Kehadiran cahayamata pastinya membahagiakan suasana rumahtangga. Anak-anak didik dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun, cara mendidik anak itu perlu betul. Malah, tahukah anda, pendekatan untuk mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza.

Memang tidak dinafikan ibu bapa tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan apabila mendidik anak. Tetapi semua ini boleh diatasi dengan adanya ilmu keibubapaan.

Apabila berbicara cara mendidik anak perempuan, tentu ada bezanya dengan anak lelaki. Ibu ayah jangan anggap cara didik anak lelaki dan perempuan sama.

Sebagaimana perkongsian oleh puan Saidatul Husna yang menitipkan 7 cara untuk mendidik anak perempuan.

Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak.

Ini Cara Didik Anak Perempuan. 7 Perkara Ini Ibu Ayah Kena Lakukan. 

Jika Bertahun Tahun Memiliki Anak Perempuan Tetapi Abaikan 7 Nasihat Ini, Alahai Ruginya Rasa.

IKLAN

Anak perempuan adalah anugerah yang Rasulullah sendiri muliakan dalam islam.

Namun nak membesarkan mereka amatlah besar ranjaunya. Sifat auditori yang lebih dominan menyebabkan mereka memerlukan banyak nasihat dalam kehidupan.

Antara 7 nasihat yang baik untuk anak perempuan ialah :

  1. Tuhan itu sangat baik selama mana kita tidak menzalimi diri kita. Bantu anak perempuan lazimi solat taubat, selawat, buat baik pada diri, tidak mudah serah hati pada lelaki. Hati yang berbelah bagi pada banyak perkara boleh mengganggu fokus, keserian dan aura diri.

2.  Para ayah jangan fikir untuk segera mengahwinkan anak perempuan. Ajar mereka untuk sayangkan diri dulu sebelum sayangkan orang lain. Sebab hanya orang yang menyayangi diri, mampu menyayangi orang lain.

IKLAN

3. Didik anak tentang pengurusan fikiran. Apa yang utama, apa yang kemudian. Latih untuk bertindak secara rasional bukan dengan emosi. Boleh hadiahkan anak perempuan bacaan yang baik berkaitan jati diri wanita.

Pelbagai jenis bahan yang ada di pasaran contohnya ‘Big fat lies women tell themselves’. Buku ini mengajar wanita untuk mengenal diri mereka sendiri, belajar mencintai dan mendalami potensi dalaman.

4. Elakkan bermain dengan perasaan di awal usia. Jika rasa dalaman kurang kasih sayang, kembalilah kepada ayah. Ayah pula jangan lokek untuk memuji. Ambil hati mereka sebelum diambil lelaki lain.

IKLAN

5. Media sosial itu bagus. Setidaknya anak perempuan kita bergerak mengikut arus semasa. Namun ada perkara yang lebih baik untuk dibiasakan, seperti menziarahi saudara mara, melatih kemahiran asas memasak, mengemas dan menjaga kebersihan.

Bila menganjak ke alam dewasa, boleh bawa mereka ke kelas pengurusan kewangan.

6. Dalam hidup ini, ada yang suka kita, ada yang tidak. Tak mengapa. Fokuskan kepada yang sayangkan kita sahaja. Sedikit tak apa asalkan ikhlas, biasanya mak ayah, kawan baik atau adik beradik. Kasih sayang mereka yang ikhlas sudah memadai untuk beri kita bahagia.

7. Terakhir, seorang ayah yang bertanggungjawab sentiasa meletakkan maruah anak perempuan pada tempat yang tinggi dan selayaknya.

Ayah yang bijak akan mengingatkan anaknya supaya sentiasa menjaga satu satunya maruah diri yang ada. Kerana jika maruah ini tergadai, emas dan berlian pun tidak mampu dibayar sebagai ganti.

Penting kan nasihat begini? Sebab itu jangan ambil mudah pesanan yang berterusan walaupun kecil kerana kesannya cukup besar dalam hidup anak perempuan kita yang semakin hari semakin mencabar.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI