Isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana kini kembali menjadi perbualan hangat netizen di media sosial berikutan pendedahan isteri kepada Syamsul Yusof baru-baru ini.
Perkongsian ibu kepada sepasang cahaya mata ini meraih perhatian ramai. Disebalik kontroversi yang melanda, namun hubungan antara menantu dan mentua tetap baik.
Ini dapat dilihat apabila Puteri Sarah menerusi aplikasi TikToknya memuatnaik satu rakaman video mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri bersama cucu mereka.
Hidup ini penuh dengan keberkatan, tapi kita selalu ambil mudah. Kita selalu fikirkan perkara yang kita tidak miliki. Hargailah apa yang kita ada sekarang dan bersyukurlah.
Demikian kapsyen yang ditulis Puteri Sarah.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan Datuk Yusof Haslam dan isteri yang masih melayan menantu serta cucu dengan baik walaupun rumah tangga anaknya sedang dilanda badai.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Doktor, gigi saya sakit sangat ni..dah 3 hari menanggung sakit”.
“Kejap ya saya periksa dulu…”
“Cabut jelah doktor, tak tahan dah ni..”.
Ku lihat berair mata pesakit menawan sakit.
“Gigi masih kuat, boleh diselamatkan lagi..jangan lah cabut…kita boleh buat rawatan salur akar / matikan akar..”
“Rawatan akar tu apa doktor? Macammana tu? Tak pernah dengar pun..”.
“Rawatan salur akar ialah kaedah rawatan dalam bidang kepakaran endodonthics iaitu endo (dalam) dan odont (gigi) yang merawat bahagian dalaman gigi”.
“Rawatan itu dilakukan bagi membolehkan gigi yang rosak dipulihkan dan diselamatkan daripada dicabut”.
ILMU TENTANG GIGI
Gigi mempunyai tiga lapisan iaitu enamel, dentin dan urat saraf (pulpa).
Keradangan boleh terjadi pada gigi yang berlubang atau ada tampalan.
INDIKASI RAWATAN SALUR AKAR.
➡️ Gigi yang mengalami kerosakan sehingga membabitkan lapisan paling dalam iaitu pulpa. Dalam pulpa terdapat salur darah dan saraf.
Jika pulpa mengalami keradangan yang tidak berbalik atau mati, rawatan ini boleh dijadikan pilihan.
Ini termasuk gigi yang tidak rosak tetapi mempunyai tampalan yang besar lagi dalam dan korona gigi asli yang patah akibat kecederaan.
➡️ Gigi yang akan dimatikan secara elektif untuk memberi ruang bagi peletakan tiang post atau cerucuk sebagai penyokong teras dan korona gigi, atau gigi yang akan menjalani pembuangan sebahagian akar gigi.
Bagaimanapun, TIDAK SEMUA GIGI BOLEH DIRAWAT DENGAN RAWATAN INI, ini termasuk :
•Gigi yang tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan struktur korona yang teruk.
•Gigi yang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mengunyah.
•Gigi yang sangat goyang iaitu tidak cukup sokongan daripada gusi dan tulang.
•Gigi yang mempunyai ramalan yang meragukan (poor and questionable prognosis) dan pesakit yang tidak dapat memberikan kerjasama ketika rawatan dibuat.
•Pesakit yang mempunyai tahap kesihatan mulut yang teruk dan tidak dapat dipulihkan dalam tempoh yang munasabah.
•Gigi yang retak atau patah akar.
Sekian, kongsikan ilmu ini agar lebih ramai dapat menyelamatkan gigi mereka. Jangan rongak sebelum waktunya
Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim Klinik Pergigian Azila Bangi
Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengetua keluar rumah pukul 5.30 pagi sambut pelajar datang sekolah. “Sebelum kamu berjaya, saya dah peluk kamu dulu’ itulah ungkapan penuh makna daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Dr Ahmad Kamal Ariffin.
Pendidik berusia 50 tahun ini menjadi tular di media sosial kerana rutin hariannya yang unik, di mana beliau menyambut pelajar di pintu pagar sekolah setiap pagi dengan penuh keikhlasan dan sentuhan jiwa.
Setiap pagi, bukan untuk memeriksa pakaian atau menegur pelajar yang datang lambat, tetapi beliau hadir dengan senyuman, pelukan dan kata-kata semangat sebagai motivasi buat mereka.
Video rakaman beliau berdiri di pintu pagar sejak awal pagi bukan sekadar menunjukkan kasih seorang guru, tetapi menggambarkan perjuangan seorang pendidik yang berkorban untuk membentuk generasi berakhlak mulia.
“Sejak terima surat lantikan daripada Ketua Pengarah Pendidikan pada 17 September 2024 untuk menjadi pengetua, saya tak pernah berhenti berusaha.
“Inilah pertama kali saya pegang jawatan pengetua. Saya ditempatkan di sekolah yang menduduki ranking kedua terburuk dari segi prestasi di Kuala Lumpur. Keputusan peperiksaan sangat mengecewakan dan pelbagai masalah lain, termasuk kemudahan yang kurang memuaskan. Ramai kata sekolah ini agak ‘daif’ di bandar,” katanya kepada Harian Metro.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam Kementerian Pendidikan, pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Murid dan Hal Ehwal Murid serta Kaunseling, Dr Ahmad Kamal berusaha membawa perubahan berdasarkan pengalaman luasnya.
“Saya cuba buat transformasi. Dasar Sekolah Penyayang memang ada garis panduan untuk meraikan pelajar setiap pagi, jadi saya jadikan itu amalan tetap saya.
“Saya keluar rumah seawal 5.30 pagi dari Putrajaya dan akan solat subuh di surau sekolah. Pada mulanya, saya perhatikan kebanyakan pelajar datang daripada latar belakang mencabar, sekitar 95 peratus dari keluarga B40. Masalah disiplin banyak, kurang motivasi belajar, ada isu keluarga seperti perceraian dan persekitaran yang terdedah kepada dadah. Jadi saya ambil pendekatan meraikan mereka setiap hari,” ujarnya.
Apabila ditanya siapa yang menjadi fokus utama untuk dibentuk terlebih dahulu, guru atau pelajar, beliau menjelaskan pendekatannya adalah serentak.
“Saya tegas dengan guru. Saya tak segan marah kalau perlu sebab mereka orang dewasa. Ada yang datang lambat pun saya nasihat dengan tegas. Tapi dengan pelajar, saya cuba jadi lebih penyayang dan lembut.
“Guru pula nampak disiplin bila pengetua datang paling awal dan balik paling lewat,” katanya.
Selain itu, beliau memperkenalkan solat berjemaah yang melibatkan pelajar, guru, malah pengawal keselamatan, selain mewujudkan sinergi erat antara guru, pelajar dan ibu bapa.
Hasil pendekatan ini, sekolah mencatat peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kehadiran pelajar bertambah baik dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga meningkat dengan ketara.
“Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur baru-baru ini mengiktiraf sekolah dan saya kerana pencapaian meningkat kedua tertinggi di Kuala Lumpur. Saya rasa sangat puas hati.
“Setiap pagi berdiri di pintu pagar untuk menyantuni pelajar selama sejam memang penat, tapi berbaloi. Pelajar pun nampak seronok. Pelajar India, Melayu, Cina semua gembira,” ujarnya.
Menurut Dr Ahmad Kamal, pendekatan menyambut pelajar ini berasaskan dasar Sekolah Penyayang yang beliau sendiri pernah terlibat dalam penggubalannya di Kementerian Pendidikan.
“Dasar Sekolah Penyayang ada empat elemen, salah satunya meraikan pelajar datang ke sekolah. Saya tak ikut jadual giliran seperti guru lain. Saya jadi ‘kapten’ setiap hari berdiri di pintu pagar, ini buat cikgu-cikgu hormat dan cuba ikut cara saya,” jelasnya.
Beliau juga mengubah wajah sekolah dengan menambah kawasan bendera Malaysia dan pelbagai bendera korporat utama di Malaysia.
“Saya mahu pelajar tahu dunia luas dan penuh peluang. Saya tanam semangat berniaga dan motivasi dalam diri mereka. Dana ini datang dari sumbangan masyarakat, wakaf dan bantuan pemimpin,” katanya.
Dengan 95 peratus pelajar berasal dari keluarga B40, sentuhan harian dan pelukan yang diberikan membuat ramai pelajar, terutamanya lelaki, mula berubah dan jadi lebih lembut hati.
“Pelukan saya fokus kepada pelajar lelaki. Lama-kelamaan mereka jadi lebih tenang. Cabaran seorang guru adalah buang ego marah dan tidak sabar. Kita peluk mereka, raikan mereka,” katanya.
Walaupun dulu kerjanya lebih mudah di kementerian dengan hanya enam staf, kini beliau menguruskan lebih 700 pelajar dan lebih 60 guru, termasuk 98 pelajar berkeperluan khas.
“Beban dan cabaran memang banyak, ada pelajar yang pernah ludah guru, masuk kelas sesuka hati. Rasa nak marah dan buang sekolah memang ada, tapi saya sabar. Saya peluk mereka, tunjuk sayang dan buat baik,” katanya.
Beliau menambah, biasanya pelajar hanya dapat pelukan apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan atau akademik, tetapi beliau peluk mereka sebelum kejayaan itu datang sebagai restu dan motivasi.
Walaupun tak sempat bertemu pelajar waktu tamat sesi persekolahan, kadang-kadang ada pelajar yang spontan peluk beliau apabila bertemu di kawasan sekolah.
“Mereka rasa dijaga. Tapi selepas keluar pintu pagar, mereka hadapi pelbagai cabaran lagi. Saya tak putus berdoa untuk mereka,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.