahu hamil saya tak happy langsung sebab sangat-sangat tak nak ada anak lagi dengan ekonomi tak berapa baik.
“Saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan. Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak. Terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yang saya nak buat ni salah
‘Saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan. Kalau ingat balik berdosanya saya tak terima rezeki Allah nak bagi ni,”ujar Datin Seri Shahida lagi.
Lebih membuatkan ibu kepada 6 cahaya mata ini sebak bila mana doktor memberitahu anak di dalam kandungannya sudah mempunyai jantung.
“Kata doktor lagi, nanti esok-esok dia ni lah anak yang membahagiakan awak. Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya tak malu nak cerita sebab untuk pengajaran kita semua..
Tidak sangka apa yang diperkata oleh doktor tersebut benar-benar berlaku. Darin Seri Shahida mengakui anaknya Baem adalah penghibur dirinya.
“Seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yang lain tak sempat sebab dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak-anak ni…tak lama lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apa pun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yang baik-baik datang pada kita..
Ramai netizen yang memberikan reaksi pada posting Datin Seri Shahida tersebut. Ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
mysworldofcupcakesAkak pun pernah mengalami pengalaman anak 1 masih kecil dah mengandung anak ke 2..Insha Allah anak2 ni rezeki dan juga ujian dari Allah. Kita redha kelak anak2 ini akan bahagiakan kita dunia dan akhirat.
nonie_pauziBetul tu sy pon ank ke 4 ni pregnant dlm paksa huhuhu tp ank ini lah jd penyejuk hati sy….dia asyik sengeh sepanjang masa smp sakinggg sayangnya sy pd dia lebih dr ank2 yg lain rasanya hehehe
abbymayaqasehBetul tu datin sy sendiri pernah ada perasaan mcm tu..tak happy bila dpt tahu preggy..stressnya lahai sbb sy preggy yg ke 6…bkn tak nak tp kata2 org sekeliling ditambah dgn penat bekerja,anak2 masih kecil,bkn tak merancang tp rezeki ALLAH bagi,sy tak kaya harta tp kaya dgn anak2?…alhamdulilah anak sy skrg baru nak masuk 3 bulan..keletahnya membahagiakan sy..penat bekerja hilang bila tgok keletah dia semakin bijak padahal baru 3 bulan..alhamdulilah…kasih ibu sampai ke syurga….
aurora_chocojarSame goes to me too. Anak first tapi ekonomi tak stabil. Suami tak keja. Bila dpt tau ada isi. Nak rasa happy tapi tak dpt sbb mkn minum pon tpksa bjual ABC dpn rmh. Kawen umur muda then 2 tahun lepas tu bru dpt baby. Nasib hati saya kuat try bersyukur. Kandungan masuk 4-5 bulan. Suami dpt offer keja gaji yg bolej tanggung kami 3 beranak. Lahir jer dia bulan Mac haritu, suami dah mula masuk keja and anak masuk 2-3 bulan suami terus naik pangkat. Rezeki anak tak dpt kita jangka. Nasib saya tersedar and bersyukur sbb tak cuba utk gugurkan. Nasib saya sempat munasabah diri. Tuhan takkan bagi anak tanpa sebarang perancangan utk anaknya. Sekarang, dah bisnes Aurora Choco Jar sempena nama anak yg memberi rezeki seluas luas langit di atas.
hananiehasimSy pun pnah rasa prasaan x ready utk ade bby.. ekonomi x stabil, bby 2nd blom setahun… Rncang sndri x mnjadi, bila cek urine +ve. X thu nk happy ke nk nangis. Smggu lbih jugk la nk trima hakikat. Masa tu prgnant 3rd bby. Dah ade 2 boy. Tukar mind set, pujuk hati kot2 Allah nk bg bby girl.. ckup 7 buln, scan.. boy jugk. Redha.. tp sejk lahir baby 3rd masa tu, rezki sgt luar biasa.. mncurah2 rezki baik dr segi hub kkluargaan, blnja mkan n pkai, mahupun kshatan.. dan bby 3rd ni la jugk yg sejuk mata mmandang. Keletah dan kerenah die lah yg menyejukkn jiwa.. krn Allah sebaik2 perancang utk kita.
nur.haf.syasama dengan sy mengandung ank ke2 ketika merancg betul2 xbersedia sbb ank 1st baru 7@8bln masa tu ? tp Alhamdulillah nurse kat kk bg kata2 semangat teruskn kandungan rezeki Allah bg,masa tu mabuk jga ank kecik lg huhu stress dgn mcm2 masalah lain lg Allah ja tahu…skrg ank kedua dah 2 thn lbh semuanya terjadi ada hikmah dsebaliknya…tq datin share pengalaman skrg sy tau bkn sy sorg ja alami perasaan begitu…kita sedar kita baiki .
letradesitraBeautiful kids! mmg saya suka tgk diaorang bertiga ni very good kids n well behaved..
fauzi_n_56Tahniah datin.respect kerana berani mengaku ksilapan…selute….
noorzaimah_83Ape yg datin lalui.. sya lalui skrg… Alhamdullillah … dpt menghadapi n terima rezeki yg Allah beri.. semoga kelahirannye membawa tuah bt kami sekeluarga..
Menu ringkas ini sentiasa jadi pilihan, baik ketika di rumah mahupun makan di luar. Tetapi, ibu-ibu pasti tertanya – tanya macam mana nak dapatkan telur dadar yang gebu, tebal macam kat kedai?
Jom admin kongsikan resipi asal dari saudara Khairul Hakimin Muhammad yang pernah tular sehingga dikongsikan lebih 6000 perkongsian sebelum ini.
Sementara laki kau sedang menonton Lee Chong Wei menang badminton itu, eloklah abang kasi tahu kau orang bagaimana nak masak telur dadar sampai naik lawa seinci. Senang amat.
Boleh jadi ini makanan kegemaran laki kau nanti. Ya lah, ia kaya dengan protien. Kahkahkah. Kali ini abang buat untuk makan sekeluarga yang ramai ya ampun. Jadi besarlah bahagiannya. Kau nak buat kecil-kecil, pandai-pandailah nak bahagikan bahan.
Bahan-bahan:
10 biji telur ayam gred suka hati kau.
1/2 cawan susu cair
2 biji bawang besar India
2 biji cili merah
1 cekak daun kucai
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
2. Kemudian, cincang semua bawang, cili dan kucai.
3. Masukkan dalam bekas telur tadi.
4. Gunakan pemukul belon (whisk) dan pukul bahan-bahan tadi.
6. Kemudian masukkan serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam. Pukul lagi sampai kembang sekali lagi.
7. Panaskan kuali Tefal yang kau ada. Tak payah minyak okeh.
8. Pasang api kecil.
9. Masukkan telur tadi dalam kuali.
10. Kemudian tutup dengan penutup periuk.
11. Dalam 10 minit. Kau bukak, akan dia kembang lawa. Kau ambil sudu atau garfu, kuis-kuis dia kat tengah kasi ada lubang. Tutup semula. Kalau kau terer, kau boleh balikkan. Dalam 10 minit lagi, boleh siap dah itu.
12. Tadaa.
13. Haaa amacam? Sedap woih. Lembut, moist dan segar ya Tuhan.
Selamat mencuba! Jemput share sampai pengsan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di