Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan xde tenaga, bukan merungut tapi ‘penat’ yg dikatakan itu adalah sebagai isyarat utk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya…nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yg patut…
Isteri cuma nak kita tahu yg…
Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yg diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri…tapi dia nak kita faham, klu dia xnk dduk lama dirumah mertuanya itu kenapa…klu dia kurang berbicara dlm group keluarga itu kenapa…klu dia kurang mesra dgn keluarga kita itu kenapa…dia nak kita faham yg dia dah cuba buat mcm yg kita nak, tp diorang masih menganggap dia sebagai org luar…org asing…
Ads
Isteri cuma nak kita tahu yg…
Bila dia mengungkit setiap duit yg dia keluarkan, setiap pertolongan yg dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu…dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab…jgn menyalahgunakan pertolongan itu utk kepentingan diri dan jgn terlalu selesa bila ditolong…
Ads
Isteri cuma nak kita tahu yg…
Ads
Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kpd kita, itu bukanlah tandanya yg kita ni jahat sgt, teruk sgt, buruk sgt…tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sbb dia tahu, kita mampu jadi lebih baik drpd apa yg kita jadi skrg ni…dia masih berharap kpd kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yg lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah…
Memang benar, anak adalah cerminan ibu bapa. Apa sahaja didikan yang diberikan kepada anak-anak, ia akan menjadi panduan dalam hidupnya. Oleh itu menurut pendapat ibu ini di laman facebooknya Intan Dzulkefli “masa kita tak banyak, sedangkan tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.” Akibat kesibukkan mencari nafkah untuk keluarga, suami isteri kadang kala alpa dalam memberi pendidikan yang terbaik buat anak. Malah beliau menyentuh salah satunya adalah memanfaatkan waktu antara Maghrib dan Isyak dengan sebaiknya.
Jikalau kita biasa dengar tips rumahtangga yang soleh dan musleh, antara satu kuncinya ialah memanfaatkan waktu antara Maghrib & Isya’ dengan sebaiknya.
Sayang kalau pada waktu ini dihabiskan dengan berkocohan di dapur untuk memasak, atau duduk bersidai di depan televisyen menonton lakonan pelakon yang tidak menjaga ikhtilat dan aurat.
Wahai ibu bapa, Jangan harapkan sepenuhnya pada ustaz ustazah ajar anak solat, mengaji, ilmu agama.
Jangan bila maghrib tiba, kita sekadar kerahkan anak solat cepat, mengaji! Sedangkan si ibu duduk leka menonton drama duniawi. Si bapa leka menghadap game di telefon pintar.
Siapa orang yang kita kagumi keluarganya? Kita sejuk lihat cara didikan keluarganya?
Ustaz Ebit Liew yang sentiasa santun dan menghargai dengan anak isteri?
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa yang walau sibuk ke sana kemari dengan dakwah, urusan rumahtangga namun masih mampu menggenggam status Doktor Falsafah?
Ustazah Fatimah Syarha yang menginspirasikan Projek Mega Dalam Rumah untuk mendidik anak jadi hafiz hafizah sejak kecil?
Kalau kita perhalusi… agaknya apa yang mereka isikan semasa waktu 7-9 malam?
Ya.. tentulah dengan solat berjemaah & majlis taklim sesama keluarga. Waktu itulah suami menyemak bacaan al-Quran anak isteri, tasmi’ hafazan, atau berjemaah di masjid, mendengar kuliah agama dan sebagainya.
Hal ini kerana 2-3 jam ini adalah waktu yang kritikal. Waktu ini sahaja yang selalu mengumpulkan semua anggota keluarga bersama sementelah seharian mungkin sibuk dengan kerja dan persekolahan.
Malah, kalau berziarah ke rumah orang alim, televisyen hanyalah hiasan yang dibuka hanya apabila tetamu berkunjung ke rumah. Selebihnya perhiasan rumah lebih kepada rak buku yang bersusun-susun dipenuhi buku ilmiah & kitab-kitab ibarat perpustakaan mini.
Hiburan mereka adalah buku dan al-Quran!
