Tiada siapa yang suka atau rela jika diri diperlekehkan apatah lagi andai difitnah. Pasti sahaja diri ini akan sedih, namun itulah ragam dunia kerana dunia ini pentas ujian.
Malah baru-baru ini, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun seperti kelazimannya melakukan sesi live di TikTok untuk menyampaikan dakwah dan ceramahnya. Dalam pada itu, Ustazah Asma sempat juga menyelitkan ceritanya baru-baru ini apabila dikecam hebat gara-gara sekeping foto bersama anak orang kenamaan. Sedangkan waktu itu, sesi bergambar tersebut adalah sekadar merakam kenang-kenangan.
Disebabkan kecaman yang diterimanya secara bertubi-tubi, ustazah Asma jelas tidak dapat menahan tangisnya. Malah berkali-kali dilihat mengesar air mata yang mengalir di pipi dengan menggunakan tisu untuk meneruskan perkongsiannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati dan bersimpati dengan ujian dan fitnah yang menimpa diri ustazah Asma. Bukan itu sahaja ramai juga tampil memberi komen yang positif agar menyuntik semangat buat ustazah terus bangkit menghadapi ujian kali ini.
“Kenapa Ustazah nangis 😭 sebak sangat ya Allah. Semoga Allah sentiasa bantu usaha dakwah Ustazah selalu, moga Allah mudahkan semuanya 😭💕💕,” tulis salah seorang pemilik akaun TikTok di ruangan komen.
“MasyaaAllahhhhh Subhanallahhhhh Jgn menangis ustazah ujian yg Allah SWT beri ini kerana Allah SAYANG ustazah Air mata ustazah yg jadi SAKSI🥰🥰🥰,” tambah yang lainnya.
Turut mendoakan ustazah agar terus kuat dan tabah ,”Semuga tabah ustàxah insan terpilih untuk meneruskan perjuangan Rasullullah.s a w….”
“Subhanallah🥺 asbab saya dengar banyak ceramah ustazah Asma harun ni lah saya terus berubah…🥺baik nya ALLAH hadirkan beliau🤲🏻,” tulis yang lain.
“Bersyukurlah dgn kecaman Dan hinaan makhluk kerana Allah sedang mengangkat darjat ustazah di sisiNya..bersyukurlah ustazah dipilih oleh Allah,” komen yang lain lagi.
Apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan, pastinya ada sebahagian ibu ayah berasa sedih dan kecewa. Apatah lagi telah begitu lama menanti panggilan tersebut.
Papun begitu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH).
Sehubungan dengan itu bagi mengubat rasa sedih di hati bakal jemaah haji, Ustazah Isfadiah kongsikan ada 7 amalan di mana pahalanya dapat disamakan dengan pahala haji jika dilaksanakan.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian ini.
7 Amalan sama dengan pahala Haji.
Ada 7 amalan yang memiliki pahala Haji dan Umrah. Luar biasanya ganjaran bagi setiap amalan ini walaupun tidak dapat menjejaki Tanah Haramain namun begitu setiap amalan ini tetap tidak dapat menggantikan kefardhuan ibadah haji.
Semoga dengan mengetahui tentang amalan ini dapat mengubat dan memujuk hati-hati para bakal jemaah haji yang telah bersedia untuk menunaikannya namun tertangguh dengan kehendak Allah pada tahun ini.
1. Keazaman dan kesungguhan yang tinggi untuk menunaikan ibadah haji:
Seseorang yang bersungguh-sungguh, melakukan persediaan, berkeinginan dan keazaman yang tinggi namun telah terhalang atau uzur, mereka sabar dan redha maka mereka tetap memperolehi pahalanya.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى غَزَاةٍ فَقَالَ « إِنَّ بِالْمَدِينَةِ لَرِجَالاً مَا سِرْتُمْ مَسِيرًا وَلاَ قَطَعْتُمْ وَادِيًا إِلاَّ كَانُوا مَعَكُمْ حَبَسَهُمُ الْمَرَضُ »
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, dalam suatu peperangan (perang tabuk) kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang yang tidak dapat turut serta dalam perjalanan perang, juga tidak menyeberangi suatu lembah (tidak turut serta dalam kepayahan) namun mereka bersama kalian (dalam pahala). Padahal mereka tidak ikut berperang karena mendapatkan uzur sakit.” (HR. Muslim).
Dalam lafaz lain disebutkan,
إِلاَّ شَرِكُوكُمْ فِى الأَجْرِ
“Melainkan mereka yang terhalang sakit akan dicatat ikut serta bersama kalian dalam pahala.”
2. Solat sunat Isyraq:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang melaksanakan shalat subuh secara berjama’ah lalu ia duduk sambil berzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan solat dua raka’at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umrah.” Baginda saw pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.”
