Anak itu adalah rezeki bahkan mempunyai anak yang ramai sememangnya suatu anugerah yang tidak ternilai.
Baru-baru ini pelakon Fizo Omar telah berkongsi berita gembira apabila isterinya , Fazeera Nazri Azrai kini sedang mengandung anak kedua mereka, meskipun belum sampai tujuh bulan menimang cahaya mata perempuan sebelum ini.
Dalam perkongsian tersebut, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 38, meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan. Turut memaklumkan usia kandungan isterinya itu sudah pun melepasi trimester pertama dan kini mencecah lima bulan.
“Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua.
“Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce,” tulis Fizo yang dilihat teruja apabila bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata.
Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya, Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta tumpang gembira dengan berita tersebut.
Ads
“Tahniah! seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya.”
“Hebat! Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu.”
“Ok geng! nak besarkan rasa macam kembar… sekarang dua-dua dah besar serentak. Alhamdulillah! Rezeki abe joe and wife🤲”
“Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing,” antara komen-komen netizen yang mencuri tumpuan.
Mungkin ada di antara kita sering sahaja membeli kabel telefon disebabkan betapa cepatnya ia rosak.
Adakah kualiti produk yang dibeli kurang bermutu atau cara penggunaan kita yang salah hingga menyebabkan kabel yang dibeli cepat sangat rosaknya. Persoalan ini ingin juga difahami, agar kita dapat pastikan kabel yang diguna dapat bertahan bertahun-tahun lamanya.
Melalui perkongsian seorang penjual kabel telefon di dalam fbnya, diharapkan ianya dapat memberi info berguna untuk semua.
Ikuti perkongsiannya.
Baru-baru ni abg syah sempat berborak dengan sorang brader John ni . Dia datang sebab nak beli kabel ORI .
Dia kata , ‘Saya tak pernah pakai kabel cap ayam . Semua kabel ORI yang saya pakai mesti tahan 2 3 tahun’ .
Abg syah pon usha lah brader ni . Nak tahu jugak apa rahsia dia amalkan sampai boleh tahan 2 3 tahun . Biasa setahun lebih kabel dah jahanam.
Korang nak tahu tak? Ok jom baca sampai habis!
1) JANGAN GULUNG
+ Brader John kata dia tak pernah gulung kabel . Dia akan letak kabel dekat satu tempat saja .
2) JANGAN LIPAT
+ Korang mesti pakai power bank betul? Bila letak power bank dalam beg mesti kabel tergulng sekali dalam beg tu betul?
+ So makin kerap korang lipat , makin cepat lah kabel tu jahanam!
3) PASANG DAN CABUT PEGANG DEKAT ‘KEPALA’ KABEL .
+ Ni kesilapan ramai orang buat . Bila korang terlalu kerap tarik dekat bahagian yang salah sebab tu senang sangat rosak .
+ Tolong tarik dekat bahagian ‘Kepala’ sahaja . Jangan tarik dekat kabel .
sumber:iKlinic
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedar atau tidak, ibu bapa adalah role-model dalam institusi rumah tangga, maka apa yang kita zahirkan akan diperhatikan dan dipraktikkan oleh anak-anak kita. Bagaimana kita mencorakkan anak pada hari ini dan itulah yang akan terhasil pada masa depan, sepertimana peribahasa Melayu ada menyebut; melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bukan sahaja pada tingkah laku dan percakapan, malah perasaan kasih dan sayang juga perlu disemai sejak dari kecil agar anak-anak sentiasa menyayangi dan menghargai orang tuanya bila mereka besar kelak.
Berkongsi pengalanan tentang emosi dan kasih sayang terhadap ibu bapa, Adam Kelvin yang juga merupakan seorang mualaf berkongsi perbezaan budaya yang dilaluinya ketika dibesarkan oleh orang tuanya.
Kenapa saya emotionally detached dengan parents?
Selepas kematian ibu saya, saya dan adik di hantar tinggal bersama ibu saudara di Johor. Ayah saya duduk di KL berseorangan dan bekerja.
Beliau hanya akan balik jenguk kami setahun sekali atau dua kali sahaja.
Malah, orang Cina biasa tau hantar anak-anak mereka kepada babysitter dan anak tinggal di sana terus. Bermalam di rumah babysitter macam asrama. Hanya ambil anak seminggu sekali.
Pada pandangan masyarakat kami, anak kecil akan ganggu fokus bekerja dan cari duit. Bila duit banyak, dengan harapan duit tu dapat beli apa yang anak tu hendak. Itulah kebahagiaan buat anak.
“Saya Terlupa Part Kasih Sayang..”
Masa wife saya pregnant dulu, saya pun ada cadangkan hantar anak kepada babysitter macam tu. Jadinya weekdays boleh fokus bekerja tanpa gangguan anak.
Saya terlupa part kasih sayang dan luangkan masa. Anak-anak takkan ingat apa yang kita beli kat mereka tapi mereka ingat perasaan apa yang kita tinggalkan dalam diri mereka.