Saya menulis bukan kerana saya bajet bagus. Astaghfirullah, jauh sekali. Terpulanglah sekiranya ada yang kata, poyonya tak ikut drama tv waktu senja. Atau bajet alim. Atau ketinggalan zaman tak ikut trend terkini.
Ada ramai yang kata, mereka tengok drama bukan waktu maghrib pun. Dah download dan lihat di waktu lain. Ya begitulah, tentu ada sahaja alasan untuk kita memenangkan pilihan kita.
Sayangnya, kalaulah kita boleh spend masa itu untuk hal pembinaan diri yang lain. Umpamanya membaca buku ilmu baitulmuslim & parenting.
Cuba tanya diri kita, berapa banyak buku ilmiah atau pembinaan diri yang kita berjaya habiskan dalam masa sebulan? Berapa banyak pula buku yang kita baca, ceritakan kepada anak-anak?
Saya berpendapat, sekiranya kita mahu menjadi orang yang hebat, ikutlah cara orang hebat mengemudi hidup mereka.
Untuk itu, tinggalkanlah perkara yang tidak membina keimanan, ubahlah rutin hidup kerana dari situ akan lahirnya akhlak dan jati diri.
Mulakanlah dari dalam rumah sendiri. Tentunya dengan menjaga tautan hati sesama suami, isteri dan anak-anak. Dan tali ikatan yang paling kukuh ialah dengan keimanan. Tentulah ini diraih dengan aktiviti yang di dalamnya mengingatkan kita dengan Tuhan. Solat berjemaah, taklim, bacaan al-Quran, misalnya.
Kerana sifirnya, “merapatlah kamu dengan al-Quran & tahajud, serapat mana kamu mahu kebahagiaan merapatimu.”
Masa kita tak banyak, sedangkan tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada. Manfaatkanlah masa dengan sebaiknya.
Kerana kita akan ditanya, masa yang kita ada, dengan apa kita telah isikannya?
Kerana masa kalau tak dihabiskan untuk iman & agama, ia tetap akan habis BUKAN untuk iman & agama.
.Saya berpesan untuk diri sendiri juga yang selalu lalai & leka juga. ?
Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.
Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.
Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:
“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro.
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Bollywood terkenal Akshay Kumar. Dalam usia 57 tahun aktor ini mengakui bahawa rutin hariannya bermula seawal jam 4.00 pagi. Aktor ini lebih selesa bangun awal pagi untuk memberi ruang kepada dirinya untuk bersendirian.
Akshay juga menasihat peminat untuk mencari masa beberapa jam dalam sehari untuk diri sendiri. Oleh kerana Akshay bangun jam 4.00 pagi maka aktor kacak ini akan masuk tidur sekitar jam 9.00 malam. Ketika isteri dan anak-anaknya sedang tidur, aktor kacak ini sudah pun bangun ‘meninggalkan’ tempat tidurnya.
“Hari saya bermula pada pukul 4.00 pagi atau 4.30 pagi. Saya tidur awal pada pukul 9.00 malam atau 9.30 malam.
“Itulah satu-satunya masa lapang yang saya dapat dengan diri sendiri kerana waktu itu isteri dan anak-anak sedang tidur. Tiada tekanan!” katanya kepada IndianExpress.
Dalam pada itu, pelakon filem Singh Is Bling ini memberitahu setiap lelaki memerlukan dua hingga tiga jam, di mana mereka perlu masa untuk bersendirian.
Tidak seperti rutin kebanyakan ramai orang, Akshay tidak akan bermain telefon bimbit ketika ‘me time’ dan mengambil peluang meluangkan masa sepertu bersenam.
“Tiada telefon, tiada Instagram (media sosial). Kemudian saya akan bersenam selama sejam atau sejam 30 minit sebelum isteri dan anak-anak terjaga.
“Apabila keluarga saya sudah bangun dari tidur, saya akan bersarapan dan pergi kerja seperti biasa,” ujarnya.
Untuk rekod, Akshay mendirikan rumah tangga dengan pelakon Twinkle Khanna pada 17 Januari 2001.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aarav, 22, dan Nitara, 12 tahun.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.