(HR. Tirmidzi)
Syaratnya:
-Solat Subuh Berjemaah
-Tidak berganjak dari ruang tempat solatnya (menunggu) hingga matahari terbit dan sesuai untuk solat sunat Isyraq (12-15 minit selepas waktu syuruq).
3. Membaca selepas selesai solat 33 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir:
“Ada orang-orang miskin datang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka berkata, orang-orang kaya itu pergi membawa darjat yang tinggi dan kenikmatan yang kekal. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami berpuasa. Namun mereka memiliki kelebihan harta sehingga boleh berhaji, berumrah, berjihad serta bersedekah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Maukah kalian aku ajarkan suatu amalan yang dengan amalan tersebut kalian akan mengejar orang yang mendahului kalian dan dengannya dapat terdepan dari orang yang setelah kalian. Dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian, kecuali orang yang melakukan hal yang sama seperti yang kalian lakukan. Kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir di setiap akhir shalat sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Kami pun berselisih. Sebahagian kami bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh empat kali. Aku pun kembali dan bertanya padanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ucapkanlah subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar, sampai tiga puluh tiga kali.” (HR. Bukhari).
4. Berbuat baik kepada dua ibubapa:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Ada seseorang yang mendatangi Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ia sangat ingin pergi berjihad namun tidak mampu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya padanya apakah salah satu dari kedua orang tuanya masih hidup. Ia jawab, ibunya masih hidup.
Rasul pun berkata padanya, “Bertakwalah pada Allah dengan berbuat baik pada ibumu. Jika engkau berbuat baik padanya, maka statusnya adalah seperti berhaji, berumrah dan berjihad.” (HR. Ath-Thabrani)
Jika ibubapanya atau salah satunya telah meninggal dunia maka lakukanlah yang berikut.
a- Mendoakan kedua orang tua.
b- Meminta keampunan pada Allah untuk mereka.
c- Menunaikan janji mereka setelah meninggal dunia seperti melangsaikan hutang mereka.
d- Meneruskan hubungan silaturahim dengan keluarga dekat keduanya.
e- Memuliakan rakan karib keduanya.
f- Bersedekah atas nama kedua orang tuanya
Tiga amalan seterusnya terikat pada situasi di musim pandemik ini.
5. Solat 5 waktu berjemaah di Masjid:
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berjalan menuju solat wajib berjama’ah, maka ia seperti berhaji. Siapa yang berjalan menuju shalat sunnah, maka ia seperti melakukan umrah yang sunnah.” (HR. Thabrani).
6. Menghadiri Majlis Ilmu Di Masjid:
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berangkat ke masjid yang ia inginkan hanyalah untuk belajar kebaikan atau mengajarkan kebaikan, ia akan mendapatkan pahala haji yang sempurna hajinya.” (HR. Thabrani)
7. Umrah di bulan Ramadan:
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya pada seorang wanita,
مَا مَنَعَكِ أَنْ تَحُجِّى مَعَنَا
“Apa alasanmu sehingga tidak ikut berhaji bersama kami?”
Wanita itu menjawab, “Aku punya tugas untuk memberi minum pada seekor unta di mana unta tersebut ditunggangi oleh ayah fulan dan anaknya –ditunggangi suami dan anaknya-. Ia meninggalkan unta tadi tanpa diberi minum, lantas kamilah yang bertugas membawakan air pada unta tersebut. Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Siapakah peserta pilihan anda sekeluarga untuk dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020?
Menjawab teka teki ini, jangan lupa untuk saksikan siaran langsung finale Ratu Hijabista pada 30 September (Rabu) jam 9.00 malam di saluran Astro Prima HD.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
Mengimbau kembali berkenaan penyertaan pertandingan Ratu Hijabista ini, ia terbuka kepada semua wanita Malaysia berhijab berumur di antara 21 hingga 30 tahun.
Nyata program seperti ini telah menarik lebih 550 calon peserta dengan memuatnaik video ujibakat mereka di laman sosial Instagram.
Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk.
12 FINALIS RATU HIJABISTA
1. Siti Aishah Idris, 27, Pulau Pinang
2. Nur Aqilla Sidi Ahmad, 25, Negeri Sembilan
3. Aunee Azrina Zulkifli, 27, Johor
4. Asfika Mohamad, 26, Pahang
5. Nurul Ellyna Anuar, 21, Johor
6. Nurfiyanti Afrina Roslan, 23, Pulau Pinang
7. Nur Fatin Najihah Noor Hisham, 21, Johor
8. Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, Selangor
9. Siti Sariah Abdullah, 21,
10. Shamellya Norazizi, 23, Selangor
11. Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, Shah Alam
12. Nuryusrina Shan Firdaus Shan, 23, Kedah
Program pencarian Ratu Hijabista mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Jadi buat anda seisi keluarga, jangan lepaskan menonton episod kemuncak Ratu Hijabista ini dan sebelum itu kita tatap sekali lagi satu persatu 4 finale Ratu Hijabista yang cantik dan bijak ini.
