Boleh dapat ‘darah tinggi’ rasanya jika tiap-tiap hari kena jerit pada anak supaya berkelakuan elok. Bagi anak yang sedang membesar khasnya di peringkat pra sekolah akan bersikap sedemikian. Ikuti lebih lanjut penjelasan pakar motivasi kekeluargaan, Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad perihal anak yang bersikap nakal, degil dan tidak mendengar kata ibu bapa.
Ibu bapa seringkali salah faham dan mudah melabel anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil, maka pada anggapan ibu bapa ia adalah tingkah laku yang negatif. Sebenarnya, setiap tingkahlaku anak-anak berbeza sebab mereka akan membesar sebagai individu yang berbeza dari segi watak dan peribadinya.
Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini. Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang.
Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu bezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.
Karektor anak degil
Anak yang degil biasanya menunjukkan tingkah laku seperti berikut:
– Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
– Tidak mendengar arahan atau nasihat
– Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai
– Menunjukkan sikap kepimpinan dan adakalanya macam bos
– Tidak bergantung pada orang lain
– Suka lakukan apa yang dilarang
Cara pengendalian
Setiap kali anak menunjukkan sifat degil, anda boleh melakukan langkah-langkah berikut:
Ads
– Hargai sifat semulajadinya yang degil itu.
– Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai.
– Beritahu padanya, pastinya anak gembira jika boleh lakukan sesuatu yang juga
membuatkan anda sebagai ibu bapa gembira.
– Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak
Berbahaya.
– Puji apabila anak mula mendengar nasihat atau cakap anda.
Berikut adalah contoh perbualan positif seorang ibu kepada anaknya.
Ads
Situasi: Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.
Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menunjukan bahawa Imran seorang yang berani dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat?
Imran : Tak tahu.
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan?
Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ads
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka
memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada
tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati,
tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil
peluk atau usap kepalanya)
Contoh perbualan di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk menerukan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.
Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu ada yang pengalaman masalah anak kecil suka conteng dinding? Kadang-kadang sampai stres sebab hampir segenap ruang dinding rumah.
Tarik nafas dalam-dalam. Sebelum anda memarahi anak-anak, ada beberapa perkara luarbiasa yang anda perlu tahu tentang kecenderungan anak conteng dinding.
Hakikatnya ini ada petanda yang baik. Tahukah anda, tabiat anak conteng dinding bukanlah sesuatu yang buruk. Malah, ada fakta sokongan sains yang mengaitkannya dengannya.
Namun, hakikatnya menconteng dinding dapat memberi banyak manfaat kepada anak-anak kecil.
Antaranya melatih kekuatan otot, Perasan tak, apabila anak suka menulis di dinding, mereka akan berdiri, membongkok, melutut, duduk, atau bercangkung.
Juga koordinasi tangan dan mata. Dengan permukaan yang lebih luas, mereka cenderung untuk melukis pada skala yang lebih besar. Maka, keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan bekerja dengan lebih keras.
Begitulah situasi yang dilalui seorang bapa yang berkongsi kisahnya yang pasrah dengan hasil ‘karya’ anaknya walaupun pada mulanya terkejut dengan cara anaknya. Beliau juga menjadikan ‘karya’ anak-anaknya sebagai memori untuk dikenang keluarga.
Menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ni? , beliau pada mulanya hanya menunjukkan hasil kerjaya memasang penyambung wayar, namun menarik perhatian warganet adalah dinding hasil conteng anak-anaknya.
_________________________
Ha dah siap wiring extension untuk tempat cas enset kat ruang tamu.. Lihat juga hasil anak saya conteng dinding, mereka ada 3 orang, sorang 10, 7 dan 6 tahun sudah.
Sofa tempat melompat sampai koyak.. pastu pensel cucuk atas sofa..memula dulu saya nak nangis tengok, lelama saya jadi makin bertakwa..
Apa pun, setiap orang ada caranya mendidik anak-anak. Begitu juga dengan keluarga ini. Dalam pada itu, warganet juga turut berkongsi kisah yang sama yang pastinya merupakan momen indah untuk dikenang semasa anak-anak masih kecil.
Jodoh tak panjang. Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dan Nina Ismail memaklumkan kepada ramai yang mereka telah pun berpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Melalui Instagramnya, Jovian berkongsi kisah duka itu selepas bersama-sama melakukan siaran langsung produk mereka di Tik Tok.
Pun begitu kata Jovian, dia dan Nina namun tetap bersahabat baik untuk kesejahteraan dan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak mereka, Jeanelle.
“Kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, dan setakat ini, kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.
“Kasih sayang kita terhadap ibu bapa dan keluarga juga tak berubah. Kita yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah perancang yang paling hebat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, sokongan dari semua yang sentiasa memberikan sokongan buatnya dan Nina sepanjang 10 tahun berkahwin menjadi suatu perkara yang cukup berharga dan akan terus diingati oleh mereka.
“Sepanjang sedekad yang lalu, ramai daripada anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami akan sentiasa menyimpan tahun-tahun ini di hati kami.
“Sokongan anda untuk #Jovianina sangat berharga, dan kami berharap anda akan terus menyokong dan menyayangi kami seperti yang anda lakukan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kes bayi Al-Fateh yang meninggal dunia di taska yang tular beberapa hari lalu mengundang pelbagai persepsi ramai. Malah ada yang turut meninggalkan pelbagai komen yang tidak wajar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak (Pediatric Occupational Therapist), Pn Maryam Jamadi ini patut mak ayah dalami. Benar, jika tak ada perkataan yang baik untuk dituturkan, adalah lebih baik mendiam diri. Itu sebaiknya.
“Sebab itulah saya jaga anak sendiri”. Kalau tak ada benda baik nak komen, lebih baik berdiam diri atau cakap dengan orang terdekat sahaja.
Bila setiap kali ada kes kematian bayi di bawah jagaan pengasuh; pasti akan komen sebegini. Tak ada empati dan sensitiviti langsung.
Setiap dari kita rezekinya tak sama, kalau kalian yang ada peluang jadi suri rumah pun dikira rezeki. Ibu yang bekerja pun ada rezekinya. Yang suri rumah pun ada rezekinya.
Biasanya yang terpaling jaga anak sendiri ini jugalah yang – Nak minta doktor perempuan sambut kelahiran anak – Nak cikgu perempuan ajar anak – Nak terapis perempuan terapikan anak – Nak jururawat perempuan merawat. – Nak admin perempuan angkat telefon
Ini baru ini ada kes abang bas, kalau boleh yang bawa bas atau van sekolah pun nak perempuan. Kan?
Janganlah begitu rakan-rakan, sebagai ibu kita mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Bekerja juga salah satu jihad untuk masyarakat kita.
Anggaran 80% Occupational Therapist di satu dunia ini adalah wanita. Di Malaysia pun lebih kurang sama. Belum lagi statistik doktor perempuan, cikgu perempuan.
Semua ibu yang bekerja pasti akan sentiasa risau tentang keselamatan anak. Setiap pagi keluar tinggalkan anak pasti akan rasa berdebar.
Kita semua kena sama-sama empati, tak boleh pukul rata disebabkan ada wanita bekerja komen tak elok tentang suri rumah. Kita menghalalkan perbuatan dengan balas komen
“Sebab itulah kami jaga anak sendiri”. Jangan jadi ekstrimis, disebabkan seorang yang buat kita terasa. Kita pukul rata semua.
Mak mak yang berkerja yang komen, – Sebab itulah aku kerja – Wanita kena ada duit sendiri
Pada suri rumah yang diceraikan atau menjadi balu. Ini pun saya kecam. Tak ada sensitiviti & empati ❌️