Kemana hala tuju anak muda kita hari ini ? Itu persoalan yang bermain di fikiran saudara Mohd Faisal menerusi penulisannya di laman facebook.
Isu ini timbul berikutan ada di kalangan anak muda yang mendapat gaji tinggi namun masih tetap memilih untuk berhenti kerja.
Itulah yang berlaku di tempat kerja anaknya sendiri. Daripada 50 orang yang masuk kerja sama-sama, namun akhirnya yang kekal tinggal adalah 18 orang, selebihnya memilih untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja dengan di bidang customer service dalam sebuah syarikat penerbangan di Pusat Bandar KL.
Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.
Kumpulan yang masuk kerja bersama2 anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.
Gambar sekadar hiasan
Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh2 RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.
Ads
Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.
Gambar sekadar hiasan
Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut2 kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa2 dengan saya.
Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak ?
Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar dimasa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya ?
Ads
Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan2 sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat emel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.
Kemana hala tuju anak-anak muda kita hari ini ?
Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.
Gambar sekadar hiasan
Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual2 di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar. Jika sebagai kerjaya sementara, isi masa lapang atau sebagai pendapatan tambahan, tidak ada masalah. Sebagai kerjaya tetap tidak berapa baik untuk jangka panjang bagi diri sendiri dan negara.
Ads
Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.
Ruginya bila mak ayah tak tahu tentang sifat kepimpinan anak sulung ni. Anak sulung memang natural born leader. Cuma bergantung pada cara didikan, anak sulung kita tu boleh jadi akan membesar sebagai seorang Pemimpin (Leader) ataupun Bos (Boss).
Anak sulung yang bersifat Leader ni, dia selalunya
– suka memujuk
– suka menasihati
– suka melindungi
– suka bekerjasama
– suka mendengar terlebih dahulu
Anak sulung bersifat Boss pulak, dia ni lebih cenderung untuk
– suka memaksa
– suka memarahi
– suka menguasai
– suka pentingkan diri
– suka beri arahan
Sebab tu mak ayah tolong ambil masa sekejap untuk belajar ilmu didik anak sulung baik baik kerana mereka adalah ketua dan pemimpin kepada adik beradiknya yang lain.
Sebenarnya banyak lagi potensi hebat yang ada pada diri anak sulung yang disenaraikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari dan menurut perkongsiannya adalah bahaya jika kita sebagai ibu ayah mendidik anak sulung tanpa ilmu. Ini kerana walau anak sulung mempunyai banyak kelebihan namun mereka juga punya banyak dugaan dan kelemahan.
Menurut perkongsiannya lagi, kehebatan anak sulung antara lainnya secara semujadi dilahirkan sebagai ketua, biasanya bertanggungjawab, boleh diharap dan IQ lebih tinggi.
Pun begitu, perlu difahami bahawa anak sulung suka meniru cara ibu ayahnya sedang marah, cara percakapan, gaya kepimpinan bahkan perangai dan akhlak mereka juga banyak dipelajari daripada ‘meniru’ perangai ibu ayah mereka.
Oleh itu jika silap cara didikan daripada ibu ayah terhadap anak sulung ini, maka akan wujud pula masalah first bornd syndrome.
Atas sebab ini juga menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk mencari ilmu dan formula untuk didik anak sulung. Ini penting supaya anak sulung terdidik dengan baik dan sempurna, sekali gus menjadi ikutan untuk adik-adiknya.
Turut disenaraikan antara dugaan yang dihadapi menjadi anak sulung ini adalah mereka akan memikul harpaan mak dan ayah, selalu dibanding-bandingkan, sering terbeban untuk jadi sempurna setiap masa, kena tunjuk kuat setiap masa, akan jadi mentor dan coach adik beradik yang lain.
Sebenarnya ramai para isteri tanya bagaimana cara nak tegur suami. Tegur direct nanti suami sentap pula. Dah sentap bergaduh pula.
Ada beberapa cara yang saya fikir nampak indirect namun sangat berkesan.
Pertama
Selalu kongsi kepada suami video kuliah agama terutama penceramah yang dikenali ramai.
Kedua
Buka FB suami. Tekan follow mana mana mereka yang selalu kongsi tips rumah tangga. Tekan see first lagi untuk dia.
Ketiga
Selalu bina bonding dengan suami sehingga suami rasa setiap hari jatuh cinta. Orang yang jatuh cinta ini mudah untuk menerima teguran.
Keempat
Tegur atau nasihati suami dengan nada yang lemah lembut bagi suami cair meleleh.
Contoh: “abang abang, dalam bakul tu ada kain, boleh tak abang jemurkan, sayang lenguh bahu ni.. kesian sayang tak? buat muka sedih .”
Ok ayat ini wife saya guna, terus saya jadi cair.
Kelima
Doakan untuk dia. Mungkin kita tidak suka suami merokok. Selain nasihat dengan baik, doakan khusus setiap hari agar Allah buka pintu hati suami untuk benci merokok.
Doa seorang isteri terhadap suami InsyaAllah makbul. Doa ini bukan biasa biasa, sebab kita minta dengan Allah. Tuhan yang berkuasa membolak balikkan hati manusia.
Kisah seorang peniaga wanita di Pasar Windusari, Magelang di Jawa Tengah memiliki kebolehan luar biasa iaitu menggoreng cucur dalam minyak panas hanya dengan menggunakan tangan mengundang rasa kagum orang ramai.Sri Rejeki, 55,mengakui bakat istimewanya itu sudah wujud sejak 2017 lagi yang mananmampu merendamkan tangan ke dalam minyak panas tanpa rasa sakit.
Masa mula-mula dulu ya agak panas. Sekarang pun (minyak) masih panas tapi taklah macam dulu. Panas sedikit saja, tapi tidak melecur pun,” katanya ketika ditemui pemberita, memetik laporan Suara.com.Jujur mengakui tiada amalan khussu untuk jadi ‘kebal’ sebaliknya ibu kepada tiga anak ini langsung tidak bersandarkan kepada apa-apa ‘rahsia’.“Saya tidak pakai doa khusus. Yang paling saya (selalu) baca ialah Bismillah, itu saja. Nak mulakan jualan, ya baca Bimillah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia sanggup ‘mengorbankan’ tangannya sendiri ke dalam minyak panas adalah semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan supaya jualannya ‘laku keras’.Untuk rekod, awalnya Rejeki hanya mampu membuat cucur sebanyak satu kilogram tepung sahaja setiap hari. Namun kini dia sudah mampu menghabiskan kira-kira lima kilogram tepung sehari.
Bagaimanapun di sebalik kehebatannya ini yang mengundang minat ramai, Rejeki sebenarnya sedang berusaha gigih menyara keluarga memandangkan keadaan kesihatan suaminya yang merosot kerana menderita strok sejak 12 tahun yang lalu.Suaminya, Slamet, 60, tidak lagi mampu bekerja dengan kuat seperti dulu. Malah kini hanya menjalankan servis tukar tayar motosikal di rumahnya, namun pendapatannya tidaklah seberapa.
Melalui hasil jualan cucur dengan gaya ‘berani mati’ itulah, Rejeki mampu menanggung pengajian ketiga-tiga anaknya, iaitu Muhammad Andi Suryo Nugroho, Diah Ayu Wulandari dan Muhammad Zulham Saputra.Difahamkan, Muhammad Andi kini sudah berkeluarga dan menetap di Pekan Baru, Riau. Diah Ayu pula baru sahaja bergraduasi dari Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta dengan berjaya merangkul ijazah sarjana muda pangkat satu (cemerlang).
Manakala si bongsu, Muhammad Zulham Saputra kini sedang bersekolah di sekolah menengah dan segala kos persekolahan dan perbelanjaannya ditanggung Rejeki menggunakan wang hasil jualan cucur tersebut.