QILA SHAHIRAH
TINA AZIZ
MELLYA AZIZI
FIFFY AFRINA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Vidi Aldiano meninggal dunia dan berita duka itu benar-benar meruntun hati ramai peminat. Penyanyi popular Indonesia tersebut dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, 7 Mac 2026 pada usia 35 tahun selepas melalui perjuangan panjang melawan kanser buah pinggang.
Buat ramai yang mengikuti perjalanan hidupnya, pemergian ini bukan sekadar tentang perginya seorang anak seni. Ia juga mengingatkan kita kepada satu sisi Vidi yang sangat kuat, tenang dan penuh reda ketika berdepan ujian berat.
Di sebalik senyuman yang sentiasa menghiburkan, tersimpan kisah perjuangan yang sangat menyentuh hati.
Vidi Aldiano meninggal dunia selepas bertahun-tahun berjuang dengan penyakit kanser buah pinggang tahap 3 yang dikesan sejak penghujung tahun 2019.
Ketika itu, beliau menjalani pembedahan membuang buah pinggang kiri di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sebelum meneruskan rawatan dan pemeriksaan berkala.
Dalam perkembangan berikutnya, sel kanser dilaporkan kembali dikesan dan sejak tahun 2021 beliau menjalani rawatan kemoterapi secara berkala.
Walaupun keadaan kesihatannya turun naik, Vidi tetap dikenali sebagai figura yang memilih untuk terus hidup secara positif.
Pada November 2025, beliau juga dilaporkan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi fokus penuh kepada rawatan dan pemulihan diri.
Antara perkara yang paling menyentuh hati selepas Vidi Aldiano meninggal dunia ialah catatan yang pernah tular apabila dia menyifatkan penyakit yang dialaminya sebagai “hadiah Tuhan”.
Dalam refleksi sempena enam tahun perjuangannya, Vidi berkongsi bahawa ujian itu mengubah banyak perkara dalam hidupnya, termasuk keutamaan, cara berfikir dan cara dia memandang dunia.
Lebih menyentuh perasaan, Vidi turut menggambarkan tempoh sakit itu sebagai perjalanan yang mengajarnya tentang sabar, berserah dan ikhlas.
Ungkapan “Terima kasih kanser” bukanlah tanda dia meraikan kesakitan, tetapi lebih kepada tanda syukur kerana ujian itu membentuk jiwanya menjadi lebih matang dan lebih menghargai hidup.
Bahagian inilah yang membuatkan ramai peminat tersentuh kerana tidak semua orang mampu melihat derita sebagai ruang untuk belajar dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Nama Vidi Aldiano cukup besar dalam industri hiburan Indonesia. Beliau mula dikenali luas menerusi lagu-lagu seperti Nuansa Bening dan Status Palsu.
Sepanjang kariernya, beliau bukan sahaja dikenang sebagai penyanyi berbakat tetapi juga sebagai insan yang disenangi ramai kerana keperibadiannya yang lembut dan menyenangkan.
Namun selepas Vidi Aldiano meninggal dunia, ramai peminat menyedari bahawa beliau meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada sekadar karya seni.
Beliau meninggalkan teladan tentang bagaimana seorang manusia menerima ujian hidup dengan hati yang lapang.
Dalam dunia yang sering mengajar kita untuk kelihatan kuat, Vidi menunjukkan bahawa kekuatan sebenar juga hadir melalui penerimaan, kesabaran dan rasa syukur.
Kisah Vidi Aldiano meninggal dunia juga menjadi peringatan yang sangat halus tetapi mendalam buat kita semua.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar hal besar dalam hidup sehingga terlupa mensyukuri nikmat yang paling asas, iaitu sihatnya tubuh, hadirnya insan tersayang dan masa yang masih Allah pinjamkan untuk kita.
Pemergian beliau mungkin satu kehilangan besar buat dunia hiburan, tetapi cara beliau menghadapi ujian itulah yang akan terus hidup dalam ingatan ramai.
Kata-kata dan pandangannya tentang sakit seolah-olah mengajar kita bahawa ada ujian yang datang bukan untuk mematahkan, tetapi untuk melembutkan hati dan memperbetulkan semula keutamaan hidup.
Semoga segala kebaikan Allahyarham terus dikenang dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan.
Ada insan yang hadir untuk menghiburkan, dan ada insan yang pergi dengan meninggalkan iktibar. Vidi Aldiano nyata meninggalkan kedua-duanya.
Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid berkongsi pandangan mengenai peranan sebenar seorang nenek serta menegaskan hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu dihormati.