Keadaan rumah yang bersih dan kemas memainkan peranan utama dalam membangkitkan suasana atau mood yang lebih positif.
Biarpun mempunyai anak yang ramai, ia bukan penghalang untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.
Perkongsian keliarga besar ini yang memilik tujuh orang puteri telah menarik perhatian warganet.
Cara susunan yang ringkas memberi aura tersendiri.
Ads
Semua pakat share deco rayaka. Kami statik jer cam ni dah 3 tahun. Tunggu anak tujuh besar dulu baru kita ubah. Selagi tak besar ini jerlah deconya.
RUANG TAMU KEMAS DAN RINGKAS
KAWASAN DAPUR TEMA HIJAU
Kawasan Dapur rumah bukan sahaja akan lebih selesa dan sedap mata memandang apabila keadaannya bersih, namun susun atur peralatan atau barangan memainkan peranan yang penting yang mampu memberi impak pandangan yang menyegarkan mata.
RUANG SANTAI DAN MAKAN BERSAMA KELUARGA
KAMAR TIDUR ANAK-ANAK
Memilih patchwork cotton menjadikan kamar anak-anak nampak kemas dan rapi.
Konsep dormitory sesuai untuk anak yang ramai.
TANDAS
Ads
DEKORASI RINGKAS
Ruang ini dibiarkan kosong tanpa banyak perabot. Jelas memudahkan pemilik mengemas rumah dengan mudah. Malah menjadikan ruang ini seakan ruang santai buat keluarga.
Bagi mak ayah yang mempunyai anak berusia 15 tahun pastinya sedang berada dalam kerunsingan. Maklum sahaja Isnin ini bakal berlangsung peperiksaan bertulis PT3 buat mereka. Peperiksaan besar bagi anak-anak kita di sekolah rendah.
Resah gelisah sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak. Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tibanya hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak, kereta walaupun sudah diletakkan pewangi tetapi kadang-kadang berbau juga. Bagi anda yang tak gemar atau alergi pewangi yang mengandungi bahan kimia mungkin petua ini sesuai untuk dipraktikkan.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Selain kopi ada tip lain yang anda boleh cuba jika kereta berbau kurang enak.
Daun pandan
Memiliki aroma semula jadi yang mampu menyegarkan ruang. Caranya mudah, simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dibawah tempat duduk atau mana-mana tempat dalam kereta.
Hasilnya kereta akan berbau harum dan segar secara semula jadi. Pastikan anda gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu sebab bila daunnya dah kering dan layu, baunya pun akan hilang.
Baking soda
Percikkan soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.
Cuka Epal (Apple Cider)
Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.
Kepingan roti
Letakkan beberapa keping roti untuk membantu menghilangkan dan menuetralkan bau didalam kereta. Jadi sebelum nak wangikan kereta seeloknya neutralkan dulu baunya.
Arang
Hilangkan bau busuk dan hapak dalam kereta juga boleh menggunakan arang.Ambil beberapa ketul arang dan letakkan ia dalam bekas serta biarkan ia terbuka di lantai kereta.
Selain itu, boleh juga bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan berbau. Ada juga dijual dikedai.
Tatkala keluarga lain bergembira dan tak sabar menantikan kehadiran Syawal beberapa hari sahaja lagi, namun keluarga ini dirundung duka.
Ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Tinggal lah anak-anak yang masih kecil yang mana si bongsu masih lagi menyusu badan. Yang pasti Syawal kali ini tidak berseri lagi.
Kisah ibu beranak 4 yang meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah di otak diceritakan oleh sepupunya sendiri Norzatulakmar Othman menerusi laman facebooknya.
25 may 2019: perginya seorang ibu beranak 4 di bulan yg mulia ini disebabkan pembuluh darah pecah di otak.. sekejap ja benda nk jadi..
mulanya mengadu sakit kepala, si suami dh bawak pergi cek hospital bahagian emergency, doktor cakap gangguan kitaran haid dan migrain.. pastu diorang balik rumah mcm biasa
2 ke 3 hari lepas, si mak pegi bazar ramadan terdekat dgn anak dia beli makanan nk berbuka puasa.. otw nk balik rumah, si mak berhenti2 motor tepi jalan sebab kata anak dia si mak pandangan asyik gelap, nk bawak moto tak nampak tapi si mak ni gagahkan jugak diri bawak moto sampai rumah
dah sampai rumah nak dekat pukul 7 mlm tu, masuk dlm rumah si mak rebah, kebetulan si suami ada di rumah masa tu dan sempat disambut oleh suami dia dan terus bawak pergi hospital melaka (si mak ni koma dan kritikal).
keesokan hari transfer ke #ppum .. si mak masih lagi koma dan kritikal sehingga la doktor datang bagitau pada si suami, harapan utk pulih amatlah tipis kerana keputusan scan otak dia didapati otak dia dh dipenuhi blood cloth, saluran utama pecah, kandungan garam tinggi, saluran air kat otak pun membengkak.. peluang utk hidup sgt tipis.. sedih si suami bila terkenangkan anak2 yg masih kecil bakal kehilangan ibu tercinta (anak sulung umur 11 tahun, anak dua dan tiga aku lupa tanya ??♀️ anak bongsu umur setahun 5 bulan dan masih menyusu badan)- hari ni last si bongsu minum susu mak dia, alhamdulillah tadi nurse usahakan utk pam susu si mak.. (tadi tgk dia minum susu mak dia, nk tumpah jugak ayaq mata aku)
malam 24 may 2019, doktor cakap dia akan buat 2 test keesokan hari utk tentukan si mak ni akan bagi positif atau negatif respon.. kalau positif doktor akan usahakan lagi utk selamatkan si mak, kalau kedua2 test negatif si suami, anak2 dan family kena terima ketentuan ilah
setelah buat kedua2 test tersebut hari ni mmg tiada respon dari si mak, keputusannya negatif.. semoga kak fazilah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. selamatkan perjalanan pulang jenazah dan family dari ppum ke perlis dan engkau mudahkan la urusan beliau di dunia dan di akhirat. amin
#kisahbenar #sepupuaku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.