Bila datang cuti sekolah panjang, waktu tu la yang sesuai untuk ibu ayah masing-masing ambil kesempatan khatankan anak lelaki mereka. Betul tak? Bila dah tahu nak kena khatan, mula la drama masing-masing takut punya pasal lah kononnya!

Tak payah tunggu mereka besar sebenarnya, waktu bayi pun boleh dikhatankan tau! Seperti yang dilakukan oleh Tasha Manshahar dan Raqib Majid untuk kedua-dua anak mereka. Yang mana nak khatan anak masa bayi, boleh ikuti perkongsian mereka ini.

Tasha Manshahar Kongsi Tips Khatan Anak Masa Bayi. “Lagi Mudah Jaga Dari Yang Besar”- Warga Maya

Throwback Mateen berkhatan dekat @hospitalislam_azzahrah . Ya, Muammar dulu pun dah khatan masa dalam hari. Sangat mudah penjagaan dia, cepat sembuh, cantik and bersih je dia punya tu. Patutlah sunnah khatankan anak masa bayi ni. Sebaiknya buat masa bayi 7 hari, tp I tunggu lepas Mateen dah bebas jaundice. Both my sons prolonged jaundice. Jd lewatlah sikit buatnya.

Mudah khatankan baby masa dalam hari ni sebab baby belum lasak, belum meniarap, belum berguling, dia cuma tidur dan menyusu. Kita pun jaga makan, jd daripada pemakanan ibu yg baik, asbab susu ibu tu anak sembuh cepat. Pastu kolagen dorg pun byk lg, mmg cepat je baik luka. Generally doktor kata 10 – 14 hari. Tp Mateen dgn Muammar dua2 tak sampai pun 2 minggu. Few days je luka dah kering, cuma tunggu ring dia tu tertanggal je.

Baby nangis tak? Of course nangis. Sebelum doktor potong tu, dia bius dulu. Masa tu baby nangis sbb jarum kan. Then masa prosedur tu baby nangis doktor kata bukan sbb sakit, dia dah tak rasa pun sbb dah bius. Tp baby nangis sbb doktor nurse pgg dia tak bg bergerak jd dia tak selesa. Itu je. Balik daripada hospital tu ada la menangis kejap mungkin tak selesa ada benda (ring) dkt situ. Tp kejap je. Takde meragam, takde demam. Tidur susu semua mcm biasa je Alhamdulillah Allah permudahkan urusan berkhatan Muammar & Mateen.

IKLAN

Tip Jaga Bayi Berkhatan

Sebelum Berkhatan 

1. Pakaikan baju two-piece, elak pakai romper supaya bila dah selesai khatan bahagian tu tak terhimpit.
2. Bawa extra diaper yg one size bigger drpd saiz biasa baby pakai.
3. Ready mental dan emosi sbb masa baby nangis tu kita mmg kesian 😥

IKLAN

Tapi percayalah, cepat je sembuh, dia punya tu jd cantik & bersih je.

Tasha Manshahar Kongsi Tips Khatan Anak Masa Bayi. “Lagi Mudah Jaga Dari Yang Besar”- Warga Maya

Selepas Berkhatan

IKLAN

1. Be extra careful masa mandikan – lap lembut2 – sapu ubat – pakai diaper.
2. Pakaikan diaper one size bigger sepanjang luka belum kering.
3. Pakaikan diaper longgar2 je.
4. Kerap salin diaper supaya kawasan luka sentiasa bersih dan tak lembab.
5. I sapu jugak AO Waleet (beli dkt @sigadisjane ) lepas hari ke-3 selang2 dgn ubat yg doktor bg.
6. Kalau ada mcm bengkak sikit tu normal. I sapu Tasneem Balm (Calm Time). Korg belilah dkt mana-mana agent.
7. Elakkan dukung baby dgn posisi yg menghimpit bahagian luka especially masa first few days.
8. Tunggu ring tanggal sendiri. Jgn masa dia tinggal sikiiit je lg tu awak gatal tgn nk cabut ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

Perkongsian ibu kepada dua orang anak ini mendapat perhatian pengikutnya dan ada yang mengakui turut lakukan perkara yang sama dengan anak mereka berkhatan sejak bayi.

Tasha Manshahar Kongsi Tips Khatan Anak Masa Bayi. “Lagi Mudah Jaga Dari Yang Besar”- Warga Maya Tasha Manshahar Kongsi Tips Khatan Anak Masa Bayi. “Lagi Mudah Jaga Dari Yang Besar”- Warga Maya

Sumber : Tasha Manshahar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI