Membesarkan anak angkat beragama Islam, Chee Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee, 83, yang membesarkan Rohana Abdullah, 20, sejak usia dua bulan hingga sekarang mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan kerana keikhlasannya menjaga serta mendidik gadis itu walaupun mereka berlainan agama.
Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Chee yang hadir berkerusi roda ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menjawab ringkas: “Saya sangat gembira (menerima anugerah itu).”
Ads
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Syed Zainal Abidin, 59, berkata pengurniaan anugerah itu memberikan semangat untuk beliau menjalankan tugas seharian yang mencabar.
Ads
“Saya memang suka mengamalkan korporat dakwah dan dengan adanya anugerah ini saya serta rakan-rakan korporat lain akan menggunakan platform sedia ada untuk berbuat baik dalam syarikat dan komuniti sekeliling,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Lima lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul adalah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Datuk Dr Azizan Baharudin, Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9 Ahmad Noor Sulaiman dan Pengerusi Yayasan ZIKAY Mohd Khay Ibrahim.
Ads
Penerima lain adalah aktivis kemanusiaan dan penceramah motivasi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina serta kaunselor berdaftar Hushim Salleh.
Sumber : Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah tangga yang bahagia dan harmoni lahirnya dari kejujuran dan keikhlasan di antara suami isteri. Bohonglah andai kata tiada perselisihan faham, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, dalam melayari alam rumah tangga kesetiaan dan kasih sayang antara keduanya disemai dengan sebaik mungkin.
Di saat isteri sedang menanggung kesakitan, mengusung perut yang terisi dengan nyawa si kecil, namun tergamak nya si suami melafazkan cerai tanpa mengambil kira perasaan dan situasi insan yang sebelum ini pernah menjadi orang kesayangannya. Benarlah ada ungkapan yang mengatakan “wanita diuji di saat lelaki tidak mempunyai apa-apa & lelaki diuji di saat dia memiliki segala-galanya.
Saudara Firdaus Shakirin memuat naik perkongsian dan pandangannya mengenai isu berkenaan dari kaca mata seorang lelaki dan juga ayah. Hadamkan perkongsian ini!
[ Dari Lelaki Kepada Lelaki ]
Saya Bukan Daei…
Saya seorang lelaki biasa, seorang suami, dan juga seorang ayah kepada 3 cahaya mata…saya tidak menentang poligami, saya tidak mengharamkan apa yg halal utk kita buat sebagai seorang suami…
Nak kahwin lagi, nak berpoligami, ianya sunnah…
Ya, sunnah…Adakah Rasulullah s.a.w hanya meninggalkan 1 sunnah sahaja utk kita ikuti dan contohi? Tak kan…? Banyak lagi sunnah2 lain yg Baginda tinggalkan utk umat Baginda… Menghargai isteri, menyayangi isteri, memahami isteri, menggauli isteri dgn baik juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w…
Berapa kerat lelaki yg mengamalkan poligami dlm keadaan mampu? Mampu utk berlaku adil, mampu utk memberi layanan yg sekata, mampu utk menyediakan nafkah yg sama…?
Tak ramai…dan bila tak ramai yg mampu, tp masih berpoligami, maka penganiayaan akan berlaku dlm rumahtangga itu…semuanya disebabkan ketidakmampuan si lelaki dlm menjadi seorang suami yg mengamalkan poligami…
Berapa kerat lelaki yg ingin berpoligami dan memohonnya di Malaysia serta berkahwin di Malaysia?
Tak ramai…byk yg ke luar negara utk bernikah, utk mendirikan rumahtangga…kenapa? adakah proses dan prosedur Pejabat Agama Malaysia tentang kebenaran berpoligami ini rumit?
Tak rumit, cuma dia takut permohonannya ditolak, dia takut isteri pertama dipanggil mahkamah dan membongkarkan segala perangainya di rumah… Kenapa permohonannya ditolak?
Sbb pihak mahkamah syariah dapat menilai kemampuan si suami yg ingin berpoligami berdasarkan apa yg dia beri, apa yg isteri pertama ceritakan, lalu memutuskan bahawa DIA TIDAK MAMPU dlm segala segi…
Bila dah dapat yg baru, yg lama tak berguna lagi…
Kebanyakannya mcm tu…yg baru ditatang, yg bru disayang, apa yg baru kata, semuanya betul dan kena…bila yg lama bersuara, dia isteri derhaka…bila yg lama mengingatkan akan haknya, dia isteri yg tak tahu bersyukur…guna agama, tundukkan isteri lama, pertahankan isteri baru... Dicanangnya punca dia berkahwin lagi sbb kelemahan, keburukan dan kekurangan isteri lama…Isteri lama lah penyebab dia berkahwin lagi…isteri lama lah yg tidak mahu berubah…isteri lama juga bukan isteri yg dia impikan selama ini…
Kau suami bro, klu seorang isteri pun kau xbleh nk perbaiki, inikan 2…
Niat nak tolong janda, nak bimbing janda…baik, suci dan murni nawaitunya…tapi disaat kau menjandakan isteri sendiri disebabkan janda yg ingin kau tolong dan bimbing, maka kau keji…
Kau lelaki tak guna…
Kau memusnahkan rumahtangga sendiri…kau tinggalkan isteri yg terima kau waktu kau bukan siapa2, tiada apa2…kau tiada nama, kau tiada harta…kau tin kosong sahaja…tapi dia, isteri kau terima kau seadanya diri kau…isteri kau letak harapan dlm diri kau…kau akan menjadi “seseorang” suatu hari nnt, kau akan berjaya suatu hari nnt…dan dia tulang belakang yg meletakkan kau dikedudukan itu…
Benarlah kata pujangga ini, “Wanita diuji disaat lelaki tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji disaat dia memiliki segala2nya…”
Lelaki, Kau Mudah Lupa & Terlena…
Ini Hakikat Yg Kau Sendiri Susah Nak Terima…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengemas rumah adalah perkara yang cukup meletihkan,lebih-lebih lagi semasa anak-anak masih kecil.
Boleh dikatakan kalau hendak melihat rumah sentiasa nampak kemas tersusun rapi, itu bermakna setiap minit terpaksalah mengemas jawabnya.
Apatah lagi andai semua anak adalah lelaki, pasti antara kita sudah dapat bayangkan bagaimana cabarannya.
Pun begitu, puan Siti Nadzrah atau lebih mesra disapa Ummi, dikurniakan 5 cahayamata lelaki yang kini semuanya telah berjaya menjadi hufaz Al Quran telah berkongsi tip berkaitan mengemas rumah mengikut cara yang diperaktikkan olehnya. Jom semak.
MENGEMAS RUMAH CARA UMMI
1. Kemas rumah dengan cepat semasa anak-anak tidur.
2.Sapu, vakum dan mop lantai semasa anak leka bermain atau tiada di rumah. Jika tidak terlalu mendesak, tugasan ini boleh diserahkan kepada part-time cleaner di hujung minggu.
3.Kemas mainan bila anak sudah habis bermain. Ajak sekali anak untuk mengemas mainan. Anak perlu dididik untuk menjadikan kebersihan sebagai amalan harian. Jangan harapkan kesempurnaan tetapi berilah penghargaan kepada usaha kecil mereka.
4.Kalau anak kecil semakkan rumah selepas kita kemas, biarkan sahaja dulu. Pura-pura tidak nampak. Mahu tidak mahu, kena kemaslah juga untuk beberapa kali dalam sehari.
5. Bila anak kecil kita minum air sirap dalam cawan dan mengacaunya dengan sudu lalu tertumpah ke lantai, alihkan anak dan lap lantai agar tidak meleket dan dihurung semut. Yang pasti, wajah kena manis semanis air sirap yang tumpah itu.
6.Jiwa ibu kena kebal, tak boleh marah-marah, tak boleh senang-senang pukul anak.
7. Anak-anak yang besar boleh dilatih untuk membantu mengemas rumah dan memastikan rumah sebagai tempat tinggal yang bersih dan selesa untuk didiami.
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Rumah tangga yang bahagia tentu tidak dapat terjadi tanpa adanya proses dan pembelajaran dari masing-masing pasangan.
Begitu dengan perkongsian saudara Taufiq Razif yang boleh dijadikan panduan untuk kekal bahagia rumahtangga.
Ramai isteri tak tahu rahsia terbesar suami sendiri 1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.
2. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.
3. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan ‘gua’ peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika.
Isteri hadam dan fahami rahsia suami
InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja. p/s : Cuba la tag suami korang tapi percaya la tak ramai sanggup nak mengaku. Hilang la macho kan..Amal tips saya bagi malam ni terus ye. Sambil belai ubun-ubun dan rambut suami masa tengah tidur tu bisik la kata-kata ni ” Abang, gelang omeh satu ye besok “. Kalau suami korang angguk kecil, rezeki raya korang la tu. Cuba tau!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.