Tapi kan, masa tu saya tersentak dan terus faham kenapa saya tak rasa urgent nak cari ayah semula selepas dibuang masuk Islam.
Dari kecil memang dah biasa terpisah dengan parents dan bila dewasa rasa parents tak perlukan pun perhatian kita.
Dan kenapa kami orang Cina jarang pulang ke kampung jenguk mak ayah kecuali CNY atau sambut birthday parents, sebab dari kecil kami diajar sebegitu.
Mak ayah juga buat benda yang kepada datuk nenek. Jadi apabila kami dewasa, kami pun buat benda yang sama kerana kami fikir ianya normal diamalkan turun temurun.
Kos babysitter chinese tak murah. Paling kurang RM1k ke atas. Duduk sekali, belajar kat situ dan makan minum semua sekali dengan nanny tu.
Sebab tu tak pelik rumah orang-orang tua atau nursing home dalam kalangan orang Cina tidak asing. Anak-anak sibuk cari duit dan tak ada masa nak menjaga mak ayah selalu. Lebih senang bayar lumsump kat nursing home dan pekerja di sana jaga mak ayah.
Orang Cina jarang sangat nak hantar parents ke rumah kebajikan. Memang kami akan hantar ke private nursing home. Ada doktor dan nurse yang bertauliah di situ. Sakit ke apa tak perlu risau. Ada aktiviti yang menarik. Ada nursing home siap ada swimming pool lagi.
Harga tak payah cakaplah. Ribu-riban adalah biasa. Sebab masa kecil pun taska “asrama” nak beribu. Apatah lagi nak jaga orang tua, lagilah perlu kesabaran yang tinggi. Haruslah kos lebih mahal.
Indahnya Islam
Tapi bila anak dah lahir dan nampak mata anak, terus fikiran saya berubah. Takkan hantar anak ke taska “asrama”. Feeling peluk anak lepas penat bekerja seharian tu, priceless! Tak sangka rasa hilang sebentar semua beban bila peluk anak!
Saya taknak anak saya grow up jadi emotionally detached dengan parents. Indahnya Islam yang sangat meraikan orang-orang tua. Sangat meraikan anak-anak berbakti kepada orang tuanya.
Patutlah saya tak ingat kenangan apa dengan ayah saya. Saya hanya ingat minuman Starbucks yang beliau selalu beli untuk saya dan beliau selalu bawa kami holiday. Tapi dari sudut emosi, saya tak rasa dekat dengan ayah saya.
Cumanya sekarang saya urgent nak berbaik dengan ayah sebab paling kurang saya dah cuba sehabis baik untuk berdakwah dengan akhlak kepada beliau. Saya harap sangat ayah saya dikurniakan hidayah satu hari nanti. Saya juga nak berbakti kepada beliau.
Saya bersyukur sangat dikurniakan nikmat Islam dan wife saya banyak ajar saya mengenai ajaran Islam dalam menyantuni orang-orang tua dan kanak-kanak.
Even di luar kalau orang jumpa saya, nampak saya kaku dalam melayan anak saya, percayalah bahawa saya sebenarnya struggling dan cuba sehabis baik untuk cipta bonding bersamanya. Saya cuba break the cycle.
Ni pun perbezaan budaya dalam membesarkan anak. Baru part hantar ke babysitter. Belum lagi part education, cara mendidik anak, nilai yang dibawa dalam kehidupan.
Sejak keputusan SPM dikeluarkan, banyak kisah kejayaan dipaparkan sebagai inspirasi kepada masyarakat.
Seperti kisah kembar yang meraih 8A dalam SPM ini, ianya di dorong oleh kejayaan tiga abang mereka selain kegigihan ibu bapa memeras keringat menjual sate untuk menyara keluarga.
Inilah yang menyuntik semangat kembar ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2022 yang diumumkan baru-baru ini.
Shazuin Jamalos dan kembarnya, Mazuin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Zulkifli Mohamad memperoleh 8A (Mazuin) dan 6A (Shazuin).
Shazuin berkata, dua abangnya kini bekerja sebagai jurutera petroleum manakala, seorang lagi bergelar doktor dan berkhidmat di Hospital Serdang.
“Ibu bapa kami mementingkan pendidikan dan memberi peluang sama rata kepada kami untuk belajar demi masa depan kami.
“Jika ketiga-tiga abang mampu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, mana mungkin kami tidak mengulangi kejayaan sama.”
Mazuin pula berkata, keazamannya disuntik selepas melihat ibu bapa Jamalos Teratib, 66, dan Malasiah Alwi, 60, berkerja keras menjual sate bagi menyara keluarga mereka.
“Ibu bapa saya menjual sate sejak 46 tahun yang lalu dan dengan hasil jualan sate itulah yang membesarkan kami lima beradik sehingga berjaya,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama kembarnya.
Katanya, mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian jurusan pergigian di Mesir, namun memilih belajar di universiti di Cyberjaya dalam bidang perubatan menerusi tajaan biasiswa.